Isnin, 6 Ogos 2012

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


(VIDEO) Sekitar Ceramah Pemutar Alam <b>Di Nibong Tebal</b> : Anwar <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 07:00 PM PDT

Semalam PM turut menghadiri ceramah yang digelarkan Merdeka Rakyat yang berlangsung di kawasan Nibong Tebal.
Kehadiran pada majlis itu PM sifatkan hanya sekadar suam- suam kuku kerana pada hemat PM, kebanyakan yang hadir adalah untuk menjamu selera disebabkan terlalu banyak gerai dinaikkan seolah- olah memperlihatkan sekadar seperti sessi jual beli di pasar malam.
Sungguhpun begitu, apa yang ingin PM kongsikan di sini, berdasarkan ceramah yang disampaikan, Anwar Ibrahim ada menyebut bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah di Putrajaya, kutipan tol akan dimansuhkan secara automatik dan beliau telahpun memperoleh persetujuan berkaitan cadangan itu daripada Lim Guan Eng.

Bukankah Anwar Ibrahim sendiri yang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri? Apakah rasionalnya seorang Perdana Menteri untuk terlebih dahulu mendapatkan persetujuan Lim Guan Eng bagi memansuhkan kutipan tol?
Dari ucapan itu sahaja sudah menunjukkan dengan jelas bahawa PAS dan PKR hanyalah sekadar budak suruhan yang akan mengangguk dan menggeleng apabila diarahkan tuan besar mereka iaitu DAP!!!
Sejarah juga telah membuktikan bahawa isu pemansuhan tol ini adalah satu penipuan jelas daripada pihak Pakatan Rakyat kerana walaupun sudah hampir sepenggal memerintah Pulau Pinang, salah satu manifesto masih belum tertunai iaitu pemansuhan tol Sungai Nyior!!!
Adakah rakyat masih mahu mengizinkan diri mereka ditipu lagi buat kali kedua?