09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search |
Mom of Four Young Khalifahs: Kalaulah... Posted: 16 Apr 2012 09:07 PM PDT Pagi-pagi lagi dah keluar ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk uruskan renewal Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bibik yang dah dekat nak expired pada 14.5.2012 nanti. Kalau sebelum ni, caj renewal PLKS bagi pembantu rumah Indonesia adalah RM445. Sebelum keluar ke Pejabat Pos untuk buat Money Order semalam, teman dah call Imigresen dulu untuk dapatkan maklumat terkini jika ada perubahan terutamanya tentang caj. Hmmm, benar sekali... dah naik RM50 rupanya bermula 1 September 2011 yang lalu. Puas mencari di Temanpun teruslah ke Pejabat Pos buat Money Order bagi amaun RM495 plus caj proses RM2. Jumlah semuanya RM497. Sampai saja di kaunter pagi tadi, staf Imigresen tengok pasport bibik akan expired pada 30.3.2013. Tak sempat hingga ke tarikh expired PLKS yang sepatutnya selepas renewal iaitu 14.5.2013. Jadi, Imigresen hanya akan renew sehingga 14.3.2013 iaitu kurang 2 bulan dan cajnya hanya RM427. Aiseh... tak tahu pulak boleh bayar cash di kaunter untuk amaun bawah RM1,000. Kalau teman tahu itu, tidaklah teman bersusah-payah pergi buat Money Order tu semalam. Alhamdulillah masih ada cash dalam purse. Kalau tidak, jenuhlah teman nak kena pergi keluarkan duit pulak. Sudahlah banknya agak jauh. Dah settle bayar dan dapat pelekat PLKS di pasport bibik, terpaksalah teman ke Pejabat Pos semula untuk tunaikan duit. Padahal baru semalam saja teman ke sana. Hanya dapat amaun refund sebanyak RM495 saja. Caj proses RM2 tidak dipulangkan. Tak apalah... Nampaknya teman kena renew pasport bibik sebelum PLKS ni expired pada 14.3.2013 nanti. Mungkin 1.3.2013 ok untuk pergi tapi baik teman tanya Kedutaan Indonesia dulu berapa lama tempoh siap pasport. Temanpun dah ingat-ingat lupa. Itulah, lain kali tulis cepat-cepat kat dalam blog ni! :b Kalau tak silap temanlah, boleh siap dalam tempoh 24 jam dengan syarat kena terjengol depan pagar Kedutaan awal-awal selepas Subuh! Kemudian teman kena pergi semula ke Imigresen untuk extend PLKS ke tarikh baru. Harapnya selepas ni dapat set tarikh expired pasport dan PLKS yang berdekatan. Senang sikit nak menguruskannya. Hmmm... begitulah manusia... "Kalaulah kutahu... bla... bla... bla..." Errr... Pastinya teman layak digelar "Nujum Pak Belalang" kalau teman tahu apa yang akan berlaku di depan, ye tak? :D Walaupun kita dah usaha buat persediaan itu dan ini untuk elak kesilapan tapi tetap nak tersilap perhitungan jugak. Tak apalah, pujuk hati ni. Itu semua sebagai pengajaran pada kita dan menjadikan kita lebih berpengalaman... :) |
You are subscribed to email updates from di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |