09 di Bukit mertajam - Google Blog Search |
KMPP: Jejantas Bkt.<b>Mertajam</b> RM108 juta tender terbuka atau <b>...</b> Posted: 06 Apr 2012 12:09 AM PDT Presidennya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya hairan mengenai kebolehupayaan pemaju Gold Bridge Engineering and Construction kerana mampu mendapatkan projek mega tersebut. "Jika projek itu salah satu daripada (komponen) projek kereta api berkembar MMC-Gamuda, saya hairan, bagaimana syarikat ini dipilih sedangkan tiada kedengaran proses tender terbuka dilakukan oleh (kerajaan) pusat. "Tender terbuka dalam jual beli tanah Bayan Mutiara dipertikai (oleh Umno) kerana (dianggap) tak telus. Saya nak tanya, adakah mana-mana ahli politik Umno Pulau Pinang mempengaruhi (kerajaan pusat) pusat untuk dapat 'anugerah' projek ini kerana tidak kedengaran (proses) tender terbuka dilakukan," ujarnya selepas melawat tapak projek itu di Bukit Mertajam. Pun begitu, beliau berkata, hasrat kerajaan pusat membina jejantas ini bagi mengurangkan kesesakan trafik adalah murni. Pembinaan jejambat itu menghubungkan Jalan Nangka dengan Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang (serta landasan kereta api) dan Jalan Permatang Rawa. PenangInsight.com difahamkan, amalan lazim di mana-mana negeri, termasuk di Pulau Pinang antaranya membenarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguruskan tender di bawah RM10 juta sahaja. Projek yang menelan kos lebih dari jumlah RM10 juta diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya sendiri di bawah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. PenangInsight.com cuba mendapatkan maklum balas di Bangunan Umno Bukit Mertajam, namun gagal. Sumber dalaman Umno yang dihubungi kemudian memberitahu, penganugerahan projek mega tersebut mempunyai kaitan dengan kelantangan 'suara Umno Bukit Mertajam' pada Perhimpunan Agung Umno lepas. "Pusat mesti memberi perhatian kepada pemimpin Bahagian (Bukit Mertajam) kami sebab dia lantang mendesak peneraju utama UDA letak jawatan kerana asyik memberi projek kepada syarikat kontraktor dari China sahaja." Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya itu. -END |
You are subscribed to email updates from di Bukit mertajam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |