Sabtu, 19 Mei 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Sambutan Hari Belia <b>Pulau Pinang</b> suram

Posted: 19 May 2012 12:20 AM PDT

(Tapak sambutan Hari Belia Negara peringkat Pulau Pinang pagi tadi suram)

BUTTERWORTH: Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi (19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan.

Fenomena itu tidak sepatutnya terjadi dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) merangka Himpunan
Sejuta Belia di Putrajaya hujung bulan ini.

Harakahdaily difahamkan suasana dingin itu berpunca daripada 'protes' belia Pulau Pinang yang tidak setuju penganugerahan Perdana Belia Negara kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Saudara Jais Karim yang mewakili GPMS Cawangan Sungai Pinang.

Ekoran terasa dirinya akan diboikot menyebabkan beliau membawa 'ahli sorak' dari Kuala Lumpur semata-mata memberi gambaran sokongan padu.

(Jais menerima hadiah dari Nor Mohamed Yakcop)

Sedangkan beliau tidak aktif di negeri ini sebaliknya bergerak di Kuala Lumpur jadi timbul persoalan kenapa namanya dipilih sebagai pemenang anugerah.

Adakah tiada lagi nama aktivis belia dari Pulau Mutiara yang selama ini melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan masyarakat terutamanya generasi belia yang lebih dikenali dengan Generasi 'Y di kalangan orang muda era kini.

Yang peliknya, sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang tidak pula kedengaran lagu Negeri Pulau Pinang selepas lagu 'Negaraku' seperti lazimnya.

Adakah penganjur begitu bencikan kepimpinan negeri sehingga tidak pula memperdengarkan lagu negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Walhal ia dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan tema 'Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini '.

Akibat protes tersebut ramai yang menerima anugerah Perdana Belia Negara tidak datang untuk menerima hadiah masing-masing sebaliknya yang naik ke pentas adalah wakil mereka melainkan ketogari wanita.

Kunjungan para belia juga tidak menepati sasaran kemungkinan besar perasaan untuk menyertai belia di kalangan anak muda sekarang kian luntur ekoran program belia sering dikaitkan dengan Umno.

Bila Umno mula ditolak kerana sikap ego dan suka menyeleweng dalam pentadbiran negara maka tidak hairan  pada pilihanraya umum ke 12 lalu menyaksikan sokongan para belia tidak secergas dulu.

Pemuda lingkungan umur 20 an dan 30 an kelihatan lebih senang dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai tapak untuk mereka bergantung harap bagi mengapai impian di masa depan.

Sebab itu program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan sehari suntuk itu terpaksa memanggil banyak agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertandingan auto show, artis akademi fantasia dan sebagainya untuk mengamit hadirin.

Namun, sampai tengahari tadi hadirin semakin meninggalkan lokasi berkenaan dan menambahkan lagi kesuraman majlis tersebut.

Memandangkan majlis formal kerajaan, apa salahnya Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perdana
Menteri (ICU) menjemput Exco Belia dan Sukan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Ong Kok Fooi mewakili Kerajaan Negeri.

Tentu ramai akan puji bagi menunjukan kerjasama boleh dijalin atas nama semangat belia walaupun berbeza ideologi politik.

Adakah para belia hanya didedahkan dengan politik sebelah pihak sedangkan para belia lebih mengetahui politik mana yang patut didukungi.

Sikap yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan sendiri menyebabkan para belia muak dan menjauhi Persatuan Belia yang dulunya menjadi kekuatan masyarakat kampung.

Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012 yang dimenangi oleh Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Cawangan Butterworth.

Manakala kategori wanita penganugerahan Perdana Belia Negara diperolehi oleh Nagespary a/p Nadarajan.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2012 03:31 PM PDT

URL Sumber Asal :-

3 ditahan bantu siasatan kes samun klinik perubatan <b>di Jelutong</b> |

Posted: 05 Apr 2012 11:30 PM PDT

About The Author

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini dijual pada harga 15 sen. Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri, termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960. Kini Berita Harian adalah akhbar utama di Malaysia.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2012 01:39 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Hokkien Mee <b>Tanjung Tokong</b>, Penang

Posted: 25 Dec 2011 12:53 AM PST


Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan yang 'awesome' terutamanya masakan cina, tetapi kebanyakkan daripadanya adalah tidak halal. Namun Hokkien Mee di Astaka Tanjung Tokong berdekatan dengan Island Plaza Penang merupakan satu-satunya Hokkien Mee yang berstatus halal. 
Mengikut sejarah pemilik gerai ini merupakan seorang muallaf yang dan telah berniaga di sini sejak puluhan tahun. Asalnya gerai tersebut terletak di hadapan rumah lama bersebelahan Astaka dan kini telah berpindah secara tetap di Astaka tersebut untuk keselesaan pelanggan. Waktu perniagaan gerai ini adalah pada waktu tengahari sahaja iaitu di antara jam 11 pagi hingga 2 petang.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Kilang pembuatan solar panel <b>di Batu Kawan</b> ada kaitan dengan <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 04:54 AM PDT

Pembinaan kilang yang mengeluarkan solar panel di Batu Kawan oleh syarikat multi-nasional Robert Bosch sebenarnya telah lama diperkatakan sejak June 2011 . Pada masa itu kerajaan DAP Pulau Pinang mendabik dada berbangga kerana Pulau Pinang dipilih oleh pelabur untuk projek ini . Mungkin kerajaan DAP Pulau Pinang dah lupa pelaburan yang tinggi di negeri itu disebabkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga usaha-usaha kerajaan negeri Pulau Pinang semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Hal ini pernah saya huraikan dalam 'entry' yang lepas . (sumber)


Tulisan aku kali ni adalah untuk bercerita tentang sikap 'talam dua muka' untuk puak2 yang mengaku sayangkan alam sekitar. Mereka bermati-matian menentang kilang Lynas atas alasan mengancam kesihatan penduduk setempat dan juga alam sekitar . Tapi tahukah mereka bahawa kilang membuat solar panel juga mencemarkan alam sekitar dan menganggu kesihatan penduduk ? Ini terbukti apabila syarikat Jinko Solar terpaksa menutup kilang ini setelah mendapat protes yang hebat dari penduduk2 desa . (sumber) (sumber)
Apa yang berlaku di China ialah kegagalan syarikat Jinko Solar dalam menguruskan sisa buangan merbahaya dan seterusnya memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat. Jelas di sini proses pembuatan solar panel juga menghasilkan bahan buangan toksik dan merbahaya , kes yang sama seperti Lynas. Soalnya disini ialah kecekapan dalam menguruskan sisa buangan ini (contohnya logam berat Cadmium Telluride, CdTe dan Copper Indium Gallium Selenide, CulnGaSe). Satu artikel berkaitan yang ditulis dalam Los Angeles Times (April 2011) mungkin menarik untuk dibaca dan dibuat rujukan (sumber)
Dan yang paling menarik , tahukah anda pembuatan solar sel yang murah adalah menggunakan elemen2 tanah jarang (rare earth) ? iaitu mineral yang diekstrak oleh kilang Lynas di Gebeng. Dengan kemudahan yang ada di Lynas adakah Robert Bosch akan menggunakan sumber yang lebih mahal untuk pengeluaran solar panel mereka?  (sumber)
Agak ironik, tetapi itulah kebenarannya iaitu elemen2 tanah jarang diperlukan untuk kelangsungan teknologi2 hijau seperti bateri kenderaan hibrid dan solar panel. Mungkin artikel ini dapat membantu kita untuk memahami perkara ini. (sumber)
Aku tak nak jadi hipokrit , jadi aku tak membantah pembinaan kilang pembuatan solar panel di Batu Kawan ni . Cuma aku persoalkan sekarang, dimana puak2 yang kononnya mahu jaga alam sekitar tu ? Tolong buat kempen Hijau 3.0 di Batu Kawan ! Sila tunjukkan konsistensi anda , kilang Lynas dan kilang pembuatan solar panel Robert Bosch berkait secara langsung . Kedua-dua kilang ini menghasilkan sisa2 buangan yang dikatakan boleh memberi kesan pada kesihatan, dan alam sekitar. Jadi lancarkan saja Bersih 3.0 atau dunia akan nampak anda sebagai manusia yang jelas hipokrit !!!!