Jumaat, 6 April 2012

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


3 ditahan bantu siasatan kes samun klinik perubatan <b>di Jelutong</b>

Posted: 06 Apr 2012 03:03 AM PDT

GEORGETOWN, JUMAAT, 06 April, 2012: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam dua kes samun di klinik perubatan di Jelutong semalam. 
Turut ditahan, lelaki berusia 27 dan 39 tahun itu ialah seorang wanita rakyat Vietnam berusia 23 tahun yang juga teman wanita seorang daripada suspek itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata tangkapan pertama dibuat di hadapan sebuah restoran di Jelutong pada jam 12.30 tengah malam tadi.

"Suspek ditangkap semasa memandu kereta mewah. Hasil soal siasat, polis menemui dua bilah pisau dan menahan seorang lagi lelaki pada jam 2 pagi di sebuah hotel bajet. Lelaki kedua itu ditahan bersama teman wanitanya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 
Beliau berkata, polis merampas pelbagai barangan milik mangsa berupa telefon bimbit, i-Pad, seutas jam tangan, alat pencabut gigi, perakam kamera litar tertutup (CCTV) dan beg, yang kesemuanya bernilai RM9,000. 
Gan berkata, siasatan awal polis juga mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai kes jenayah lampau dan mereka juga positif dadah. 
"Suspek yang berumur 27 tahun dari Georgetown mempunyai 13 rekod jenayah manakala suspek kedua yang berumur 39 tahun dari Kelantan ada satu rekod kes bunuh dan pernah dijatuhi hukuman penjara 17 tahun," katanya. - BERNAMA

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Anak Seberang: Panas!! Anwar Bakal Bertanding <b>Di Nibong Tebal</b>!

Posted: 05 Apr 2012 06:15 AM PDT


Sebelum ini riuh spekulasi kononnya Parti Anak beranak ini akan menampilkan anak kedua Anwar iaitu Nurul Nuha bakal bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Namun ramalan itu boleh dikatakan meleset!

Dalam ceramahnya di Dewan Simpang Tiga, DUN Sungai Acheh baru-baru ini, Anwar 3 kali mengulangi dalam ceramahnya bahawa dia akan bertanding di Parlimen Nibong Tebal dalam PRU13 akan datang.
Sembang-sembang dikedai kopi juga rancak kedengaran terutamnya dari juak pakatan haram nampaknya begitu teruja jika Anwar memang bertanding di sini.

Kerusi parlimen Permatang Pauh dijangka akan diberikan laluan kepada Nurul Izzah yang lari malam dengan Raja Nong Chik kerana gagal menjadi wakil rakyat yang baik di Parlimen Lembah Pantai.

Anwar mengulangi bahawa dia adalah anak kelahiran Sungai Bakap iaitu pekan didalam kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Masa sekarang baru nak ngaku dia lahir di Sungai bakap walhal apa jasa dan sumbangan dia kepada Sungai Bakap semasa dia menjawat jawatan TPM suatu masa dahulu..
Poodah la Anwar!!
Kau tak layak bertanding di sini.

Anwar jangan pecahbelahkan orang Parlimen Nibong Tebal.
Selama ni mana muka kau Anwar di sini? Yang Anwar tau, mai Nibong Tebal 6 bulan sekali ceramah maki hamun fitnah dusta lepas tu hang balik tinggal taikk!!

Orang UMNO/BN disinilah yang bekerja keras untuk membantu rakyat tanpa mengira parti, kaum atau batas usia. Nyahh Anwar dari nibong Tebal!!

Kalau hang datang sekalipun Anwar, jangan ingat hang boleh bermaharajalela di sini dan UMNO akan beri laluan mudah! Anwar dah abih pikir ke?

Cabaran besar bakal menanti hang wahai Anwar Al Juburi seperti apa yang dikatakan oleh Mat Sabu & Umi Hafilda.. Anwar akan dikuburkan riwayat politik nya di Nibong Tebal!

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Kitten fosterer/adopter needed in <b>Balik Pulau</b>, Penang (Lim Joo <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 08:20 PM PDT

By chankahyein, on Monday, April 2nd, 2012 11:20 am

From Joo Gyee ([email protected]):

Hi Dr Chan,

It has been a long time I did not write to you but I read your posts almost everyday. This round,  I really need your help to post my appeal for this kitten.
My kids rescued her from the deep drain using an umbrella after they heard her meowing on 31st March, this little fellow was so clever to know how to clinged on the umbrella.  They did not know what to do with her so they brought her home, and my dog was so aggresive to her plus my husband did not agree to take her in so I have to placed her in our small narrow(1 & 1/2 ft wide) backyard which extended for clothes hanging.  Unfortunately, this morning I found her body was covered with blood stains and she was not as active as yesterday, I do not know what had happened to her and I guess she might went out through the gate and get hurt somewhere.  I need to applied for an emergency leave to bring her to the vet this afternoon, and looking forward, I know I cannot afford(time & financial plus we are going out at 6.30am & back at 8pm everyday except Sunday) to take care her, and my husband is allowing me to take care her only for a week.

This kitty is a female(I assume & have to confirm with Vet), about 4 weeks old and white fur with bluey eyes.  I already published in FB yesterday & also KTAJ's FB but no one has yet to call.  I know you need a photo which I will send you later after I get back to home.

I am in desperate mode now as I do not have experience to taking care of kittens nor cats, and I know a 4 weeks old kitten need lots of attention which we cannot provide.

BTW,  I am from Balik Pulau, Penang.

Thank you very much.

Regards
joogyee

UPDATES at 8.48pm:

Thank you Dr Chan, It is fast!  I will contact this kind lady in a short while.

I just came home and would like to let you know that the kitten is now boarding at the Vet.  According to the Vet, kitten had been bitten by another adult cat(we got many cats in our neighboring) and her front leg might be broken as she is having difficulty to walk now and she is very traumatised.  I will board her for a few days until she is a bit stable.

Meanwhile, attach is her photo as I still need to find her a permanent home.

Thank you again.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Secawan Kopi - AIDIL KHALID: Menemui Sasterawan Besar

Posted: 31 Mar 2012 05:16 AM PDT

"Dato tak berapa sihat," kata isteri kepada sasterawan negara kita yang kedua, Dato' Dr Shahnon Ahmad, ketika Ainunl Muaiyanah menelefon bagi mengaturkan janji temu. "Dia selalu cepat penat dan kalau bercakap perlu kuat-kuat sebab dia tak berapa nak dengar," tambah Datin Wan Fatimah lagi.

Saya ke Pulau Pinang dengan Wan Nor Azriq dan Ainunl Muaiyanah baru-baru ini, selain jalan-jalan makan angin empat hari tiga malam, juga bagi bertemu menziarahi Shahnon Ahmad (seterusnya Cikgu Shahnon) di kediamannya di Gelugor.

Kami telah merancang perjalanan ini agak lama juga, terutamanya Azriq, kerana menurutnya, di antara kesebelas-sebelas orang sasterawan negara, Cikgu Shahnon adalah kegemarannya, selain Anwar Ridhwan. Keragaman dan kerencaman bahasa Cikgu Shahnon menjadi asas kekaguman Azriq. Pun, buat saya sendiri, saya harus berjujur bahawa saya sebetulnya 'tidak dapat masuk sepenuhnya' dengan gaya bahasa Cikgu Shahnon yang dipenuhi dengan pengulangan yang disengajakan -- katanya atas alasan estetika -- sehingga membuatkan saya sering saja jenuh dalam rimbunan kata-katanya; walaupun dalam masa yang sama perlu juga diakui bahawa novelnya seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Tivi serta cerpennya seperti Lagu Kitkitkit sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat saya.

"Keadaan beliau sudah uzur, umurnya pun sudah tua, macam mana pun kita kena usahakan jumpa dengan beliau. Sekali pun jadi lah," begitu kata Azriq beberapa kali kepada saya -- seingat saya sedari tahun 2009 lagi. Justeru, alhamdulillah, akhirnya perancangan kami jadi kenyataan minggu lalu.

Seperti janji temu yang direncanakan, kami sampai di perkarangan rumah beliau, kira-kira jam 10.30 pagi; hari Ahad; 25 Mac 2012, dan disambut mesra oleh Datin Wan Fatimah serta anak lelaki beliau. Sebaik-baik sahaja sampai, kami langsung ditunjukkan ke bilik Cikgu Shahnon.

"Saya tunggu kamu semua minggu lepas," kata Cikgu Shahnon yang berkemeja petak-petak berwarna biru dengan kain pelekat biru muda selepas kami masing-masing memperkenalkan diri. Ternyata isterinya tersalah tarikh memberitahu akan hasrat kami untuk berkunjung – sehingga beliau menyangka minggu sebelumnya.

Kami duduk dan berbual. Cikgu Shahnon di katilnya, sedang saya, Azriq dan Ainunl menarik kerusi menghadap beliau. Topik bicara tentunya seputar sastera dan penulisan, selain sesekali beliau menceritakan keadaan kesihatannya. Dalam pada begitu banyak perkara yang ingin kami tanyakan, kami cuba seupaya daya memendekkan perbualan, memandangkan kami sedar bahawa keadaan kesihatan Cikgu Shahnon akan membuatkan beliau cepat penat. Tetapi ternyata Cikgu Shahnon begitu bertenaga apabila kami menanyakan tentang manuskripnya yang masih belum terbit sehingga membuatkan beliau, dalam keadaan fizikalnya yang serba lemah itu, sampai-sampai bangkit dari katilnya dan bangun berjalan ke arah rak di mana beliau menyimpan manuskrip tersebut.

Beliau menunjukkan dua buah manuskrip yang telah siap ditaip dan dijilid dengan kulit keras berwarna merah, tetapi belum diterbitkan. Yang satu diberi tajuk Kami Masih Ingat Lagi; dan yang lagi satu ZioDir.

"ZioDir sudah pernah dihantar kepada penerbit 'cap menara'," begitu kata Cikgu Shahnon kepada kami, "tetapi ditolak kerana mereka kata isinya terlalu sensitif."

Beliau turut menceritakan tentang proses kepengarangan; mengapa dan bagaimana beliau terus sahaja dapat tekal mengarang sehingga ke usia sekarang.

Tidak dapat tidak, beliau memang perlu mengarang, setiap hari, tanpa henti, begitulah kira-kira katanya. Kerana andai beliau tidak mengarang, beliau akan jadi tidak senang duduk, akan jadi pening kepala, dan akan jadi tidak menentu. Tetapi, dalam masa yang sama, begitulah kira-kira tambah beliau lagi, apabila mula menulis, beliau akan segera pula cepat penat dan letih dan rengsa dan lesu, kerana keadaan tubuhnya yang selalu tidak mengizinkan beliau bergagah seperti di zaman muda-muda dahulu.

Hal ini juga ditashihkan oleh isteri beliau.

"Waktu Dato masuk ICU pun begitu juga," kata isterinya sewaktu kami dijamu dengan hidangan ringan. Kami waktu itu sudah pun mohon pamitan dari Cikgu Shahnon agar beliau dapat meneruskan rehat di dalam biliknya sedang kami ke ruang makan. "Malah para jururawat pun sudah tahu. Beliau akan jadi pening kalau tak menulis. Jadi nurse suruh dia menulis dan luahkan apa-apa, supaya dapat jadi lebih tenang," tambah isterinya lagi.

Kami meninggalkan rumah beliau sedikit ke tengah hari, dalam keadaan kata-kata Cikgu Shahnon masih terngiang-ngiang – untuk saya sekurang-sekurangnya – apabila beliau meninggalkan pesan, yang mana pesanan ini diulangnya sebanyak dua kali, agar kalau dapat diusahakanlah untuk novelnya Tivi diulang cetak kembali oleh mana-mana penerbit.

"Novel Tivi ini bagus," begitu katanya sambil memandang kepada Ainunl yang kebetulan merupakan editor di ITBM, "mesejnya Islamik. Kalau boleh diusahakanlah agar dapat diulang cetak supaya khalayak dapat membacanya semula."

Kembali di dalam kereta dan dalam perjalanan pulang ke penginapan, saya berkata kepada Azriq dan Ainunl: "Walaupun saya bukan pengkagum tulisan-tulisan Shahnon seperti Azriq, tetapi pertemuan hari ini memberikan satu kesan dan impak besar kepada saya. Bahawa beliau, selain seorang sasterawan besar, adalah seniman tulen. Kerana beliau berkarya bukan semata-mata untuk menghasilkan atau untuk melihat karyanya terbit, sebaliknya beliau berkarya kerana beliau tidak boleh tidak; beliau berkarya kerana desakan mesti berkarya; beliau berkarya kerana karya itu sudah sedia ada di dalam dirinya dan menunggu untuk diluahkan."

Beliau berkarya kerana itu adalah nafas dan degup jantungnya. Begitulah, menurut saya, seorang seniman tulen.

* * * * *

P/S: Gambar-gambar perjalanan ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Alor Star boleh dicapai di sini.