Jumaat, 22 Jun 2012

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


Melayu buka Pulau Pinang?

Posted: 18 Jun 2012 09:10 AM PDT

ANTARA peserta pada Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 26 bertema Penempatan Awal Di Pulau Pinang.

ANTARA peserta pada Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 26 bertema Penempatan Awal Di Pulau Pinang.

Sejarah buktikan penempatan di Batu Uban 90 tahun lebih awal dari Georgetown

PERTIKAIAN siapa membuka Pulau Pinang sering diperdebatkan dengan fakta diketengahkan sebagai bukti sama ada berpihak kepada Kapten Francis Light atau penduduk asal dan pertikaian ini tidak selesai sehingga kini.Biarpun fakta awal yang dimasukkan dalam subjek Sejarah menyebut Light membuka Pulau Pinang selepas berlabuh di Tanjung Penaga (Georgetown) pada 1786, namun mengikut peninggalan sejarah lebih 90 tahun sebelum kehadirannya, bangsa Melayu sudah bertapak di Batu Uban.

Kewujudan masjid, kawasan perkuburan dan keturunan peneroka awal di Batu Uban sememangnya menjadi bukti kukuh, malahan saya sendiri berpeluang menemubual waris keturunan yang menjadi penghubung antara saya dan masa lampau. – Prof Madya Datin Dr Mahani Musa

Hujah yang memihak kepada penduduk asal adalah berdasarkan bukti wujudnya masjid yang didirikan Nakhoda Nan Intan yang berasal dari Aceh pada 1734 masih wujud di tempat dinyatakan itu sehingga kini.

Batu Uban juga boleh ditemui dalam peta lakaran Kapten Walter Avis, peta pertama Inggeris pada 1763 sebelum Pulau Pinang dibuka Light, malahan bandar itu menjadi pusat pengajian dan tumpuan ulama, selain menjadi pelabuhan penghubung di antara Pulau Pinang dengan Alam Melayu.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datin Dr Mahani Musa melalui kajiannya menemui penerokaan Telok Jelutong dan Batu Uban adalah bukti penting wujudnya masyarakat yang menetap di pulau ini, sebelum kedatangan Light.

"Kewujudan masjid, kawasan perkuburan dan keturunan peneroka awal di Batu Uban sememangnya menjadi bukti kukuh, malahan saya sendiri berpeluang menemubual waris keturunan yang menjadi penghubung antara saya dan masa lampau.
"Apabila Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) mendarat di Georgetown dan berlaku pembentukan masyarakat baru yang lebih rencam, sejarah masyarakat awal menghakis sehingga menjadikan Light seorang pengasas," katanya pada Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 26 bertema Penempatan Awal Di Pulau Pinang yang yang dirasmikan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM), Daresah Ismail di Kompleks Pustaka Warisan Seni, Pulau Pinang.

Dr Mahani berkata, kemunculan masyarakat campuran iaitu Peranakan Arab sering dikaitkan dengan sebahagian hasil kegiatan penerokaan ekonomi barat sedangkan ia sudah bermula sebelum kedatangan SHTI yang bermula di Batu Uban.

"Apabila perkahwinan campur antara orang Arab dengan wanita Batu Uban, ia sekali gus mengikis sedikit demi sedikit ciri Minangkabau yang sebenarnya sudah ada di bandar terbabit sejak dulu," katanya ketika membincangkan Sejarah Yang Terpinggir: Penempatan Awal Melayu Pulau Pinang pada majlis yang dipengerusikan Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Prof Madya Dr Mohd Isa Othman.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Nabir Abdullah, membangkitkan bilangan orang Eropah yang sedikit, tetapi mendapat habuan tanah yang banyak berbanding orang Asia yang ramai, tetapi habuan diterima sedikit hingga menyebabkan hal pemilikan tanah dalam kalangan orang Melayu terpinggir.

"Catatan 1792 menunjukkan bilangan kecil orang Asia dalam SHTI berlarutan sehingga abad ke-19, namun bilangan bangsa Melayu yang merangkumi orang Acheh, Batu Bara, Minangkabau dan Bugis besar untuk menjadi kumpulan majoriti.

"Persaingan kaum lain dalam hal pemilikan tanah termasuk luar bandar menjadikan bangsa Melayu terus terpinggir, malahan pemilikan asal sebelum 1786 diambil dengan pembayaran pampasan," katanya ketika merincikan Penempatan dan Isu Lord of the Soil Sebelum dan Sewaktu Pendudukan Inggeris di Pulau Pinang.

Bagi Pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr Ahmad Murad Merican, Batu Uban ialah pelabuhan pertama sebelum adanya Tanjung Penaga yang kini dikenali Georgetown dengan permulaan masyarakat Jawi Pekan atau Jawi Peranakan hasil perkahwinan Melayu dengan Arab.

"Tidak ketinggalan Batu Uban juga menjadi kawasan bermulanya peradaban terawal, termasuk pusat pentadbiran dan kosmopolitan Alam Melayu, Nusantara dan Lautan Hindi hingga ke Hadramaut.

"Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa Batu Uban, Bukit Jenaton dan Gelugor yang terletak kira-kira lima kilometer di selatan tanjung (Georgetown) dan berhadapan dengan Pulau Jerejak adalah penempatan awal masyarakat Melayu," katanya ketika membedah Wajah Dan Warisan: Identiti Melayu Awal Pulau Pinang Yang Dilupakan.

Dr Ahmad Murad berkata, akibat tiada usaha bersungguh-sungguh dalam mengetengahkan sejarah sebenar maka salasilah dan pensejarahan Melayu dipadamkan dari peta sejarah dunia apabila pembicaraan perkara terbabit dilakukan dari sudut asing.

"Lalu lahirlah perbincangan masyarakat Melayu yang sebenarnya penduduk asal disifatkan sebagai pendatang dan kesilapan dalam wacana kewujudan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau di mana-mana Alam Melayu berterusan," ujarnya.

Sumber : Berita harian

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Kilang pembuatan solar panel <b>di Batu Kawan</b> ada kaitan dengan <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 04:54 AM PDT

Pembinaan kilang yang mengeluarkan solar panel di Batu Kawan oleh syarikat multi-nasional Robert Bosch sebenarnya telah lama diperkatakan sejak June 2011 . Pada masa itu kerajaan DAP Pulau Pinang mendabik dada berbangga kerana Pulau Pinang dipilih oleh pelabur untuk projek ini . Mungkin kerajaan DAP Pulau Pinang dah lupa pelaburan yang tinggi di negeri itu disebabkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga usaha-usaha kerajaan negeri Pulau Pinang semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Hal ini pernah saya huraikan dalam 'entry' yang lepas . (sumber)


Tulisan aku kali ni adalah untuk bercerita tentang sikap 'talam dua muka' untuk puak2 yang mengaku sayangkan alam sekitar. Mereka bermati-matian menentang kilang Lynas atas alasan mengancam kesihatan penduduk setempat dan juga alam sekitar . Tapi tahukah mereka bahawa kilang membuat solar panel juga mencemarkan alam sekitar dan menganggu kesihatan penduduk ? Ini terbukti apabila syarikat Jinko Solar terpaksa menutup kilang ini setelah mendapat protes yang hebat dari penduduk2 desa . (sumber) (sumber)
Apa yang berlaku di China ialah kegagalan syarikat Jinko Solar dalam menguruskan sisa buangan merbahaya dan seterusnya memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat. Jelas di sini proses pembuatan solar panel juga menghasilkan bahan buangan toksik dan merbahaya , kes yang sama seperti Lynas. Soalnya disini ialah kecekapan dalam menguruskan sisa buangan ini (contohnya logam berat Cadmium Telluride, CdTe dan Copper Indium Gallium Selenide, CulnGaSe). Satu artikel berkaitan yang ditulis dalam Los Angeles Times (April 2011) mungkin menarik untuk dibaca dan dibuat rujukan (sumber)
Dan yang paling menarik , tahukah anda pembuatan solar sel yang murah adalah menggunakan elemen2 tanah jarang (rare earth) ? iaitu mineral yang diekstrak oleh kilang Lynas di Gebeng. Dengan kemudahan yang ada di Lynas adakah Robert Bosch akan menggunakan sumber yang lebih mahal untuk pengeluaran solar panel mereka?  (sumber)
Agak ironik, tetapi itulah kebenarannya iaitu elemen2 tanah jarang diperlukan untuk kelangsungan teknologi2 hijau seperti bateri kenderaan hibrid dan solar panel. Mungkin artikel ini dapat membantu kita untuk memahami perkara ini. (sumber)
Aku tak nak jadi hipokrit , jadi aku tak membantah pembinaan kilang pembuatan solar panel di Batu Kawan ni . Cuma aku persoalkan sekarang, dimana puak2 yang kononnya mahu jaga alam sekitar tu ? Tolong buat kempen Hijau 3.0 di Batu Kawan ! Sila tunjukkan konsistensi anda , kilang Lynas dan kilang pembuatan solar panel Robert Bosch berkait secara langsung . Kedua-dua kilang ini menghasilkan sisa2 buangan yang dikatakan boleh memberi kesan pada kesihatan, dan alam sekitar. Jadi lancarkan saja Bersih 3.0 atau dunia akan nampak anda sebagai manusia yang jelas hipokrit !!!!

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Adam Wafi: About Me

Posted: 20 Jun 2012 11:40 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lahir pada 4 Februari 1985 aku dibesarkan di Butterworth, bersekolah rendah dan menengah di Bagan Ajam, dan bersekolah tinggi di Permatang Pauh..dan sekarang aku menjawat jawatan di jabatan kerajaan di Negeri ...

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


IPU tidak sihat dicatat <b>di Seberang Jaya</b> 2 | Inimajalah dot com

Posted: 17 Jun 2012 10:58 PM PDT

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

Berita2u.tk » Blog Archive » IPU tidak sihat dicatat <b>di Seberang Jaya</b> 2

Posted: 17 Jun 2012 11:21 PM PDT

Category : Berita Harian

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seberang Jaya 2, Pulau Pinang adalah satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 11 pagi ini iaitu IPU 101.

Sebanyak 44 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala lima lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman web JAS www.doe.gov.my, tiada kawasan di sekitar Lembah Klang mencatat bacaan IPU tidak sihat sehingga jam 11 pagi ini.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Menurut laporan sebelum ini, kemerosotan kualiti udara yang dialami di Lembah Klang kebelakangan ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. – BERNAMA

Visit link: IPU tidak sihat dicatat di Seberang Jaya 2

cheapest auto insurance