Isnin, 25 Jun 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


RUMAH UNTUK DISEWA <b>DI BUKIT MERTAJAM</b>,PENANG | Rumah <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 06:46 AM PDT

Publish date: May 23, 2012 1:46 pm
Contact Name: MR DIN
Price: RM250
Region: Pulau Pinang
Location: BUKIT MERTAJAM
Phone: 0149443132
Tags:

RUMAH UNUTK DISEWA DI BM,PENENG
KEMUDAHAN:
BERHAMPIRAN SURAU,KEDAI,SEKOLAH DAN PASARAYA
10MINIT KE PEKAN BM
15MINIT KE TOL JURU DAN PENENG BRIDGE
7MINIT KE KULIM KEDAH

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Himpunan Hijau <b>di Butterworth</b>, laporan dari <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 04:27 AM PDT


Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang yang telah berlangsung semalam di Padang Hj Ahmad Badawi, Butterworth telah menyaksikan hampir 15,000 memenuhi padang. Manakala yang berlangsung di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai, Melaka lebih kurang 5,000 orang penduduk Melaka telah hadir bagi menjayakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka itu..
Dengan jumlah kehadiran sebegitu rupa sudah tentu pemimpin UMNO tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang memikirkan adakah mereka masih mampu mengekalkan jawatan sebagai ADUN selepas PRU 13 nanti..

Beberapa orang Blogger Pencacai UMNO telah dilaporkan menyusup masuk ke dalam himpunan di Butterworth, tujuannya sudah pasti mahu memberikan persepsi negatif terhadap himpunan itu..

Dan sekiranya kehadirannya kurang ianya akan dimainkan oleh mereka dengan dibantu oleh TV3 sekurang-kurangnya satu minggu atau lebih mungkin hingga tiba PRU 13 nanti..

Tetapi oleh kerana kehadirannya diluar jangkaan mereka terpaksalah dilaporkan begini rupa pula...


Agaknya apa yang tertulis pada kain yang diikat dikepala anak muda lelaki cina ini?

Himpunan Hijau di Padang Bandaran Butterworth perlihatkan kebodohan khawarij Pas yang semua orang tahu tunggangan Dap.

HIMPUNAN INI TAK LEBIH MENUNJUKKAN KESETIAAN DAN KEKUATAN SOKONGAN KHAWARIJ PAS KEPADA DAP PULAU PINANG UNTUK MENGEKALKAN REGIM KERAJAAN NEGERI!

Pisau kata "Pas ikrar taat setia kepada Dap"- Pisau.net

Sakit hatilah tu...ha..ha..ha..mahu tak sakit hati.. yang diharapkan ialah tiada sambutan tapi sebaliknya pula.. tak mahu dilaporkan elaun dah diambil.. terpaksalah laporkan jugak..

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Homestay <b>Batu Feringgi</b> | JURNAL ALKIRAM : Lifestyle Of Malaysia

Posted: 10 Jun 2012 11:48 PM PDT

Monday, June 11th, 2012 | Homestay Murah

Jika anda ke Batu Feringgi atau geogtown dapatkan harga murah dan strategik boleh tempah homestay di  :
1)batu feringgi- apartment 3 bilik
-7minit ke night market
-10minit ke pantai
-terdapat mini market, kedai makan, kedai dobi

Kemudahan :
Dilengkapi air con 2, kipas 3, 2 bilik air, katil double 2, extra tilam ,katil single 2,dressing table, peralatan memasak,fridge, pingan mangkuk,meja makan,seterika,water heater

harga:RM150-00-RM200

2)batu feringgi- apartment 2 bilik
-1minit jalan kaki ke night market
-berjalan kaki ke pantai
-hadapan hotel holiday in
-bersebelahan balai polis batu feringgi

dilengkapi air con 2, kipas 1, 1 bilik air, katil double 1, katil single 4,dressing table, peralatan memasak,fridge, pingan mangkuk,meja makan, seterika,water heater

harga:RM150-180-00

3)georgetown sea view- apartment 3 bilik
-10 minit ke KOMTAR
-25minit ke batu feringgi
-berhampiran pantai ijm
-10minit ke USM
-5 minit ke tesco

kemudahan:
dilenkapi air con 2, kipas 3, 2 bilik air, katil double 3,dressing table, peralatan memasak,fridge, pingan mangkuk,meja maka, seterika,water heater

harga:RM150-00-RM200

PERINGATAN: HANYA UNTUK MUSLIM DAN DILARANG MELAKUKAN PERBUATAN MUNGKAR DI SISI ISLAM

Jika ingin dapatkan maklumat lanjut atau gambar, sila email ke onefastinterprise@yahoo.com.my

Hubungi SOLEHA HOMESTAY segera :
En Arif 016-4589364

No related posts.

Tags: , ,

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MMI: Mampukah UMNO & BN <b>Tasek Gelugor</b> Terus Bertahan ?

Posted: 20 Jun 2012 02:42 AM PDT

Melihat akan gambar diatas sudah semestinya mengingatkan kita kepada pilihan raya ke12 yang lalu apabila YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dengan majoriti 4547 undi mengalahkan calon Pas Cikgu Ismail Salleh.
Jelas terpancar wajah kegembiraan pada setiap mereka kerana Barisan Nasional Tasek Gelugor masih dipertahankan walaupun pada ketika ini keputusan banyak yang tidak memihak kepada Barisan Nasional sehinggakan negeri Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Haprak.
Apa pun Tasek Gelugor tetap menjadi kubu kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional termasuklah jiran sebelahnya Kepala Batas.
Bertitik tolak dari sinilah juga jawatan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor bertukar tangan daripada Datuk Seri Shariff Omar yang juga bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor kepada YB Shabudin Yahya ADUN Permatang Berangan Tasek Gelugor.
Maka bermulah era baru kepimpinan UMNO di Tasek Gelugor dengan pelbagai usaha rancak dilakukan oleh semua pihak termasuklah mendekati para pengundi dan masyarakat seterusnya membuktikan Tasek Gelugor sememangnya kubu kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Tetapi kini segalanya mungkin berubah ! Di saat seluruh negara menantikan tarikh keramat pilihan raya ke13 yang masih menjadi tanda tanya terdapat usaha pelbagai pihak untuk menonjolkan diri sebagai apa yang kita gelarkan "winnable candidate".
Sebenarnya MMI melihat kepada sudut yang lebih positif kerana "winnable candidate" terbuka kepada semua pihak yang merasakan diri mereka layak untuk memimpin rakyat Tasek Gelugor.Bekerjalah sebaik mungkin untuk rakyat kerana mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan ini pastinya bakal dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai "winnable candidate" kelak.
Namun dalam usaha ini kita sebenarnya perlu melihat kepada perkara yang lebih besar iaitu sejauh mana UMNO dan Barisan Nasional mampu dipertahankan?
Melihat kepada pengumuman oleh Datuk Seri Sharif Omar bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan mantan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor untuk kembali menawarkan diri sebagai calon dalam pilihan raya ke 13 nanti membuktikan bahawa beliau masih berkeinginan untuk berbakti kepada rakyat Tasek Gelugor.
Ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor namun beliau dilihat cukup profesional apabila menyatakan terserah kepada YAB Perdana Menteri untuk menentukan siapa saja calon yang bakal bertanding sebagai Ahli Parlimen dalam pilihan raya nanti dan menghormati keputusan Datuk Seri Sharif Omar menawarkan diri.
Mungkin sebahagian daripada kita melihat senario yang berlaku ini merupakan perkara biasa dalam saat-saat kita menghadapi pilihan raya.Tetapi dari pemerhatian MMI ianya sebenarnya mampu merosakkan reputasi individu atau institusi tertentu.
Melihat kepada satu perhimpunan baru-baru ini di Dewan Besar Sungai Dua yang dianjurkan oleh PERKASA Tasek Gelugor jelas ianya merupakan satu pentas yang disediakan untuk mengangkat Datuk Seri Sharif Omar sebagai calon untuk pilihan raya nanti.Persoalannya apakah relevannya menjemput bangsa India dan Cina ke program yang dianjurkan oleh PERKASA walaupun ianya dibuat atas nama Sambutan Hari Bapa 1 Malaysia ? 
Dalam masa yang sama berlaku pertikaian bila mana gerak kerja YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen di persoalkan kerana beliau pernah berjanji untuk memajukan Tasek Gelugor yang sehingga kini masih samar.
Begitu juga dengan mereka-mereka yang terlibat secara langsung diperingkat UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang sudah mula mempertikaikan tindakan-tindakan pihak tertentu yang membelakangkan bahagian.
Kemudiannya timbul pula kenyataan-kenyataan di laman media sosial yang mempertikaikan tindakan badan-badan tertentu yang kesemuanya mengundang kepada perpecahan.
Apakah setiap tindakan yang berlaku ini mampu memberikan UMNO dan Barisan Nasional kekuatan ? Apakah yang berlaku hari ini mampu mengelakkan perpecahan ? 
Mungkin ada sesetengah pihak akan menuding jari kepada MMI dan menuduh yang bukan-bukan dengan tersiarnya artikel ini.Namun percayalah niat MMI sebenarnya untuk melihat satu angkatan UMNO dan Barisan Nasional yang paling ampuh dipersiapkan di Tasek Gelugor bagi menghadapi Pakatan Haprak dalam pilihan raya yang bakal tiba.
Cumanya setelah nama calon diumumkan nanti mampukah kumpulan-kumpulan ini bersatu ?
Persoalannya mampukah UMNO dan Barisan Nasional mempertahankan Tasek Gelugor dalam pilihan raya ke 13 nanti ?

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Jambatan Terpanjang <b>Di</b> Dunia, Mampu Menyerap Gegaran Gempa <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 05:59 AM PDT

Georgetown – Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

Bercakap kepada Bernama semasa sesi lawatan ke projek jambatan itu di sini hari ini, Zulkipli berkata HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.

"Kami percaya teknologi ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara," katanya.

Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Zulkipli berkata berdasarkan prestasi terkini, pihaknya menyasarkan pencapaian kemajuan keseluruhan projek melebihi 90 peratus pada akhir tahun ini.

Katanya, melihat pada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan, jambatan mungkin dapat disiapkan dua bulan lebih awal daripada yang jadual.

"Kemajuan pembinaan sedikit sebanyak dipengaruhi faktor cuaca dan sekiranya keadaan mengizinkan, saya yakin projek akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan telah 3.15 peratus mendahului jadual.

Beliau berkata sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

Zulkipli berkata kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014.

Beliau berkata kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna.

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Tagged ,

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Penang Chu Bi Chu Bi Club: Third week straight, <b>Balik Pulau</b>!!!!

Posted: 24 Jun 2012 03:21 AM PDT

Just for Khai and Kayong, we went to Balik Pulau again this morning, marking the third time we cycle there continuously. Hahaha, I think we need to find another venue next week.







09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


1000 saja hadir <b>di</b> Merdeka Rakyat <b>Nibong Tebal</b>?.. nak bohong tu <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 11:33 PM PDT

Sebelum itu.. di Nibong Tebal semalam (24 June) telah berlangsung salah satu dari beberapa siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Taman Bersatu.
Dari tentatif program yang dikirimkan oleh Chegu Bard antara penceramah yang telah dibariskan ialah YB Ustaz Makhtar, YB Tan Beng Huat, YB Dr. Mujahid, Chegu Bard, TKM1 Datuk Mansor Othman dan DS Anwar Ibrahim.
YB Mujahid tidak dapat hadir kerana pada masa yang sama PAS juga turut mengadakan program Himpunan Hijau di Parit Buntar.
Apa yang kebanyakkan media termasuk Malaysiakini tidak laporkan ialah kemasukkan lebih dari 200 ahli IPF/BN kedalam PKR atau dalam lain ayat lebih 200 telah keluar BN..
Mungkin ketika diumumkan perkara tersebut reporternya sedang leka bersembang di belakang stage.. mungkinlah..
Kehadiran dianggarkan mencecah 10,000 orang.. tapi ada pencacai UMNO yang sakit hati dengan kejayaan program ini melaporkan seperti di bawah ni..
Semalam berlangsungnya siri ceramah yang dinamakan 'Merdeka Rakyat' di Padang Taman Bersatu, Nibong Tebal yang mana penceramah utamanya ialah si Anwar Ibrahim.
Disamping itu, penceramah iringan ialah TKM1 P.Pinang, Dr Mansor, Che Gu Bard, Yb Makhtar (ADUN Sungai Bakap) dll..
Kehadiran pendengar tidaklah terlalu ramai sangat dimana boleh dikatakan sekitar 1000 ke 1500 orang saja yang hadir. Ini laporan secara jujur dan adil serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Percayalah esp puak pecacai pakatan..
Yang lawaknya Pengacara Majlis siap umum kehadiran seramai 10,000 orang tu!! Nak pembohong rakyat pun agak-agaklah bro!! - Anak Seberang
Biasalah kan.. satu percubaan memperbodohkan rakyat oleh seorang yang telah menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO begitulah hasilnya..
Atau mungkiin juga keupayaan mengiranya hanya setakat itu saja.. alaaaa.. macam Rais Yatim tu lah..
Cuba korang kira sendiri agak-agak berapa yang hadir dalam program ini berdasarkan gambar di bawah..
Lagi puluhan gambar untuk dikira jumlah yang hadir dalam program ini sila lihat di ( SINI )

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Am : IPU Tidak Sihat Dicatat <b>Di Seberang Jaya</b> 2 - Berita2u.tk

Posted: 17 Jun 2012 11:20 PM PDT

Category : Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Seberang Jaya 2, Pulau Pinang merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 11 pagi ini iaitu IPU 101.

See original here: Am : IPU Tidak Sihat Dicatat Di Seberang Jaya 2

compare auto insurance features

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


:: C E R I T A S E R A M ::: toyol mencuri <b>di bagan ajam</b>

Posted: 17 Apr 2012 12:00 AM PDT

Bagan Ajam, Seberang Perai Utara - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.

Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300"

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.

Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50" katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.

Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali

Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.

Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal

Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.

Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.