Ahad, 8 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


.: A People Most Balanced :.: Lagi lagi cerita circle

Posted: 08 Apr 2012 05:38 PM PDT


Tasik cempaka destinasi kami peatang semalam untuk beriadah bersama.Katanya untuk menambah stamina dan latihan fizikal untuk panjat bukit brogan nanti. Tiga kali trips dari kolej ke tasik, adik-adik teruja benar,kakaknya mungkin lagi teruja. Mana tahu, hari yang cerah sebegitu, hujan pula lewat petang. Kami berteduh di bawah pondok. Menyaksikan hujan yang turun mencurah-curah. Ada keindahan dan kekuasaan Allah yang dapat kami lihat. Itulah pengisian circle kami petang itu. Dalam hati, rasa bersalah yang teramat apabila mengenangkan rancangan yang dicanakan awal-awal tadi tergendala dek hujan. Mungkin salah seorang dari mereka perasan riak wajah yang berubah…"kak…wamakaru..wamakaraALlahu, waAllahu khayran maakirin…". Dia tersenyum nipis. Ya, dia terlupa dan diingatkan pula oleh mutarabbinya.
Diakhir pertemuan, kami berpelukkan. Kali ini seperti lebih erat lainnya. "akak minta maaf, tak tahu jadi macam ni" saja mahu menduga mereka. Bagaimana persepsi mereka pada apa yang berlaku hari ini. " Kak, best la hari ini. Thriller…kenangan kita"
Ye hari ini circle kita ada…
hujan lebat, berteduh di bawah pondok. Serasanya air tasik tu hampir melimpah. Biawak-biawak mulai keluar dari tasik. Hehe momen yang tak dapat nak dilupakan. Malamnya pula, berinai jari kelingking hehe, benchmark kita katanya.
Well sweet enough for me dearest…
Aina yang baru join circle hari ini, jangan terkejut dengan apa yang anda lalui pada pertama kalinya..
Yang akan datang, pasti lebih lagi terujanya!

jazakillah, kepada ukhty m yang datang macam rescuer yang super cool lagaknya. Indahnya berada di dalam saff, seorang pincang ada yang datang memimpin, atau paling tidak, datang menongkat bahu...

CITYBLOGGER..PENAFIAN Laman ini tidak bertanggungjawab atas <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:29 PM PDT

KUKUKAKI: SALASILAH ANWAR AL DAJJAL: SEJARAH KELUARGA ANWAR YANG SEMEMANGNYA ROSAK!! Email dari Ceruk Tok Kun tentang salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, ...

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


<b>Batu Uban</b>: Bukti Pertapakan Melayu <b>di</b> Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2012 08:03 PM PST

Francis Ligt dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang pada tahun 1876. Kaum-kaum lain yang datang berhijrah pula dianggap membantu menyemarakkan lagi perkembangan kapitalisme di Pulau Pinang. Atas sebab itu sumbangan mereka dijulang dan segala yang berkaitan dengan mereka seperti kawasan (petempatan), bangunan dan tokoh dianggap warisan sejarah yang perlu disimpan malah diwartakan sebagai warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCO.

Dalam waktu yang sama, pihak-pihak tertentu melupakan sejarah tempatan iaitu sejarah orang-orang Melayu yang membuka dan menetap di Pulau Pinang. Mereka meupakan penduduk Nusantara yang berhijrah mencari tempat yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka berhijrah dalam ruang tanah air mereka sendiri dan bertuankan raja yang menjadi penguasa kepada kawasan yang mereka diami.

Jika George Town diwartakan sebagai warisan sejarah, maka Batu Uban juga perlu diberikan taraf yang sama. Mengapa Batu Uban perlu diiktiraf sedemikian? Sejarah Batu Uban boleh menjelaskan perkara tersebut, iaitu:

1. Batu Uban dibuka oleh Nakhoda Nan Intan yang mengetuai sekumpulan peneroka dari Paya Kumbu, Sumatera pada awal tahun 1730-an, lebih awal kira-kira 56 tahun dari tarikh pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light..
2. Pembukaan Batu Uban merupakan kurniaan kawasan petempatan oleh penguasa sah Pulau Pinang iaitu Sultan Kedah. Pembukaan petempatan oleh para peneroka berlangsung dari tahun 1930-an hingga 1940-an.
3. Pembinaan Masjid Jamek Batu Uban menjadi bukti pertapakan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Masjid tersebut dibina oleh Nakhoda Nan Sebatang (Hj. Muhammad Salleh @ Maharaja Nan Intan Ibni al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang) pada tahun 1734.
4. Batu Uban menjadi pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Kedah dengan kawasan-kawasan lain di Sumatera, India dan Hadramaut.
5. Batu Uban merupakan pusat aktiviti bagi kawasan Gelugor dan sekitarnya, seterusnya menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi bagi kawasan Tanjung.

Maka, seharusnya fakta sejarah ini menjadi asas untuk menafikan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Ligt. Pulau Pinang merupakan milik Sultan Kedah yang diduduki oleh orang-orang Melayu, yang kemudiannya dibuka dengan seluas-luasnya kepada orang luar atas nama kapitalisme. Mereka mengaut keuntungan dengan rakusnya. Mereka juga menyempitkan ruang dan peluang kehidupan bagi orang-orang Melayu. Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah bukan milik orang Melayu tetapi negeri yang diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh golongan pemodal dan pendatang.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO's seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah penjajah dan golongan lain.

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Ahmad Shabery Dihalang Sertai Program <b>Di Permatang Pauh</b>

Posted: 24 Mar 2012 10:17 AM PDT

PAKATAN RAKYAT DI PERMATANG PAUH SUDAH TERTEKAN DENGAN KEHADIRAN ORANG RAMAI KE GELOMBANG BIRU. Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh.Insiden itu menggambarkan bahawa Anwar mula rasa terancam.Inilah yang ditunjukkan bahawa PAKATAN RAKYAT SUDAH RASA BAHAM sokongan rakyat kepada PAKATAN menurun amat ketara.Itulah yang ditakuti ANWAR.

MatKilau Penang: PENARI TIANG <b>DI PERMATANG PAUH</b>?

Posted: 08 Apr 2012 09:52 AM PDT

Terkejut beruk MKP bila dapat tau kata kt Permatang Pauh ada penari tiang.Biaq betul?Pada mulanya tak pecaya jugak akan tetapi bila dah pi tengok dengan kepala mata sendiri mau tak mau kenalah pecaya bukti dah depan mata.Pak Sheik apa dah jadi nie hang dok kata kat orang tak baguh tapi tempat sendiri dah ada macam nie.apa kejadah punya bangsat nak menjual maruah bangsa sendiri sampai boleh biaq benda tak elok macam nie ada kat Perlimen Permatang Pauh.Mana tidaknya yang menari tue pun bukan orang lain Melayu jugak dah?
Penduduk setempat kawasan berkenaan tempat lokasi pub ini adalah melayu.Nak pelingkup anak muda melayu pun bukan begini caranya Pak Sheik.Nampak sah Pak Sheik nie dah termakan dengan tusukan DAP supaya melingkupkan anak melayu nie.........Celaka sungguh.