09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search |
PTPTN: Anwar Tak Tahu Mengira, Macam Mana Nak Tunai Janji <b>...</b> Posted: 13 Apr 2012 05:58 AM PDT April 13, 2012 · 95 Comments HARI ini tak tahu apa suwey, penulis terselak akhbar paling tak masuk akal dalam negara ini iaitu SelangorKini, keluaran terbaru pulak tu. Dikatakan tak masuk akal sebab ia tidak langsung menceritakan kelemahan, sebaik semua yang baik-baik tentang kerajaan Pakatan harami Selangor. Walhal penulis baru sahaja selesai mengalami 'kejutan sementara' kerana menempuh jalan di Selangor yang berlubang atau tidak rata. Bagaimana pula negeri yang begitu teruk sekali kemudahan awamnya itu, tapi diberi gambaran baik-baik sahaja oleh SelangorKini? Baiklah, kembali kepada isu yang penulis ingin bincangkan disini. Ia berkisar tentang ceramah Anwar semasa Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana Selamatkan Selangor di Stadium Melawati pada 7hb April yang lepas – majlis yang asalnya menyasarkan 6 juta rakyat tapi hanya dihadiri sekitar 6 ribu orang sahaja. Dalam ceramah sebelum acara solat dijalankan, Anwar menuduh bagi setiap RM 1 ribu yang dipinjam pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pelajar perlu membayar semula sebanyak RM 5,000 – faedah sebanyak 400%!! Itu bermakna, kalau pelajar Ijazah Pertama menerima pinjaman sebanyak RM 7,000, dia sebenarnya berhutang sebanyak RM 28,000 setahun dengan PTPTN!! Kalau 3 tahun pengajian, darab sajalah. Benarkah begitu? Kalau benar, bagaimana agaknya, pinjaman RM 1,000 dengan faedah 1% setahun boleh tiba-tiba mencecah RM 5,000 seperti yang disebutkan Anwar? Bukankah 1% daripada RM 1,000 sama dengan RM 10? Malah kalau kadar faedah dahulu pun (4%), jumlah itu masih rendah lagi. Tapi sekarang Anwar bercakap tentang janji-janji pilihanraya, yang kalau dihimpun keseluruhannya, bernilai berbilion ringgit!! Baru cerita tentang pengiraan mudah (1% daripada RM 1,000) pun Anwar dah gagal, apa cerita nak hitung yang berbilion-bilion ringgit lagi? Tak hairan kenapa negara kita terjejas teruk semasa krisis ekonomi 1997, rupanya ketika itu kita ada Menteri Kewangan paling bangang!! Penulis nak terangkan disini, PTPTN ini hanya helah Anwar untuk dapatkan undi. Dia sudah kantoi salah cakap beberapa kali – dalam hal PTPTN ini sahaja. Depan professional muda (artikel semalam), Anwar cakap benda lain – bukan hapus semua pinjaman, ikut pendapatan dan berperingkat-peringkat. Depan orang kampung Anwar cakap putang PTPTN akan dihapuskan semua pulak? Ini kalau tak lidah bercabang, apa gelaran yang kita nak beri pada si dungu ni? By Adamyan Tags: anwar bodoh, mengira, ptptn |
You are subscribed to email updates from di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |