Selasa, 11 September 2012

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Misteri Toyol Curi Duit Penduduk <b>Bagan Ajam</b> Seberang Perai <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 05:30 AM PDT

Suatu ketika dahulu penduduk di Bagan Ajam Seberang Perai diselubungi kebimbangan kerana menghadapi masalah kecurian yang disyaki didalangi oleh toyol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Misteri Toyol Curi Duit Penduduk Bagan Ajam Seberang Perai  |  Tidak pasti sama ada cerita ini sudah lama berlaku ataupun tidak. Namun kisah ini dicatatkan pada 2011 yang lalu tentang kisah misteri toyol di kawasan Bagan Ajam, Seberang Perai. Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. Mereka mendakwa, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian pelik dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.

Sekadar Gambar Hiasan

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300″

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.

Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50″ katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.

Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali

Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.

Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal

Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.

Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.

Melayukini.net - Tiada cara lain lagi selain kita memasang pendinding di rumah. Sebagai pemilik rumah, kita perlu perbanyakkan membaca al-Quran dan perbanyakkan juga ibadah di dalam rumah. Insha Allah, para malaikat akan melindungi rumah kita dari pelbagai bahaya dan dari dimasuki syaitan.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Kedah2u | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bola - bola api <b>di</b> RnR <b>Bagan Ajam</b> | GALERI ODAI

Posted: 27 Aug 2012 06:53 PM PDT


Suara Rakyat Kunak: Misteri Toyol Curi Duit Penduduk <b>Bagan Ajam</b> <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 09:23 AM PDT

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


LI <b>di Seberang Jaya</b> - Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 06:44 PM PDT


PENAWARAN LATIHAN INDUSTRI DI VALTECH ENTERPRISE SEBERANG JAYA,PULAU PINANG.

Syarikat kami adalah pengedar untuk Produk Sanitari Sensor Automatik. Profil syarikat kami adalah seperti
yang dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Syarikat kami ingin menawarkan para pelajar tuan yang
menuntut di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE) untuk menjalani latihan industri.

Para pelajar tuan akan didedahkan dengan pelbagai perkara baru apabila mereka menjalani latihan
perindustrian di syarikat kami seperti mempelajari bagaimana produk-produk kami berfungsi .Kebanyakkan
produk kami melibatkan kerja-kerja teknikal ringan dan terperinci. Malah para pelajar tuan juga akan melakukan kerja-kerja luar seperti memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami seperti hospital, kilang,hotel yang berprestij dan sebagainya.

Selain daripada menjalani latihan industri, syarikat kami juga ingin pelajar tuan memberi dan menunjukkan
inisiatif sendiri dalam melakukan kerja ketika berada di syarikat kami. Ini akan membantu para pelajar untuk lebih berdikari pada masa hadapan di dalam persekitaran kerja yang sebenar.

(Clarina )
Pengurus Khidmat Pelanggan.
Valtech Enterprise.
www.valtech-group.com
Mobile: 012-476 3717
Email: clarina@valtech-group.com

Valtech Enterprise (AS0160213-X)
B-1-12, Casa Prima, Jalan Sutera Prima
13700 Seberang Jaya
Penang, Malaysia.
Tel : 04-390 1762 Fax : 04-3903017
Email : marketing@valtech-group.com

Promosi <b>di</b> Tapak Ekspo <b>Seberang Jaya</b> - Perpustakaan Desa Siber <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2012 10:02 PM PDT

Tarikh: 23/06/2012
Majlis Perasmian Hari Peladang, penternak, Nelayan & Kanival Koperasi
Aktiviti Promosi:
Pertandingan mewarna
Pendaftaran Keahlian Baru
Memperkenalkan SBSB

PANAS : SEMUA BLOGGERS PULAU PINANG BERKAMPUNG <b>DI</b>

Posted: 06 Jul 2012 11:54 PM PDT

Ahad ini 8 July.. EP bersama bloggers Penang akan berkampung di Sunway Carnival Seberang Jaya.. Semua rakan dan pembaca yang berdekatan dijemput hadir.. Lebih daripada 90 hadiah menarik cabutan bertuah disediakan untuk peserta seperti IPad, Tablet PC, Blackberry, Kamera Digital, Telefon Bimbit dan Banyak Lagi.... Jangan lepaskan peluang keemasan ini...Jumpa anda disana..

** Pendaftaran bermula seawal jam 1 petang....