Sabtu, 22 September 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Bapa wartawan akhbar Cina maut ditembak <b>di Bukit Mertajam</b> | N9 <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 07:56 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, 22 Sept.- Bapa kepada wartawan akhbar Guang Ming Daily maut ditembak di halaman Pangsapuri Taman Sejahtera Jaya di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa Yeap Cheng Chye, 47, baru pulang daripada berniaga nasi ayam datang ke pangsapuri berkenaan untuk menghantar pinggan mangkuk ke rumah pekerjanya.

"Semasa mangsa hendak menyerahkan barangan itu datang dua lelaki yang menaiki motosikal dan pemboncengnya turun melepaskan empat das tembakan ke arah Yeap.

"Penjenayah itu juga melepaskan dua das tembakan lagi ke arah pekerjanya yang berada berdekatan lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang mengalami pendarahan serius meninggal dunia di tempat kejadian sementara pekerja wanita berkenaan, Loh Siau Kee, 42, parah selepas tembakan itu mengenai bahu kiri dan perutnya.

Katanya polis sedang meneliti modus operandi kes berkenaan dari pelbagai aspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Motif pembunuhan masih belum diketahui kerana barang berharga dan dompet milik mangsa tidak terusik," katanya.
Beliau berkata kedua suspek terbabit dikatakan memakai jaket berwarna gelap serta topi keledar berpenutup penuh dan nombor pendaftaran motosikal mereka masih belum dapat dikesan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


22 penduduk <b>Batu Uban</b> diusir tika <b>di</b> ambang Aidilfitri...

Posted: 18 Aug 2012 05:00 AM PDT

Zaiton Mazakar, 60, menangis apabila menerima surat peguam semalam meminta beliau keluar dari tanah - tempat tinggal keluarganya selama satu abad - untuk memberi laluan kepada satu projek pembangunan di Batu Uban, Pulau Pinang.Di tengah-tengah kesibukan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya esok, Zaiton (kanan dalam gambar di bawah), dilanda kebimbangan di mana dia akan tinggal, selepas tempoh 14 hari yang diberikan dan bagaimana dia untuk membawa barang-barangnya berpindah dari lay ... Read More

Masjid Jamek <b>Batu Uban</b> perlu diisytihar sebagai tapak warisan

Posted: 17 Sep 2012 10:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Masjid Jamek Batu Uban ini dibina pada tahun 1734 oleh Haji Mohammed Saleh, atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan Nam Tunku Patis Batang, yang berasal dari Kampung Buadi di Paya Kumbu, Sumatra. batu uban ...

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


SUATU CATATAN PERJALANAN: SEPETANG <b>DI BATU FERRINGHI</b>

Posted: 18 Sep 2012 06:42 AM PDT


Melayu
Karya Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan


Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.


Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

ALHAMDULILLAH

Kalau direnung sedalam-dalamnya maksud puisi di atas karya agung sasterawan negara kita, pasti banyak yang kita boleh ambil sebagai panduan , motivasi dan apa jua dalam kelangsungan hidup kita seharian di dunia yang fana ini.

Rata2 ramai jugak yang tersinggung akan sindiran yang cuba disampaikan oleh Usman Awang melalui karyanya ini. Namun itulah kenyataannya walaupun pahit perlu kita telan kerana yang pahit itukan sebagai penawar atau ubat dan tidak semestinya menjadi racun manakala yang manis itulah yang seringkali buat kita alpa .

Namun bagi yang sedia menerima kenyataan bahawa itulah hakikat yang kita hadapi masa kini, pasti timbul kesedaran dalam hati .Mungkin kita yang dah berusia tidak dapat berbuat apa2 untuk membetulkan keadaan, namun pasti semangat untuk berubah itu boleh kita tanam dalam diri anak2 kita serta jugak anak2 bangsa kita agar suatu hari nanti apa yang cuba disampaikan oleh Usman Awang dalam rangkap terakhir terlaksana seperti :


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Terkenang dulu saat2 ketika aku mahu memperbaiki taraf hidup ku ketika itu.
Yang mentertawakan aku sendiri jugak adalah bangsa ku sendiri.
Yang cuba menjatuhkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga.
Yang memperlekehkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga.
Yang cuba menjahanamkan aku sendiri juga tak lain tak bukan bangsa ku sendiri.

Hingga kekadang ketika itu aku berfikir , siapa sebenarnya musuh dan saingan ku .

Mujur Allah tak pernah menutup pintu hati ku untuk berputus asa dan terus melupakan kekecewaan itu dan melangkah dan terus melangkah walaupun langkah ku tidak sehebat mana jika mahu diukur , namun aku sangat bersyukur kerana bukan kuantiti yang aku cari, tapi keberkatan yang menjadi matlamat ku kerana akhir perjalanan ku pasti berakhir di titian Siratul Mustaqim kelak sebelum singgah samada di syurga atau sebaliknya .


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Al-Qasas: 77)
Syukur kehadrat Allah kerana aku bisa lagi menikmati desiran bayu Mu di sini hasil dari rezeki dan nikmat yang Kau kurniakan .

Alhamdulillah.


09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


Pak Lah yakin <b>Kepala Batas</b> terus kekal milik BN <b>di</b> PRU 13 : The <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 08:59 PM PDT

KEPALA BATAS – Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan penguasaannya untuk kerusi Parlimen Kepala Batas berikutan semangat jitu dan sokongan padu ahlinya sejak tahun 2008.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerusi yang diperuntukkan kepada Umno sejak dahulu lagi tidak mungkin boleh digugat pembangkang kerana komitmen ahli Umno dan komponen BN yang begitu bersemangat berjuang untuk membela nasib rakyat.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas berkata, semangat yang ditunjukkan ahli Umno dan BN untuk menghadapi pilihan umum semakin memberangsangkan dan tidak mampu digugat oleh pembangkang yang cuba menembusi kawasan berkenaan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi

"Pada tahun 2008, kita ada masalah sedikit ketika menghadapi pilihan raya dan selepasnya. Tetapi program parti kini lebih baik dengan sokongan ahli juga bertambah untuk memastikan kita terus menang dan kekal di Kepala Batas.

"Saya harap janji kepada rakyat dalam Bajet 2013 akan dilaksanakan demi memastikan pembangunan negara terus dilaksanakan bagi kebaikan orang ramai," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas di Kayangan Resorts di sini semalam.

Hampir 600 perwakilan yang mewakili 86 cawangan hadir pada mesyuarat itu. Turut hadir ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Zabariah Wahab (Bertam), Datuk Azhar Ibrahim (Penaga) dan Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal).

Abdullah yang juga bekas Perdana Menteri, pilihan raya diadakan bagi membolehkan kerajaan yang diberi mandat meneruskan agenda pembangunan negara untuk semua rakyatnya.

"Apa tujuan kita mengadakan pilihan raya? Sebabnya ialah bagi membolehkan kerajaan yang memerintah menambah pembangunan dan menambah nilai kemajuan negara agar terus maju.

"Semua ini dilakukan untuk kemudahan rakyat. Segala-galanya untuk kebaikan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, ahli Umno dan rakan komponen BN khususnya di Kepala Batas perlu menyokong calon yang dipilih parti serta menggiatkan usaha bagi memastikan kemenangan semua calonnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, proses pengundian untuk memilih perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno dikendalikan oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam yang diketuai Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia News

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Hujan berterusan sebabkan tanah runtuh <b>di</b> Batu Ferringhi - myMetro

Posted: 19 Sep 2012 12:46 AM PDT

thumbnail

SEJAK akhir-akhir ini pembabitan 'luar biasa' dan luar batasan segelintir kecil mahasiswa cukup berani hingga ada melabelkan mereka golongan tidak terpelajar.

»

LAGI . BESTARI
  • Rakan sepejabat menduakan suami

    SAYA seorang remaja yang baru saja menceburi dunia pekerjaan. Masalah ini membabitkan seorang pekerja lain.

  • Pelajar beriman cemerlang

    ANDA ingin menjadi pelajar cemerlang. Perkara ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi tidak sukar untuk diperoleh asalkan ada kesungguhan dan kegigihan.

  • IKBN cipta go-kart

    GO-kart rekaan lapan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah menjalani ujian di litar go-kart di Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

thumbnail

PERJALANAN jauh kadang kala memenat dan membosankan terutama kepada kanak-kanak kerana aktiviti ...

»

LAGI . VROOM
  • Golf lebih ringan

    KENDERAAN terkemuka jenama Jerman, Volkswagen memperkenalkan model terbaru Golf melalui generasi ketujuhnya dengan menawarkan beberapa kelebihan dan prestasi yang dipertingkatkan.

  • Imej garang lasak

    LEBIH tujuh dekad bergelumang dalam industri automotif, jenama motosikal bu­atan Austria melalui KTM semakin gah dan matang menyediakan jentera dua roda berkuasa tinggi.

  • Meter kelajuan panduan memandu

    METER kelajuan adalah komponen penting bagi semua kenderaan sebagai panduan utama ketika memandu.

thumbnail

SEBAIK saja jemputan media diedarkan kira-kira seminggu sebelum pelancarannya, ramai sudah ...

»

LAGI . it@METRO
  • Produk Baru: Vivo guna Windows 8

    ASUS tampil pula bersama model tablet terbaru ASUS Vivo Tab, kali ini dengan sokongan sistem operasi Windows 8.

  • Produk Baru: Dok iPhone kompak

    AKSESORI dok iPhone Sonic Space iP7 Porta 2 keluaran syarikat teknologi audio Sonic Gear ini pasti akan melengkapkan operasi telefon pintar itu memandangkan ia hadir dengan fungsi pelbagai.

  • Produk Baru: Stylus dwi fungsi

    IA pen yang biasa digunakan untuk menulis tetapi turut hadir bersama kelebihan berfungsi sebagai pen stylus bagi mengawal operasi pada peranti iPad.

thumbnail

PELBAGAI insiden muncul memperlekehkan Rasulullah yang menimbulkan rasa kurang senang masyarakat ...

»

thumbnail

SESIAPA saja yang obses terhadap aksesori hiasan yang menjadi pelengkap konsep dekorasi tertentu ...

»

LAGI . DEKOTAMAN
  • Bumbung rumput

    RUANG dalamannya mempunyai fungsi yang sama dengan kediaman biasa cuma kedudukan setiap perabot disesuaikan dengan keadaan.

  • Seni anyaman kelarai

    PANDAN dan mengkuang antara bahan asas yang sering digunakan untuk anyaman.

  • Santai di taman hijau

    SEINDAH namanya, Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya pastinya memukau setiap pengunjung.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Naufal Budak Baik: 1 Jun: Cuti Sekolah <b>di Batu Kawan</b>

Posted: 04 Jun 2012 10:18 PM PDT


Dalam kereta, on the way ke Batu Kawan.
Seluar Hawaii Afdhal yang Naufal pinjam, sebab semua seluar lain dah 'basah'.

Salam Naufal,

1 Jun ayah dan ibu pulang ke Tapah untuk bercuti ke batu Kawan Penang pada hujung minggu. Cuti sekolah berlansung 2 minggu jadi kami ambik kesempatan ini untuk pulang kemapung. Singgah di Tapah pada malam Jumaat dan bertolak ke Batu Kawan pada pagi Sabtu.

Bila sampai Tapah kami terkejut tengok betapa tembamnya Naufal. Pipi tembam dan perut pun makin besar.

Naufal dah tak pakai pampers. Opah cakap supaya Naufal tak kencing pada waktu siang dia beri kau minum susu kurang pada waktu siang. setiap 2 jam Opah akan bawa Naufal ke tandas untuk buang air kecil. Setakat ini naufal belum lagi kencing dalam seluar. Kecuali semasa di Batu Kawan. Sampaikan seluar habis dan Naufal terpaksa pinjam seluar Afdhal.

Mula pandai menyebut "Ibu" dan "Ayah". Selain dari itu ada beberapa perkataan pelik seperti "Tak guna!"(bila marah) dan apa lagi entah. Mungkin pengaruh dari Detectif Conan. Bila Naufal menjerit dengan perkataan itu kami semua ketawa.

Di batu Kawan, Naufal melaungkan dengan kuat Azan setiap kali maghrib. Senja Sabtu dan Senja Ahad, mengikut rancangan TV 106 Astro.

Cuti kali ni kita tak berjalan ke mana pun, ayah badan tak sedap, rasa macam nak demam. Malam minggu sahaja buat barbeque dengan semua keluarga Tok Hassan. Diaorang semua tidur pukul 4 pagi.

Ayah beli beberapa CD pendidikan dan buku untuk Naufal. tapi Naufal lebih suka menonton CD dari menjenguk buku.

Selain dari itu ada beberapa kes lain seperti tikus di Tapah semakin ganas. Ibu masa tidur kakinya kena gigit tikus. Mungkin sebab tikus tu tak biasa dengan ibu kot, sebab Naufal dan Opah tak pernah kena gigit tikus, walaupun tikus tu selalu naik kedapur dan makan makanan dalam tudung saji. :)

kami sedia: Kilang Solar <b>Di Batu Kawan</b>,Pencemaran Cadmium <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:00 AM PDT


Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

"Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.

"Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.

"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.

Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.

Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.

"Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.

"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya.

sumber:Mypenangonline