09 di Bukit mertajam - Google Blog Search |
Char Kuey Teow Best <b>Di Bukit Mertajam</b>, Penang | phreak-id.com Posted: 19 Jun 2012 09:57 PM PDT Baru-baru ni, phreak-id pergi berkursus di Penang selama 2 hari dan bermalam di The Summit Hotel Bukit Mertajam. Memandangkan di siang hari 8am-5pm berkursus, di sebelah petang, terpaksa la menemani little phreak and mummy dia jalan-jalan. Mummy little phreak memang suka Char Kuey Teow. Memandangkan kami dah berada di Penang, maka tercari-cari juga lah Char Kuey Teow yang paling best di Bukit Mertajam ni. Bila check google map, dekat aje kedainya dengan hotel ni. Maka secara automatiknya ini destinasi utama pilihan kami. Kedainya biasa aje dari luar. And bila kami order Char Kuey Teow special yang berharga Rm6 (dah naik harga berbanding review dalam blog di atas), apa yang kami dapat sama sperti gambar yang diatas. Nampak tak menarik dan biasa aje. Tapi disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, phreak-id korek-korek. Dan akhirnya.... tadaaaa.. Ada udang disebalik mee rupanya. 4 ketul udang besar disebalik mee tersebut. Anyway, rasa dia serius memang terbaik. Sambil tu phreak-id order Laichi Kang. Tapi rupanya pelik sikit. Meriah berwarna-warni pulak. But still rasa dia not bad. Anyway, nama kedainya Ismal @ Ismail (tak sure yang mana satu, excited nak makan, lupa nak check nama kedai) beralamat di (berhadapan dengan Pejabat Pos Bukit Mertajam) :
Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas Disebabkan phreak-id pergi pada waktu malam minggu, banyak kereta dan susah nak parking, tak sempat nak ambil gambar kedai dari luar/depan. Anyway korang boleh tengok gambar kedai dari http://www.vkeong.com/ ni :- Nota kaki : Sebelum balik, sempat tapau sikit sebab nak repeat balik kat Hotel nanti. Malu nak makan 2 pinggan kat kedai. Hahaha |
You are subscribed to email updates from di Bukit mertajam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |