Selasa, 22 Mei 2012

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


HURAIRA AL-HADY: PAS <b>DI TASEK GELUGOR</b> TERDUDUK <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 12:30 AM PDT





Ceramah Agama oleh penceramah terkenal dari Perak ini iaitu Ustaz Kazim Elias pada malam minggu yang lalu telah berjaya menarik minat hampir 7000 rakyat tasek gelugor.  Memang hebat sambutan ceramah Ustaz Kazim Elias ini di SK Ara Rendang yang dianjurkan PIBG SMK Pokok Sena . 
Turut hadir ke majlis ini ialah Adun Prmtg Berangan , YB Ustaz Shabudin Yahya ketua umno bahagian tasek gelugor serta tetamu istimewa Mufti P.Pinang SS Datuk Seri Hj Hassan Ahmad . 
tahniah kepada UMNO bahagian tasek gelugor kerana berjaya mengadakan majlis ceramah tersebut dan membongkar parti pas supaya rakyat di beri maklumat yang benar. 

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Masalah 13 tahun tanah wakaf <b>Jelutong</b> berjaya diselesaikan | www <b>...</b>

Posted: 17 May 2012 06:43 PM PDT

Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

"Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam. 

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.

Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.

Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.

Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.

Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

"Tetapi malangnya, kerajaan pusat  tidak mempertimbangkannya  atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut," ujar Guan Eng.

Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan  Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang munasabah.

Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.

Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional. -END

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


DAP bina terowong bawah tanah <b>di Balik Pulau</b> - Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 11:01 AM PDT

DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

BALIK PULAU 10 April - Nilai hartanah yang meningkat di kawasan ini serta perancangan pembinaan beberapa projek mega dipercayai menjadi punca sebuah syarikat hartanah swasta berminat untuk membeli tanah penduduk kampung di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, tawaran itu juga dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk membina terowong bawah tanah dari Bayan Lepas ke Balik Pulau.

"Saya mendapat maklumat mengenai pembinaan terowong dan jika projek tersebut bermula, sudah pasti harga hartanah di sini akan meningkat dengan mendadak.

"Faktor inilah dipercayai menyebabkan syarikat hartanah berkenaan berminat untuk membeli tanah-tanah di sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di sini hari ini.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Homestay Dua Tingkat <b>di Gelugor</b> | Cari Kediaman

Posted: 12 May 2012 08:05 PM PDT

Price Range/Range Harga

RM 290 untuk satu malam.

Facilities/Kemudahan

mesin basuh, dapur, peti ais, penghawa dingin, televisyen dan astro.

Near To/Berhampiran

hanya beberapa minit sahaja untuk ke USM dan IPG. kurang dari 15 minit untuk ke bandar Georgetown.

Additional Notes/Maklumat Tambahan

boleh memuatkan keluarga yang besar sehingga 20 orang dalam satu masa.

Description

Rumah dua tingkat dengan 3 bilik dan tandas dan bilik air yang berasingan.