Jumaat, 18 Mei 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Pinjaman Pendidikan Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b>

Posted: 17 May 2012 09:49 PM PDT

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 1- Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

2- Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah   diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).

3- Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

4- Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi tidak layak memohon.

 5- Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.

 6- Permohonan adalah secara online.

 7- Sila lampirkan dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN BENAR seperti berikut :

  •  Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak/Sijil Kelahiran
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah, dan Surat Akaun (Testimonial)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf.
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada).
  • Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). (Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan)

8- Faedah yang dikenakan 2% (setahun) selama 5 tahun.

9- Dua (2) Orang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani.

10- Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut :

http://epp.penang.gov.my

Mohon pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Mohon CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan yang telah DISAHKAN dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT

NEGERI PULAU PINANG,

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,

PARAS 29, KOMTAR,

10503 PULAU PINANG

Tarikh Buka Permohonan: 2 Mei, setiap tahun

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai, setiap tahun

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2012 01:13 AM PDT

URL Sumber Asal :-

MMI: Berita Dari Tasek <b>Gelugor</b> - Ribuan Gamatkan Forum Perdana <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 09:11 PM PDT

Alhamdulillah itulah ungkapan yang keluar dari hati dan mulut MMI semalam apabila hampir 7000 orang hadir bagi sama-sama mengikuti Forum Perdana yang membariskan ahli-ahli panel terdiri daripada Prof Dr Ridhuan Tee,Ustaz Fathul Bhari dan Ustaz Kazim Elias dengan satu perbincangan bertajuk "Memperkasakan Akidah Ummat Satu Jihad" yang cukup menarik malah membuatkan semua yang hadir tidak mahu berganjak bagi mengikuti dengan penuh minat setiap hujah yang dikemukakan oleh barisan panel.
Sekalung tahniah MMI ucapkan kepada YB Dato' Jasmin Mohamed selaku ADUN Sungai Dua selaku tuan rumah yang telah berjaya membawa satu program yang cukup baik kepada seluruh rakyat khususnya dalam suasana politik negara yang dilihat semakin hebat dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang dilemparkan sesama sendiri sehinggakan bangsa Melayu itu sendiri dilihat berpecah.
Jutaan terima kasih juga harus diberikan kepada ICU dan PERDA selaku penganjur bersama yang memilih Masjid Simpang Empat Permatang Buloh Sungai Dua sebagai tuan rumah dalam penganjuran sebaik ini.
Melihat kepada barisan panel yang dijemput sejak awal-awal lagi MMI cukup yakin masyarakat dan orang ramai pasti hadir untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri mereka beraksi didepan mata secara langsung.Kekuatan yang ada pada setiap dari panel yang dijemput tidak dapat dinafikan lagi kerana masing-masing mempunyai pengikut dan cara tersendiri dalam menyampaikan ceramah mahupun hujah masing-masing.
Lihat saja bagaimana Ustaz Fathul Bhari yang cukup terkenal dan dilihat sebagai salah seorang penceramah muda yang mempunyai karisma tersendiri malah disenangi oleh anak muda hari ini.Jika diikuti rakaman ceramah-ceramahnya dalam carian YouTube cukup membanggakan dengan jumlah mereka yang membuat carian begitu ramai sekali.
Prof Dr Ridhuan Tee seorang ahli panel yang tidak asing lagi terutamanya dalam siri-siri Forum Perdana dan beliau juga sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri malah diikuti dengan penuh minat oleh kebanyakkan orang muda.Beliau bukan saja bijak mengendalikan satu-satu majlis ilmu sebegini malah lawak dan tindakan spontannya cukup menceriakan sesiapa saja yang menngikutinya.Bagi kebanyakkan mereka yang banyak terlibat dalam dunia maya melalui penulisan blog,Prof Dr Ridhuan Tee bukanlah satu nama asing bagi kebanyakkan mereka.Paling hebat mengenai Prof Dr Ridhuan Tee beliau merupakan seorang mualaf tetapi berbicara dan mempertahankan soal Bangsa dan Agama Islam lebih hebat dari kita orang Melayu.
Ustaz Kazim Elias satu nama yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia kerana beliau hari ini merupakan seorang Ustaz yang boleh diangap sebagai selebriti malah nama beliau hari ini pasti mencetuskan tsunami atau gelombang kehadiran orang ramai untuk hadir mendengar ceramah beliau.Keupayaan yang ada pada Ustaz Kazim mampu memastikan mereka yang hadir tidak akan berganjak sehingga selesai ceramah.Itulah kekuatan Ustaz Kazim dan beliau dilihat menggunakan mekanisma baru dalam setiap siri penyampaian ceramahnya yang bukan saja diminati oleh golongan orang tua tetapi hari ini turut diminati oleh golongan muda.
Itulah antara tiga barisan panel yang telah beraksi semalam di pentas Forum Perdana di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh Sungai Dua yang cukup mengujakan setiap daripada mereka yang hadir mengikuti perjalanan forum.MMI yakin dan percaya program sebegini seharusnya diperluas dan diperbanyakkan supaya masyarakat Melayu khususnya dapat sama-sama dalam satu perjuangan   menyelamatkan akidah seluruh umat Islam di Malaysia.
Sebaik selesai program semalam kelihatan orang ramai berpusu-pusu ke pentas utama untuk bertemu dengan ketiga-tiga ahli panel.Mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman,bergambar malah ada yang mendapatkan nombor telefon untuk dihubungi selepas ini bagi mengadakan program yang sama ditempat masing-masing.Melihat kepada keadaan ini jelas sekali program ilmu sebegini sebenarnya cukup dinantikan oleh masyarakat keseluruhannya.
Ayuh semua sama-sama kita berikan sokongan kepada perjuangan ini.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2012 01:29 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Falak On The Street Siri 2/2012 @ RnR <b>Bagan Ajam</b>, Butterworth

Posted: 13 Apr 2012 02:20 AM PDT

DeSaRiA oooo DeSaRiA: Toyol Curi Duit Penduduk <b>Bagan Ajam</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 02:15 AM PDT

Bagan Ajam, Seberang Perai Utara - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.
Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.
Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.
Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.
"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300"

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.
Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.
"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"
"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50" katanya.
Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.
Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali
Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.
"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.
"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya. 
Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal
Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.
Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.
"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"
"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.
8 September 2011, En.Othman Yahaya (SH)

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2012 09:30 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Roketkini.com >> UMNO-BN bantah pembangunan rakyat PP <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 11:31 PM PDT

Gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih untuk menjadi telus dan bertanggungjawab dengan mendapat input dan rundingan awam berhubung cadangan pembinaan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di negeri ini terutama di Seberang Perai Utara (SPU).

Tiada rundingan awam dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini ketika membina Jambatan Pulau Pinang kedua. Dan lagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikritik lebih teruk kerana telus dan bertanggungjawab daripada kerajaan negeri BN sebelumnya yang tidak pernah membuat input dan rundingan awal ke atas Jambatan Pulau Pinang kedua.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mengakui bahawa ia telah gagal untuk meyakinkan beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang kepentingan 4 projek infrastruktur yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di SPU khususnya dan Pulau Pinang secara amnya.

Projek yang menjadi persoalan kini adalah pembinaan bawah laut sepanjang 6.5 km dari Persiaran Gurney-Bagan Ajam (berhampiran Butterworth), 15km jalan yang menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang,jalan pintasan sejauh 5km dari Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintasan sejauh 5 km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam.

UMNO-BN bantah projek pembangunan rakyat Pulau Pinang

CAP bukanlah satu- satunya organisasi yang menentang 4 projek infrastruktur tersebut. Bahkan BN dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, pada 17 November 2011.

Walau bagaimana pun maklum balas awam daripada rakyat Pulau Pinang terutamanya di Persiaran Gurney dan SPU menunjukkan bahawa majoriti besar orang Melayu, India dan Cina menyokong dan mahu projek infrastruktur ini diteruskan.

EXCO Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk melaksanakan projek- projek ini melalui tender terbuka secara kompetitif pada 19 Oktober 2011 selepas rundingan awal dijalankan dari 29 April 2011.

Oleh itu, adalah tidak benar untuk CAP mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan rundingan awam.

Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 28 April 2011 antara Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah dari segi undang- undang kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dengan jelas menyatakan bahawa projek- projek ini mesti dijalankan melalui tender terbuka secara kompetitif.

Majlis menandatangani MOU yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China Wen Jiabao merupakan penanda aras yang positif tentang minat negara China dalam melaksanakan projek- projek di Pulau Pinang.

Berikutan majlis menandatangani MOU tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meminta mengadakan input awam bermula pada 29 April 2011.

Wakil CAP tidak bantah sewaktu dalam rundingan dengan Kerajaan Negeri

Dua sesi rundingan telah diadakan oleh saya secara langsung dengan NGO pada 16 Oktober 2011 dan 19 November 2011.

Dalam kedua- dua sesi ini, CAP telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijaya (Ravi). Saya tidak ingat Mr Ravi ada menyuarakan bantahan berhubung 4 projek infrastruktur pada akhir sesi tersebut.

Kerajaan Negeri PR kini menjalankan latihan pra-kelayakan melalui tender terbuka secara kompetitif untuk 4 projek infrastruktur dengan menyenarai pendek syarikat yang layak dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kepakaran teknikal, berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi dalam menyiapkan projek- projek infrastruktur.

Tiada wang akan dibayar kerana 4 projek tersebut akan dibiayai oleh pertukaran tanah dari tanah yang akan ditambak oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP).

Semasa sesi rundingan pada 19 November 2011 dengan NGO, saya telah menerangkan rasionalnya untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bawah tanah dengan meminta Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP) untuk menyerahkan seberapa banyak tanah yang ditambak kepada Kerajaan Negeri.

Melalui 2 perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan BN sebelum ini pada 1990 dan 1999, TP telah memberikan hak untuk menambak 980 ekar tanah.

Lebih 200 ekar telah pun ditebus guna oleh TP di mana projek Straits Quay dilaksanakan sekarang. TP mempunyai hak untuk menebus baki 700 ekar tersebut.

Untuk Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau menghalang TP daripada menebusguna tanah memerlukan sejumlah bayaran wang pampasan yang besar kepada TP.

Satu-satunya jalan untuk Kerajaan Negeri PR adalah memohon projek-projek infrastruktur bawah tanah dan jalan raya sebagai pematuhan kepada kemahuan TP untuk menyerahkan seberapa tanah yang mungkin untuk ditebus guna kepada Kerajaan Negeri.

CAP juga perlu ingat bahawa TP kini dimiliki oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Sime Darby Bhd.

Kuasa pengangkutan awam dalam tangan Kerajaan Persekutuan

Malangnya Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pengangkutan awam kerana ia merupakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Banyak yang kita mahu lakukan pembaharuan untuk pengangkutan awam tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat membuat apa- apa tindakan kerana ia terletak sepenuhnya di bahawa Kerajaan Persekutuan.

Semua perkhidmatan bas, teksi dan tram atau TLRT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Malah apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyediakan perkhidmatan bas CAT yang akan melalui seluruh kawasan warisan George Town secara percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan menolak inisiatif ini pada mulanya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk membayar RM720,000 setahun untuk menyediakan perkhidmatan bas CAT secara percuma di mana sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Hanya selepas rayuan oleh Kerajaan Negeri secara langsung kepada Menteri yang bertanggungjawab selama hampir setahun, barulah kelulusan untuk perkhidmatan bas CAT percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri diberikan.

Saranan CAP telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat

Presiden CAP, SM Mohamed Idris telah berkata bahawa rundingan awam melibatkan penyertaan rakyat di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang secukupnya mengenai projek- projek dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi- organisasi masyarakat sivil.

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengingatkan veteran Presiden CAP  bahawa proses yang beliau telah gariskan telah diikut ketika memutuskan sama ada 4 projek infrastruktur ini diteruskan atau tidak.

Hanya selepas pertimbangan yang sewajarnya, barulah Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuat keputusan  meluluskan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Batu Feringgi, dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney dan kawasan- kawasan padat penduduk iaitu di Paya Terubong dan Relau.

Untuk terowong bawah laut, bukan sahaja ia memudahkan perhubungan antara pulau di Persiaran Gurney ke tanah besar di Bagan Ajam, ia juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di SPU.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mahu membawa pertumbuhan pembangunan di SPU bagi menghapuskan pembohongan liar bahawa orang Melayu dan penyokong BN di SPU yang dikuasai oleh BN diabaikan atau dipinggirkan.

Pakatan Rakyat prihatin alam sekitar, dengar pandangan NGO

Kerajaan Negeri PR sangat prihatin terhadap kesan alam sekitar di kawasan pembinaan terowong bawah laut. Kebimbangan alam sekitar ini akan dirunding semasa pusingan kedua rundingan awam apabila reka bentuk dan laluan dipilih pada akhir 2012.

Walau pun NGO seperti CAP amat membantah projek- projek infrastruktur ini, Kerajaan Negeri masih akan menjemput mereka untuk melibatkan diri dalam rundingan awam selepas reka bentuk dan laluan dipilih.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak berpuas hati, Kerajaan Negeri masih boleh menolak dan enggan meneruskan projek- projek infrastruktur tersebut.

Mengikut jadual untuk pembinaan projek- projek di bawah pelaksanaan pra- Q, tarikh terawal untuk memulakan kerja ke atas terowong akan dilakukan pada akhir 2015. Ini adalah untuk membenarkan semua kajian teknikal, reka bentuk dan alam sekitar dijalankan antara 2012 dan 2015.

Jika kerajaan tidak berpuas hati, EXCO akan menolak untuk menandatangani perjanjian pembinaan yang muktamad di mana ia merupakan keperluan akhir yang dijadualkan pada pertengahan 2015. – Roketkini.com

Penulis adalah Ketua Menteri Pulau Pinang