Khamis, 24 Mei 2012

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


Biar PM tentukan kedudukan saya <b>di Tasek Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 11:56 PM PDT

- Ahli Parlimen Tasik Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan siapa yang layak bertanding di kerusi itu. Katanya beliau menghormati hasrat bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan, namun keputusan akhir adalah hak Perdana Menteri.

 "Biarlah Perdana Menteri yang pilih 'winnable candidate'...Mohd Shariff ada hak untuk sampaikan perasaannya...saya tak rasa apa-apa, saya fikir dia (Mohd Shariff) ada hak untuk sampaikan rasa hatinya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Noh Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mohd Shariff bahawa beliau mahu bertanding semula di kerusi tersebut, selepas memberi laluan kepada Nor Mohamed pada pilihan raya lepas.

 Ditanya mengenai kesediaannya mempertahankan kerusi itu, Nor Mohamed berkata: "Saya tidak ada apa-apa komen." Semalam, Mohd Shariff, 65, dilapor berkata beliau melepaskan kerusi Tasik Gelugor kepada Nor Mohamed atas permintaan perdana menteri ketika itu, dan kini telah bersedia untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut. - Bernama

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2012 01:20 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:31 PM PST

URL Sumber Asal :-

Hokkien Mee <b>Tanjung Tokong</b>, Penang

Posted: 25 Dec 2011 12:53 AM PST


Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan yang 'awesome' terutamanya masakan cina, tetapi kebanyakkan daripadanya adalah tidak halal. Namun Hokkien Mee di Astaka Tanjung Tokong berdekatan dengan Island Plaza Penang merupakan satu-satunya Hokkien Mee yang berstatus halal. 
Mengikut sejarah pemilik gerai ini merupakan seorang muallaf yang dan telah berniaga di sini sejak puluhan tahun. Asalnya gerai tersebut terletak di hadapan rumah lama bersebelahan Astaka dan kini telah berpindah secara tetap di Astaka tersebut untuk keselesaan pelanggan. Waktu perniagaan gerai ini adalah pada waktu tengahari sahaja iaitu di antara jam 11 pagi hingga 2 petang.
Full content generated by Get Full RSS.

SYABAS KETUA MENTERI ! : JADIKAN <b>TANJUNG TOKONG</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:12 AM PST

Ini adalah  antara isi kandungan  ucapan penggulungan yang dibuat oleh YAB Ketua Menteri PP Tuan Lim Guan Eng,  menyentuh tentang isu di atas.

Ia dibuat  dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua penggal keempat DUN ke 12 pada bulan Oktober 2011 :

Perkara ke 50,51 dan 52

YB ADUN Permatang Pasir mencadangkan Kerajaan negeri memelihara dan membaik pulih WARISAN  MELAYU dan INDIA di Pulau Pinang.

Sememangnya Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa memastikan TAPAK WARISAN Dunia UNESCO yang telah dianugerahkan kepada George Town sentiasa memelihara bangunan-bangunan warisan tidak kira sama ada ia melibatkan warisan MELAYU, INDIA MAHU PUN CINA

Ini terbukti di mana Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan George Town World Heritage Incorprated(GTWHI) telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus wujud dan kekal di negeri Pulau Pinang .

MALAH KERAJAAN NEGERI TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENGKLASIFIKASIKAN     SEMULA   KAMPUNG    TANJUNG  TOKONG   KAMPUNG     MELAYU  YANG TERTUA DI PULAU PINANG  SEBAGAI KAMPUNG   WARISAN, SELEPAS STATUS INI DIGUGURKAN OLEH KERAJAAN BN DAHULU.

Soalnya kerajaan negeri yang dituduh perkauman telah membuka laluan untuk menjadikan Kampung Tradisi Tg Tokong sebagai KAMPUNG WARISAN.

Bolehkan Kerajaan Pusat mengarahkan UDA Holdings untuk berbuat demikian. Selama ini warisan yang difahami oleh GLC tersebut hanya galeri yang menempatkan warisan mati.

Persatuan Penduduk Kampung Tg Tokong bersama penduduk yang terlibat dan NGO -NGO di PP mendesak supaya Kerajaan Pusat mengarahkan UDA Holdings menghentikan  sebarang bentuk pembangunan dengan segera.

Mengarahkan Kementerian Penerangan Multimedia dan Kebudayaan mewartakan sebahagian  Kampung Tradisi Tg Tokong sebagai  Zon Warisan

Pelan pembangunan yang baru yang hendak digubal wajiblah memasukkan :

a) PEMBANGUNAN WARISAN HIDUP   di atas sebahagian kampung Tg Tokong. Mulakan dengan membina 30 buah rumah warisan di tanah kosong seluas 2 ekar disebelah Masjid Tg Tokong yang memang merupakan warisan asal Tg Tokong.

b) Membina premis perniagaan ala Pekan Rabu dengan bangunan berrtingkat yang menempatkan para peniaga dan penjaja menjadi pusat perniagaan dan kebudayaan Melayu di P.Pinang. Daya penarik kepada industri pelancongan.

c) Warisan institusi seperti Madrasah Al Taqwa mesti dikekalkan. Begitu juga dengan Persekutuan Setia Tg Tokong yang ditubuhkan pada tahun 1911 mesti dikekalkan sebagai warisan institusi.

d) Kawasan selebihnya boleh dibangunan flet bertingkat bersekala tinggi 30 tingkat bagi menempatkan penduduk yang memerlukan rumah.

e) Peruntukan buat permulaan RM 100 juta  mesti dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat di bawah RMK 10 bagi pembangunan warisan dan mengatasi kemiskinan dalam bandar. UDA hanya perlu menyediakan tapak  dan pembangunannya boleh dibuat oleh SPNB ,  Badan Warisan  dan Koperasi tempatan.

Kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan negeri demi kesejahteraan rakyat amatlah dialukan. Penduduk mendambakan PEMBELAAN.

Politik politik juga Namun nasib rakyat janganlah diperkotak katikkan dan dijadikan mangsa pembangunan. Politik matang di negara-negara demokrasi yang maju tidak sepanjang masa menganggap pembangkang sebagai musuh. Bolehkah iklim politik jernih yang membolehkan rakyat memilih yang terbaik dilaksanakan ?

Full content generated by Get Full RSS.

Guan Eng kayuh Gerek dengan Najib <b>di Tanjung Tokong</b> pagi tadi...

Posted: 24 Sep 2011 11:12 PM PDT

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2012 01:32 PM PST

URL Sumber Asal :-

PM NAJIB TUN RAZAK SELAMATKAN MELAYU PULAU PINANG <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 11:33 PM PST

ATAS NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG

BADAN BERTINDAK  "BERSATU"- SELAMATKAN MELAYU PULAU PINANG (Email:mohdsalleh.yahaya@gmail.com)

ALAMAT  : 282-H  JALAN SHEIKH IBRAHIM TANJONG TOKONG   10470 PULAU PINANG       TEL: O164344504 0124578172                                                                                                                                                                                           MOTO"SUARA AKAR UMBI"              

MISI: " SELAMATKAN RAKYAT DEMI  NEGARA"        

Tarikh : 26 Januari 2012

PENASIHAT : PROFESOR AHMAD MURAD MERICAN,                           

PENGERUSI: PROFESOR MOHAMD MD YUSUF

SETIAUSAHA: MOHD SALLEH YAHAYA                                                            

AJK: SELURUH WAKIL KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU P.PINANG

Salam 1 Malaysia,

KEPADA,

Y.A.B. DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian Am : 03-8888 8000

 MELAYU P. PINANG –   PM  TOLONG  SELAMATKAN!

KAMI DENGAN PENUH TAKZIM MEMOHON EHSAN  Y.A.B. DATUK SERI SEBAGAI KETUA TURUS TERTINGGI KERAJAAN MALAYSIA DAN ULIL AMRI YANG BERKUASA  MEMBUAT SESUATU UNTUK MENYELAMATKAN  MASA DEPAN MELAYU PULAU PINANG YANG KINI DALAM KEADAAN NAZAK.

MEREKA TELAH DIPINGGIRKAN DAN MUNGKIN PUPUS DALAM ARUS PEMBANGUNAN KOMERSIAL TIDAK BERAPA LAMA LAGI. MEREKA INI PENYOKONG SETIA  KERAJAAN  DARI PRU 1- 12(1955-2012). Surat Penuh di bawah ini :

KAMI MOHON EHSAN DATUK SERI MEMPERHATIKAN BEBERAPA ISU YANG KRITIKAL INI DENGAN SERIUS DEMI  KESINAMBUNGAN  PERJUANGAN UNTUK AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA :

PERKARA PERTAMA

PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG TRADISI TANJONG TO'KONG HARUS DIKAJI SEMULA STATUS DAN PELAKSANAANNYA.  DI BAWAH  UDA HOLDING  OPERASINYA  BERTUNJANGKAN KOMERSIAL DAN PASARAN TERBUKA – RAKYAT  TG  TOKONG  DINAFIKAN  PELUANG  MENYERTAI PEMBANGUNAN SECARA LANGSUNG.

BUKTINYA PEMBANGUNAN THE BREEZA DAN RUMAH KEDAI YANG KINI RANCAK DILAKSANAKAN DI TEBUSGUNA  DI DEPAN KAMPUNG TG TOKONG LANGSUNG TIDAK MEMPERUNTUKKAN WALAU 1 % PUN UNTUK PERUMAHAN RAKYAT.

MEREKA TELAH MENUNGGU BAGITU LAMA         ( 1990-2012) UNTUK DAPAT PELUANG MEMILIKI RUMAH – MENGATASI  MASALAH KEPADATAN PENDUDUK DAN PENINGKATAN ISI KELAMIN DAN KELUARGA YANG DRASTIK. 1500 KELAMIN TIDAK BERUMAH TELAH DIABAIKAN!

NAMUN UDA HOLDINGS MENGABAIKAN TANGGUNG JAWAP SOSAIALNYA. SELURUH KAWASAN  TANAH TEBUSGUNA YANG UDA DAPAT BERHUBUNG DENGAN PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG TG TOKONG DIBANGUNKAN 100 % UNTUK KOMERSIAL  TANPA SENSITIF DENGAN KEHENDAK RAKYAT YANG TERPINGGIR.

SEDANGKAN  MATLAMAT ASAL PENUBUHAN UDA UNTUK SOSIAL SEBAGAIMANA AMANAT ALLAHYARHAM   TUN RAZAK PENGASAS DASAR EKONOMI BARU.

PERLU DISEDARI KAMPUNG INI TELAH DIISYTIHARKAN MENJADI KAMPUNG WARISAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG TUAN LIM GUAN ENG  DALAM SIDANG DUN P.PINANG PADA OKTOBER 2011:

" INI TERBUKTI DI MANA KERAJAAN NEGERI MELALUI MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) DAN GEORGE TOWN WORLD HERITAGE INCORPRATED (GTWHI) TELAH MENGAMBIL PELBAGAI LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN BANGUNAN-BANGUNAN WARISAN INI TERUS WUJUD DAN KEKAL DINEGERI PULAU PINANG.

MALAH KERAJAAN NEGERI TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENGKLASIFIKASIKAN  SEMULA KAMPUNG TANJUNG TOKONG KAMPUNG MELAYU YANG TERTUA DI PULAU PINANG SEBAGAI KAMPUNG WARISAN , SELEPAS STATUS INI DIGUGURKAN OLEH KERAJAAN BN DAHULU.

Pelan lakar pembangunan kawasan disertakan untuk membangunkan kampung ini dengan dua corak pembangunan Warisan Hidup dan Flet berskla tinggi 30 tingkat bagi menempatkan rakyat.

KAMI MOHON EHSAN Y.A.B. DATUK SERI MENGARAHKAN UDA HOLDINGS  MENGHENTIKAN DENGAN SEGERA PROJEKNYA DAN MEMBUAT PELAN PEMBANGUNAN SEMULA YANG BARU. PELAN YANG MENGGABUNGKAN DUA KONSEP PEMBANGUNAN  IAITU WARISAN HIDUP "LIVING HERITAGE" DAN FLET.

PEMBANGUNAN RUMAH-RUMAH  WARISAN DAN KOMPLEKS WARISAN YANG MENCERMINKAN WARISAN HIDUP" LIVING HERITAGE" DAN PEMBANGUNAN FLET DI ATAS SEBAHAGIAN TEBUSGUNA. CORAK PEMBANGUNAN YANG BERCAMPUR KOMERSIAL DAN SOSIAL.

SELAMA INI UDA HOLDINGS HANYA BERPUAS HATI SEKADAR GALERI YANG MENJURUS KE ARAH WARISAN YANG MATI. WARISAN INSTITUSI YANG BERADA DI ATAS TANAH KAMPUNG  IAITU PERSEKUTUAN SETIA TG TOKONG YANG DITUBUHKAN PADA TAHUN 1911 DAN MADRASAH AL TAQWA TG TOKONG HENDAKLAH DIKEKALKAN SEBAGAI WARISAN HIDUP NEGARA.

 

UDA HOLDINDS ADALAH SEBUAH GLC DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN DAN DI BAWAH KUASA DAN TANGGUNG JAWAP PENUH  Y.A.B.

SEKALI LAGI MOHON  EHSAN Y.A.B.  MENYELAMATKAN NASIB KAMPUNG INI YANG TERUMBANG AMBING. KEBETULAN TANAH INI DI BAWAH KUASA KERAJAAN  PUSAT.

 PERKARA  KEDUA

KAMPUNG  WARISAN BATU UBAN – PUSAT PERADABAN DAN TAMADUN AWAL MELAYU P.PINANG KINI DIASAK DAN DIHIMPIT PEMBANGUNAN KOMERSIAL HINGGA KE BATAS MASJIDNYA TELAH DINAIKKAN FLET MEWAH. KINI MASA DEPAN KAMPUNG INI SANGAT TERANCAM DAN MUNGKIN  PUPUS JIKA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN UNTUK MENGHALANG.

PEMBANGUAN YANG BERLAKU DIPERSEKITARAN  AKAN MEREBAK DAN MEMUSNAH KAMPUNG YANG ASAL INI.  MINTA PERHATIAN DAN TINDAKAN Y.A.B.  DATUK SERI SUPAYA MENGARAHKAN  KEMENTERIAN PENERANGAN,MULTI MEDIA DAN KEBUDAYAAN MEWARTAKAN KAMPUNG BATU UBAN DAN KAMPUNG TG TOKONG  DENGAN SEGERA SEBAGAI ZON WARISAN NEGARA.

 PERKARA KETIGA

TAPAK KAMPUNG BUKIT KECIL DI SUNGAI NIBUNG MOHON IHSAN PERTIMBANGAN Y.A.B. DI BELI SEMULA DARIPADA PIHAK PEMAJU DAN DIMAJUKAN SEMULA OLEH AGENSI KERAJAAN PUSAT.  INI SEBAGAI BUKTI AWAL BAHAWA  KERAJAAN PUSAT  SERIUS  MENYELAMATKAN NASIB MELAYU PULAU PINANG YANG TERUMBANG AMBING TANPA SEBARANG PEMBELAAN YANG BERKESAN.

SAMA ADA  SEMASA DEB DAN SEPANJANG PELAKSANAAN RMK 1-  RMK 10. SELAMA INI JERITAN, RAUNGAN DAN KELUHAN  KAMI LANGSUNG  DITULIKAN TANPA KEPEKAAN BAHAWA KAMI JUGA MELAYU. MELAYU YANG TERTINDAS DAN TERPINGGIR DI BUMI SENDIRI SELEPAS MERDEKA

 PERKARA  KEEMPAT

DATUK SERI TELAH MEMBERI PERHATIAN KHUSUS  KE ATAS MASYARAKAT INDIA SEHINGGA MELANTIK MENTERI KHAS UNTUK MENJAGA DAN MEMPERHATIKAN KEPENTINGAN  MEREKA.  SEDANGKAN MELAYU P.PINANG  YANG TELAH MENYOKONG UMNO – BN SEJAK PILIHAN RAYA PERTAMA 1955 HINGGA 2008. NAMUN MEREKA TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN SETIMPAL.

DARIPADA 15 KERUSI DUN,  UMNO MENANG 11 TETAPI NASIB MEREKA SECARA KESELURUHAN SEMAKIN TERUK DAN MEROSOT .WALAU PUN Y.A.B. TELAH MELAWAT P.PINANG  BERULANG KALI TETAPI TIDAK ADA PENGUMUMAN YANG BERERTI BUAT KAMI YANG TERANIAYA DAN TERTINDAS INI. TETAP DINAFIKAN MENDAPAT PERTOLONGAN WALAU PUN MENGHULURKAN TANGAN MEMOHON DISELAMATKAN.

KAMI MOHON PERUNTUKAN KHAS  RMK 10  DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK MOHD NOOR YAAKUB UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG ASAL DENGAN AGRESIF DAN DI TEMPATKAN MEREKA SEMULA, RAKYAT  YANG TERPINGGIR DALAM BENTUK PEMBANGUNAN SEMULA YANG BARU.

ADA BANYAK TANAH-TANAH WAKAF YANG BERPOTENSI DIBANGUNKAN DAN MELAYU BOLEH KEMBALI SEMULA TINGGAL DI  BANDAR.  SEBAGAI CONTOH WAKAF KOPEAMAH  KELAWAI DIDUDUKI OLEH GOLONGAN  YANG BERADA. IA KINI   MENEMPATKAN  20 RUMAH BERSAIZ BUNGALOW. JIKA DIBANGUNKAN SEMULA DENGAN FLET SELESA BOLEH DIBINA 300 UNIT RUMAH UNTUK MELAYU  DI  P.PINANG. ADALAH PELUANG  PERUMAHAN UNTUK RAKYAT .

 

PERKARA KELIMA

RUMAH FLET UDA DI JALAN KELAWAI P.PINANG. TERDAPAT BEBERAPA PENGHUNI YANG DAIF. MEREKA  TIDAK DAPAT MEMBELI FLET TERSEBUT KERANA UDA HOLDINGS MENAIKKAN HARGA DENGAN SEWENANG –WENANG MENGIKUT  NILAI  KOMERSIAL SEMASA. MEREKA DIBERI NOTIS KELUAR . MASALAH MEREKA TERGANTUNG TANPA SEBARANG  PENYELSAIAN

MOHON PERTIMBANGAN  Y.A.B. SUPAYA  MENGRAHKAN UDA HOLDINGS  MENAWARKAN PEMEBLIAAN  DENGAN HARGA TERENDAH UNTUK GOLONGAN DAIF MEMILIKI RUMAH. MEREKA ADALAH PENDUDUK ASAL KELAWAI YANG TIDAK TAHU HENDAK KE MANA.

APAKAH UDA HOLDINGS TIDAK BOLEH MEMBUAT SEDIKIT AMAL  JARIAH UNTUK RAKYAT  PULAU PINANG YANG TERPINGGIR SETELAH MEMBUAT BANYAK KEUNTUNGAN  HASIL DARIPADA BERBAGAI KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN ATAS NAMA BUMIPUTERA.

SEKIAN KAMI MENDOAKAN SEMOGA Y.A.B. DATUK SERI SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN BERADA DI ATAS LANDASANNYA SERTA  DIBERI KEMENANGAN GEMILANG UNTUK TERUS MEMEGANG AMANAH,  MENTADBIR  BAHTERA NEGARA MENUJU WAWASAN 2020.

SALAM 1 MALAYSIA  " RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

WASSALAM,

MOHD SALLEH YAHAYA

SETIAUSAHA,"BERSATU" - 

BADAN BERTINDAK SELAMATKAN MELAYU PULAU PINANG

NO TEL : 0164344505  email : mohdsalleh.yahaya@gmail.com

 

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2012 10:33 AM PST

URL Sumber Asal :-

Malaysia Zoom » 30 pengunjung pusat hiburan diperiksa

Posted: 05 Feb 2012 03:01 PM PST

PULAU PINANG 5 Feb. – Polis memeriksa seramai 30 pengunjung pusat-pusat hiburan di sekitar Jalan Sri Bahari, Jalan Penang serta Tanjung Bungah dalam Ops Noda dan Ops Cantas malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi itu, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan diarah menjalani ujian air kencing mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebanyak 12 premis diperiksa dan diambil tindakan kerana beberapa kesalahan.

Menurutnya, seorang lelaki dan seorang perempuan ditahan di dua pusat hiburan berasingan kerana membenarkan pelanggan bawah umur memasuki premis berkenaan.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

"Seorang lagi lelaki ditahan dan peralatan audio video dirampas di sebuah premis kerana tiada lesen hiburan dan ia akan disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998," katanya kepada pemberita di Jalan Sri Bahari di sini hari ini.

Jelasnya, seramai 70 pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut; Balai Polis Air Itam dan Balai Polis Tanjung Tokong menyertai operasi berkenaan.

Tambah beliau, operasi tersebut diadakan bertujuan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan maksiat di premis-premis hiburan di sekitar negeri ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Penang <b>Tanjung Bungah</b> Goreng Pisang » ammibear.com

Posted: 30 Nov 2011 07:01 PM PST

Kalau korang jalan-jalan kat Penang Balik Pulau, dan jika masa tu korang ada di Tanjung Bungah, Ammi nak mengesyorkan atau kata lain menyarankan pada korang untuk luangkan masa sedikit pergi jalan-jalan cari makan…

cari makan yang Ammi maksudkan tu adalah jenis makanan kuih tradisional orang melayu yang mana pada Ammi ia telah di ubahsuai sedikit bagi menambah baikkan kesedapan kuih tradisi orang Malaysia ni…

tak susah pun.. sebab ia bukan kedai atau restoran-restoran mewah.. cuma lori bergerak.. di tepi jalan sahaja….

Nama yang diberi oleh tuan punya lori adalah:

PENANG TANJUNG BUNGAH GORENG PISANG

Status :

HALAL

Klik :

HOTEL DI PENANG

Lori putih tu yang Ammi maksudkan.. bukan yang jual air tu.. hehe..

P/S : pakcik~~ sorry yer Ammi tak tolong promote gerai pak cik… mohon ampun… hehe

Kuih yang cantik, bersih dan sangat menyelerakan…

harga Jenih kuih goreng yang dijual memang ada sedikit mahal… tapi bagi Ammi ianya sangat berbaloi sebab kuih yang esklusif memang la mahal sikitkan.. yang penting kualiti dan kesedapan kuih tu…

masa ni Ammi tak beli semua,, hanya beli kuih yang dicadangkan oleh orang istimewa.. jadi Ammi hanya beli Goreng Pisang dan Kuih Bakul..

OO MY GOD!!! memang sedap… terutamanya Kuih Bakul.. bila gigit jer kuih tu akan mengalir cream like Kaya dalam kuih tu… dap dap dap…

Harga utuk Kuih Bakul tu SATU RM1.50Goreng Pisang pulak RM1.30.. rasa kedua-dua kuih tu memang terbaik..

ini adalah Landmark yang korang akan jumpa di Tanjung Bungah… kalau nampak jer sila meliarkan mata anda untuk mencari Lori Bergerak ni yer…

Semoga korang jumpa… dan selamat mencuba… (n_n)

Related Posts with Thumbnails

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


BADAR SUCI: PASCA E 13 : PEMBINAAN RUMAH MEWAH <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 11:40 PM PDT

BK paparkan beberapa keping gambar sebagai pengetahuan semua rakyat malaysia tentang bagaimana projek kerajaan dap untuk menghalau penduduk tempatan dari kawasan balik pulau. kerajaan guan eng mahu jadikan balik pulau sebagai kawasan elit kaya raya dan untuk itu golongan miskin tanpa mengira kaum perlu dibuang keluar. bagaimanakah cara terbaik untuk membuang keluar orang miskin? tektikal yang digunakan ialah pemaju akan membeli tanah yang ingin dijual atau membeli tanah yang geran nama bertindan. kemudian selepas itu binalah rumah mewah berharga rm 500 000 dan ke atas. siapakah yang meluluska? sudah pastilah kerajaan dap negeri. kerajaan dap bertanggungjawab dalam hal ini.
 rumah mewah di bina berdekatan dengan pangsapuri kos rendah. perhatian zaman bn dahulu, bn bina rumah kos rendah untuk rakyat balik pulau. zaman la ni, dap bina rumah mewah. nampak jelaskan?
 siapakah anak balik pulau yang mampu membeli rumah mewah sebegini? apakah semua nelayan, petani dan pekedai mampu membelinya?
 bagaimana rumah mewah di bina berdekatan dengan kampung tradisi. bertahankan rumah kayu dan kampung ini sedangkan sekeliling kampung telah dibina rumah mewah
 rumah mewah tersergam indah di bina bersempadan dengan rumah kampung melayu di atas perkampungan melayu. mengapa dahulu tiada rumah mewah ? inilah perikemanusiaan dan dasar bijaksana bn?dap kerja nak baham jer
 semua projek perumahan kos mewah
 dibina berdekatan dengan kawasan kampung
 tak termampu untuk penduduk tempatan membelinya

 desa baru ala dap. tengok tu masuk desa pun penuh dengan kawalan keselamatan
 patutlah orang belah pulau pakat lari keluar
untuk siapa rumah rumah ini di bina. kerajaan bn buat jalan baru dari bayan lepas ke balik pulau untuk memudahkan org kampung bukan untuk memudahkan kerajaan dap membenarkan rumah mewah sahaja yang dibina .
BK TIDAK MENYALAHKAN PEMAJU. ITU HAK MEREKA. TETAPI INILAH DASAR PERUMAHAN KERAJAAN DAP. APALAH SALAH KALAU BINA RUMAH KOS RENDAH        10 000 UNIT SEBAGAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNTUK PENDUDUK BALIK PULAU?LAGI LAMA DAP MEMERINTAH, MAKA CINA MELAYU DAN INDIA DALAM KATEGORI SEDERHANA KE BAWAH AKAN PINDAH TERUS DARI PULAU PINANG.
......akan didedahkan tanah sekolah menengah  yang digazetkan di zaman bn di tukar kepada pembinaan sekolah antarabangsa di zaman kerajaan dap .malang lagi penduduk balik pulau terus di timpa bahana.

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Farashida Cottage <b>Di</b> Wisma Kastam <b>Seberang Jaya</b>

Posted: 29 Apr 2012 06:14 PM PDT

Salam..Alhamdulillah...farashida cottage sekali lagi berpeluang membuka booth sempena Mesyuarat Agong PEWAKAS (Persatuan Wanita Kastam) pada 27 April 2012. Sambutan yg diterima amatlah menggalakkan...Terima kasih..