Rabu, 20 Jun 2012

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


GAMBAR PERKAHWINAN <b>DI BUTTERWORTH</b> - ART REGIME <b>...</b>

Posted: 05 May 2012 02:00 AM PDT

FAUZI & YATI photos (wedding photography - outdoor session)








couple : MOHD FAUZI BIN FAISAL MOHAMAED
                    & NUR HAYATI BINTI ROSLI

photographer : SOPI & ALIM (artregime squard)

contact us : 014-741 3211
                  www.artregime.blogspot.com
                  artregime@gmail.com

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Tentang kita.....: bercanda <b>di Batu Ferringhi</b>

Posted: 28 Mar 2012 06:42 PM PDT





nie peristiwa minggu lepas. bawa pengantin baru jalan2. saje gatai nak kacau orang hornymoon. aci tak? =D
kysha yang memang semestinya suka air, dalam kereta lagi dah tunjuk2 jerit "sea!sea!".
tengok je udah. tak boleh mandi. tapi, tu pun dah cukup buat anak dara tu senyum gembira.
bila kysha happy, daddy dan mommy pun senang hati :)

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Jambatan Kedua Pulau Pinang: Terpanjang <b>Di</b> Dunia, Mampu <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 02:52 AM PDT

http://1.bp.blogspot.com/-GIMdgzS4ZMc/Tpws_i8JLFI/AAAAAAAABM0/Wr87MMn_nio/s400/1.jpgJambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

Zulkipli berkata HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.

"Kami percaya teknologi ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara," katanya.

Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Zulkipli berkata berdasarkan prestasi terkini, pihaknya menyasarkan pencapaian kemajuan keseluruhan projek melebihi 90 peratus pada akhir tahun ini.

Katanya, melihat pada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan, jambatan mungkin dapat disiapkan dua bulan lebih awal daripada yang jadual.

"Kemajuan pembinaan sedikit sebanyak dipengaruhi faktor cuaca dan sekiranya keadaan mengizinkan, saya yakin projek akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan telah 3.15 peratus mendahului jadual.

Beliau berkata sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

Zulkipli berkata kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014.

Beliau berkata kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna.

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


BADAR SUCI: PASCA E 13 : PEMBINAAN RUMAH MEWAH <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 11:40 PM PDT

BK paparkan beberapa keping gambar sebagai pengetahuan semua rakyat malaysia tentang bagaimana projek kerajaan dap untuk menghalau penduduk tempatan dari kawasan balik pulau. kerajaan guan eng mahu jadikan balik pulau sebagai kawasan elit kaya raya dan untuk itu golongan miskin tanpa mengira kaum perlu dibuang keluar. bagaimanakah cara terbaik untuk membuang keluar orang miskin? tektikal yang digunakan ialah pemaju akan membeli tanah yang ingin dijual atau membeli tanah yang geran nama bertindan. kemudian selepas itu binalah rumah mewah berharga rm 500 000 dan ke atas. siapakah yang meluluska? sudah pastilah kerajaan dap negeri. kerajaan dap bertanggungjawab dalam hal ini.
 rumah mewah di bina berdekatan dengan pangsapuri kos rendah. perhatian zaman bn dahulu, bn bina rumah kos rendah untuk rakyat balik pulau. zaman la ni, dap bina rumah mewah. nampak jelaskan?
 siapakah anak balik pulau yang mampu membeli rumah mewah sebegini? apakah semua nelayan, petani dan pekedai mampu membelinya?
 bagaimana rumah mewah di bina berdekatan dengan kampung tradisi. bertahankan rumah kayu dan kampung ini sedangkan sekeliling kampung telah dibina rumah mewah
 rumah mewah tersergam indah di bina bersempadan dengan rumah kampung melayu di atas perkampungan melayu. mengapa dahulu tiada rumah mewah ? inilah perikemanusiaan dan dasar bijaksana bn?dap kerja nak baham jer
 semua projek perumahan kos mewah
 dibina berdekatan dengan kawasan kampung
 tak termampu untuk penduduk tempatan membelinya

 desa baru ala dap. tengok tu masuk desa pun penuh dengan kawalan keselamatan
 patutlah orang belah pulau pakat lari keluar
untuk siapa rumah rumah ini di bina. kerajaan bn buat jalan baru dari bayan lepas ke balik pulau untuk memudahkan org kampung bukan untuk memudahkan kerajaan dap membenarkan rumah mewah sahaja yang dibina .
BK TIDAK MENYALAHKAN PEMAJU. ITU HAK MEREKA. TETAPI INILAH DASAR PERUMAHAN KERAJAAN DAP. APALAH SALAH KALAU BINA RUMAH KOS RENDAH        10 000 UNIT SEBAGAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNTUK PENDUDUK BALIK PULAU?LAGI LAMA DAP MEMERINTAH, MAKA CINA MELAYU DAN INDIA DALAM KATEGORI SEDERHANA KE BAWAH AKAN PINDAH TERUS DARI PULAU PINANG.
......akan didedahkan tanah sekolah menengah  yang digazetkan di zaman bn di tukar kepada pembinaan sekolah antarabangsa di zaman kerajaan dap .malang lagi penduduk balik pulau terus di timpa bahana.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


100 penduduk <b>di Nibong Tebal</b> sertai UMNO – Perak Today

Posted: 21 May 2012 02:08 AM PDT

NIBONG TEBAL: Seramai 100 penduduk terutama golongan muda di kawasan Kampung Shetu, di sini menyertai UMNO selepas yakin hanya parti itu mampu menjamin masa depan mereka.

Ketua Penaja bagi cawangan Jawi C2 66, Elias Omar, berkata sebahagian daripada mereka yang menyertai UMNO itu adalah ahli parti dan penyokong tegar pembangkang di kawasan berkenaan.

"Mereka ini terutama golongan muda kecewa dengan pembangkang kerana tidak membawa perubahan kepada penduduk di sekitar kawasan Sungai Bakap terutama Kampung Shetu ini.

"Malam ini seramai 60 orang menyerahkan borang keahlian manakala 40 yang lain akan menyerahkannya kepada kami dalam tempoh terdekat," katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, di sini, malam tadi.

Elias berkata, beliau yang turut menyertai UMNO semalam yakin parti itu mampu mengubah nasib penduduk di kawasan berkenaan kerana banyak perubahan dibawa kepada mereka walaupun kawasan itu diwakili wakil rakyat pembangkang.

"Sebagai contoh, banyak rumah penduduk miskin di kawasan ini dibaiki UMNO dan pelbagai lagi kemudahan yang dibawa sedangkan mereka bukan memerintah di sini," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, parti itu menyambut baik sokongan penduduk di kawasan untuk menyertai UMNO.

"Dengan kemasukan 60 ahli baru di sini, malam ini kita berjaya membuka satu cawangan baru iaitu Jawi C2 66 dan saya percaya dengan sokongan anda semua kita akan mampu memenangi semula Sungai Bakap dan Parlimen Nibong Tebal," katanya.

- BERNAMA