Selasa, 25 September 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Bapa wartawan akhbar Cina maut ditembak <b>di Bukit Mertajam</b> <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 11:41 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Bapa kepada wartawan akhbar Guang Ming Daily maut ditembak di halaman Pangsapuri Taman Sejahtera Jaya di sini malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa Yeap Cheng Chye, 47, baru pulang daripada berniaga nasi ayam datang ke pangsapuri berkenaan untuk menghantar pinggan mangkuk ke rumah pekerjanya. "Semasa mangsa hendak menyerahkan barangan itu datang dua lelaki yang menaiki motosikal dan pemboncengnya turun melepaskan empat das tembakan ke arah Yeap. 

"Penjenayah itu juga melepaskan dua das tembakan lagi ke arah pekerjanya yang berada berdekatan lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mangsa yang mengalami pendarahan serius meninggal dunia di tempat kejadian sementara pekerja wanita berkenaan, Loh Siau Kee, 42, parah selepas tembakan itu mengenai bahu kiri dan perutnya. 

Katanya polis sedang meneliti modus operandi kes berkenaan dari pelbagai aspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

"Motif pembunuhan masih belum diketahui kerana barang berharga dan dompet milik mangsa tidak terusik," katanya. 

Beliau berkata kedua suspek terbabit dikatakan memakai jaket berwarna gelap serta topi keledar berpenutup penuh dan nombor pendaftaran motosikal mereka masih belum dapat dikesan. 

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


No Zo No Zonomi! | downgila

Posted: 26 Aug 2012 07:29 AM PDT

Nokharommmmmm ini lah lagu yang paling comel dan sesuai didengar oleh kutu kutu yang berada di ceruk tokkun dan yang baru lepas kena buang kerja.

Takyah sedih sedih! Happy Happy Happy!!!

Kamu kamu to nyan nyan nyan nyan funyan!!!! ARGHHHH$@@!!!HJHL&^QDDHo9UWUIE!!(!@EED

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Surat kepada Pengerusi Barisan Nasional <b>Negeri Pulau Pinang</b>, Encik

Posted: 06 Sep 2012 07:24 PM PDT

Encik Teng Chang Yeow,

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang,

d/a Bilik Gerakan Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang,

Jalan Datok Keramat,

10150 Pulau Pinang.                                                                                                                                                                                                           4 SEPTEMBER 2012

Encik Teng,

Kesediaan Menerima Tawaran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang Membeli Tanah Kerajaan Negeri Seluas 1.1 Ekar Dengan Harga RM450 Sekaki Persegi di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin Untuk Tujuan Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Dengan segala hormatnya, saya telah diarahkan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk merujuk perkara tersebut di atas, di mana anda menyatakan kesediaan BN Pulau Pinang membeli tanah di atas dengan harga RM450 sekaki persegi untuk membina PPR tetapi perlu menunggu surat rasmi daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

2. Seperti yang sedia maklum, tanah tersebut tidak pernah dinyatakan dalam pelan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) bahawa kerajaan BN lama telah memperuntukkannya untuk membina PPR. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri baru PR telah menimbangnya untuk membina rumah mampu milik tetapi menganggap ia terlalu kecil kerana tidak memenuhi saiz minima dua ekar yang ditetapkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Seri Chor Chee Heung. Sebaliknya, sebagai gantian, Kerajaan Negeri telah meminta MPPP memperuntukkan 11 ekar di Jalan S.P. Chelliah untuk membina rumah mampu milik.

3. Maka,Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pada tahun 2009 untuk menjual tanah 1.1 ekar ini secara tender terbuka bagi membina hospital swasta agar mempromosikan pelancongan perubatan, suatu bidang kritikal ekonomi Pulau Pinang. Tidak ada sebarang bantahan dibuat oleh sesiapa pun apabila tender terbuka dijalankan pada 2009 untuk pembinaan hospital swasta.

4. Tender tertinggi sebanyak RM 232 sekaki persegi dipilih, yang melebihi harga yang disyorkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan. Akan tetapi BN Pulau Pinang telah mendakwa harga sebenarnya adalah RM 450 sekaki persegi dan bersedia membelinya dengan harga ini untuk membina PPR. Sebulan sudah lepas tanpa sebarang tindakan susulan oleh pihak tuan. Kini pula anda menyatakan perlu tunggu surat tawaran rasmi oleh Kerajaan Negeri.

5. Sungguhpun pihak tuan tidak pernah menyatakan syarat perlu menunggu surat tawaran rasmi daripada pihak kami, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia menerima tawaran daripada Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang untuk membeli tanah kerajaan negeri seluas 1.1 ekar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin dengan harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan PPR.

6. Wang yang diterima ini akan digunakan untuk membina rumah mampu milik di Jalan S.P. Chelliah. Adalah diharapkan wang berdasarkan RM 450 sekaki persegi boleh dibayar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang secepat mungkin sebelum pilihanraya umum agar ia bukanlah suatu sandiwara politik oleh BN untuk mencari publisiti murahan dan menunjukkan keikhlasan pihak BN Pulau Pinang untuk membina PPR seperti yang diwar-warkan oleh BN dalam suratkhabar kebelakangan ini.

Sekian, terima kasih.

"Berkhidmat untuk Negara"

"Cekap, Akauntabiliti & Telus"

Yang Benar,

 

Y.B. NG WEI AIK

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

VN:F [1.9.20_1166]

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Tanah Runtuh <b>Di Batu Ferringhi</b>, Tanjung Bungah | Saat Kau Sentuh <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2012 05:09 AM PDT


Semalam hujan lebat ya di Georgetown?
Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak 2.30 pagi tadi
mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah.
yang berlaku jam 8.40 pagi, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang
dan merentangi Jalan Batu Feringghi.
Ini menyebabkan kesesakan luar biasa sehingga jam 12.00 tengah hari radi
bermula dari Persiaran Gurney menuju ke Batu Feringghi

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


inilah kisah kami..: Berbuka Puasa <b>di</b> Bukit <b>Jelutong</b>, Shah Alam

Posted: 09 Aug 2012 09:52 PM PDT


Pada 4 Ogos 2012 bersamaan dengan Hari Sabtu, satu majlis berbuka puasa bagi keluarga Rais telah diadakan bertempat di kediaman mak Usu Halijah di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kami bertolak dari Seremban pada jam 3.00 petang dan telah berkesempatan singgah sebentar di Pasaraya Alamanda, Putrajaya sebelum ke rumah Mak Usu.
Setibanya di rumah Mak Usu saya sempat menggoreng popiah dengan bantuan Angah Pahang untuk juadaha berbuka puasa.
Pelbagai hidangan disediakan untuk berbuka puasa di rumah Mak Usu ini. Sebaik sahaja selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, semua yang hadir telah bersama-sama mengerjakan Solat Tarawikh berjemaah di Rumah Mak Usu dan diikuti dengan tahlil arwah keluarga.
Selesai doa selamat dibacakan, satu upacara pemotongan kek telah diadakan bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran suami saya, Syamsul Amri bin Hj Ismail (Acoy) yang ke 35 tahun pada 3 Ogos yang lalu. 
Happy Birthday buat suami saya yang tersayang. So, dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program ini berlangsung.

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Apartment <b>di Bayan lepas</b> | Rumah Sewa

Posted: 28 Aug 2012 03:27 AM PDT

Publish date: August 28, 2012 10:27 am
Contact Name: Roslan
Price: RM800
Region: Pulau Pinang
Location: Bayan Lepas
Phone: 010 799 5085
Tags:

Breezy and windy 1100 square feet of 9-Floor apartment with swimming pool facilities, football field and kid playgroung.
3 bedrooms, 2 bathroom, 2 balconies.
Full Security
Parking Unlimited!!

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Gambar Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan <b>Di Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 02:35 AM PDT

Inilah gambar remaja perempuan berusia 17 tahun yang maut dalam kemalangan di Bayan Lepas apabila motosikal yang dinaiki di rempuh oleh sebuah lori ais. Mangsa, Nur Syazana Azemi, 17 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

Rakan karib mangsa, Amira Ayuni Mohd Kaharudin Ihsan, 17 berkata, Nur Syazana merupakan seorang yang amat periang.

"Kami mulai rapat sejak tingkatan tiga dan Jumaat merupakan kali terakhir kami berjumpa selepas selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Semalam (kelmarin) sekolah ada buat jamuan Aidilfitri dan saya diberitahu yang arwah beria-ria mengajak rakan-rakan bergambar bersama. Saya tak sangka kejadian ini akan menimpa rakan baik sendiri dan berasa amat sedih," katanya.

Marilah sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada allahyarham dan semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Al-Fatihah.

(GAMBAR) Remaja 17 Tahun Maut Dirempuh Lori Ais

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Shafie Nor: 5,000 rumah mampu milik <b>di Batu Maung</b>

Posted: 27 Aug 2012 12:17 AM PDT

PULAU PINANG, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Kira-kira 12 hektar tanah milik kerajaan Persekutuan di Batu Maung di sini dikenal pasti berpotensi dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik untuk rakyat di negeri ini.

Tanah seluas itu boleh didirikan kira-kira 5,000 buah rumah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, beliau berhasrat untuk memohon daripada kerajaan Pusat bagi membolehkan projek berkenaan dilaksanakan. - UTUSAN

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Mat Sabu hampir pasti bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Batu Kawan</b>

Posted: 31 May 2012 12:16 AM PDT

Demam pilihanraya semakin terasa. Setiap hari ada saja yang bertanya pada sharpshooter bila bubar parlimen? Jawabnya mudah..tanyalah BN (Bini Najib)

Semakin dekat dengan pilihanraya semakin banyak spekulasi tentang calon-calon yang akan bertanding dan pastinya calon hebat seperti Mat Sabu tidak terlepas dari perbualan hangat politik rakyat. Ramai yang bertanya, Mat Sabu akan bertanding di mana?

Khabar angin kini yang bertiup kencang dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Mat Sabu hampir pasti menjadi calon di Parlimen Batu Kawan. Guan Eng merupakan sahabat baik Mat Sabu di kamar penjara. Bukan lagi rahsia hubungan akrab Mat Sabu dan Guan Eng ibarat 'isi dan kuku.'

Sharpshooter selaku Pengarah Pilihanraya Dun Bukit Tengah merangkap Ketua Penerangan Keadilan Batu Kawan, sudah pasti berita ini ibarat 'pucuk dicita..ulam mendatang..tidak cukup tapak tangan..Stadium Batu Kawan kami tadahkan..'

Pimpinan PAS di Kawasan Batu Kawan amat berharap Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Batu Kawan akan menjadi kenyataan. Parlimen Batu Kawan kini adalah YB Prof Ramasamy TKM 2 merangkap Adun Perai.

Malam ini jangan lupa bersama Mat Sabu dan Chegubard di Kg Tok Panjang, Dun Bukit Tengah, Parlimen Batu Kawan. Ceramah gelombang KUNING ke Putrajaya..jumpa di sana..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Pejuang agama <b>Tokong Tanjung</b> berperang dengan bala tentera <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2012 12:17 AM PDT

Pejuang agama Tokong Tanjung berperang dengan bala tentera iblis

Ogos 25, 2012 at 3:17 pm

Pemuja-pemuja kultus (cult) Tokong berniat mem'BERSIH'kan tanahair kita ini dengan usaha mengusir keluar syaitan.

Para pengikut kultus Tokong yakin diri mereka malaikat. Mereka juga percaya bahawa dalam seketika lagi musuh mereka – iaitu dajjal yang durjana – akan kiamat.

Kultus tokong ini berpusat di Tanjung. Rumah ibadahnya terpacak gah di kawasan daerah Komtar. Ia juga mempunyai satu cawangan di Subang Jaya.

Anda kenal siapa DAPSubangJaya bukan?

Alahai. Satu akaun Twitter tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Ini ketagih tahap kronik ni.

Pengikut kultus (cult) tokong memuja dewa-dewi yang dipanggil Papa dan Mama.

Ciri-ciri kultus Tokong adalah seperti berikut:
.

Pohon agar Tuhan Tokong akan mengampuni si Rasis.

Moga-moga si Rasis yang telah dipesongkan oleh penunggu di Penanti tidak akan disembelih sebagai korban nanti.

Namun mereka selalu menuduh pihak lain yang bertanggungjawab memupuk perasaan Benci.

Kultus menyembah tokong ini didakwah ajaran-ajarannya di kalangan golongan Twits.

Puji-pujian yang dinyanyikan para penganut dikumpulkan sebagai lagu taksub setiap minggu dalam kitab suci Buletin Mutiara dan Selangor Times.

Seperti juga sesetengah penganut Kristian yang menggantung gambar wali-wali (saints) agama mereka di dinding, banyak gambar dewa-dewi kultus Tokong juga disediakan bagi pengikut yang wala kepada Tokong supaya boleh digantung di rumah.

Bersambung daripada:

Cocky, arrogant tokong: Kalau ada pita, nanti bagaimana pula?

Punca orang Cina menyembah Guan Eng bagai 'tokong'

Entry filed under: Mama DAPster. Tags: , , , .

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Inspirasi Emas - Rumah terbuka Public Gold

Posted: 16 Sep 2012 05:01 AM PDT

Pada 8 & 9 September yang lepas, Public Gold hampir di seluruh cawangan di Malaysia ada buat Rumah Terbuka khas untuk semua customer, dealer2 dan juga famili2/ kawan2. So saya ada sempat menjemput dealer2 saya dan rakan2 juga customer untuk hadir majlis tersebut.

Ada yang reply msg kata x boleh hadir, ada yang reply msg kata boleh hadir dan ada yang senyap terus pon ada. hehe so taktau la masih wujud ke x nombor phone diorg2 yg senyap tu :)

Untuk makluman, bagi di negeri Pulau Pinang, tak dibuat di Bukit Jambul, di Bishop pon tak juga..tapi kali ni di Public Safe, Relau, (berhadapan dengan PISA)

Public Gold Bukit Jambul berpindah tempat

Apa?? ada yang masih tak tau?? Public Gold di Bukit Jambul sebenarnya telah pindah ke Public Safe, Relau

So kalau ada yang pi kat bukit jambul tu mungkin terkejut la tengok Public Gold dah tutup sebab berpindah tempat bukan sebab 'bankrap' hehe

Apa yang menariknya, lepas ni seminar tidak lagi dibuat kat Bishop, sebab ramai kata kat bishop tu agak jauh sikit..so kalini semua seminar akan dibuat di Public Safe tingkat 3. Pernah tengok tak camna rupa Public Safe ni?

Public Safe

Untuk maklumat lanjut tentang Public Safe ni sebenarnya anda smua boleh cek kat website  Public Safe http://www.publicsafe.com.my

Saya sendiri pon dah tempah peti simpanan kat sini, ada yang tanya saya, boleh tak nak simpan emas company lain? nak simpan silver boleh tak? sebenarnya, nak simpan apa pon boleh. tak kisah pon.. janji bukan bahan terlarang.

So saya harap lepas ni takda la orang takut2 nak simpan emas ok :) sebab apa?? sebab dah ada peti simpanan khas untuk anda sewa. Murah je.. maklumat lanjut boleh cek kat web saya bagi tadi ok

Rumah Terbuka

Buat julung kalinya, Public Gold buat rumah terbuka khas untuk kita semua pada 8&9 September yang lepas.

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis tersebut. Makan free je..rugi sapa tak mai..hehe

Tapi saya betul2 respek la diorg ni sanggup datang walaupun hujan lebat sangat hari tu.

ni ha muka2 dealer, customer dan kawan2 saya yang datang pada hari tu.

Dealer-dealer, customer dan rakan2 yang hadir, yang dukung anak tu la orang yang kenalkan saya dengan dunia emas. Tq :)

Pasangan suami isteri yang bersemangat kental..penuh dengan idea diorg ni.. :)

Sempat bergambar dengan Dato' Louis Ng, founder emas Public Gold. Cayala Dato' sporting gila.. :) en Syukor jutawanemas pon turut hadir majlis memeriahkan majlis tersebut. tapi kan tak sangka pulak ada reporter yang turut hadir pada masa tu. taktau pon kata dia tu reporter hehe..

kira ok la kan, pi makan FREE ja, tapi boleh masuk paper..tapi taktau la paper ni cerita pasai apa kan..hahaha

Dealer Kawin

Saya juga nak ucapkan tahniah kat Dealer saya ni, en Ismail Hakimi, yang berkahwin hari ni 16 September 2012. Tahniah sekali lagi dan semoga bahgia hingga ke akhir hayat :)

sama cantik sama padan :) Congrats!!

Dealer Baru

Ok la, sebenarnya saya nak update sikit, Dealer terbaru inspirasi emas, orang MELAKA

jom kita berkenalan dengan Dealer baru ni.

Nama : Azahar Nordin

Status : Dealer (PG026600)

No Tel : 016-3121685 / 017-6791685 / 019-6606022

Kawasan : Seluruh Melaka / Tampin

email : tadbiremas@gmail.com

Jadi kepada mereka yang nak beli emas di negeri Melaka atau Tampin, boleh la contact si abg hensem kita ni En Azahar. InsyaAllah dia sedia bantu anda smua :)

Sekian saja dulu, Assalamualaikum..

Amir Firdaus Bin Abdul Aziz

Master Dealer (PG000330)

012-5853035

inspirasiemas@gmail.com

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Chegubard Atau Mansor Othman Bakal Kalah <b>Di Nibong Tebal</b>?

Posted: 16 Sep 2012 03:39 AM PDT


Sebentar tadi telah diadakan perasmian Semboyan Dibunyikan BN bahagian Nibong Tebal. Ianya dirasmikan oleh Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi Bahagian Nibong Tebal dan beberapa kepimpinan komponen parti BN yang lain turut hadir.

Yang menariknya ialah desas-desus yang mengatakan bahawa Chegubard akan bertanding di Nibong Tebal. Nama Mansor Othman juga dikaitkan dengan konstituen yang sama.

Jika benar, MiM jangka BN tidak mempunyai masaalah besar untuk berdepan dengan mereka. Lebih-lebih lagi mereka turut mempunyai track records politik yang agak panas dan mendatangkan kontroversi.

Terdapat juga khabaran yang mengatakan bahawa banyak lagi isu tentang calon Pakatan di Nibong Tebal yang akan 'digeledah' dan dilondehkan semasa PRU13 nanti.

Pokoknya, rakyat setempat perlu tahu dan tidak akan tersilap lagi memilih wakil rakyat Pakatan pada pilihanraya kelak.

Dan 2 nama calon Pakatan yang 'panas' ketika ini di Nibong Tebal akan memudahkan tugas jentera pilihanraya dan media BN!

Manakala calon-calon BN di konstituen itu pula terdiri daripada pemimpin-pemimpin rakyat yang begitu disenangi oleh rakyat setempat kerana mereka benar-benar membantu masaalah rakyat.

Apa pun, MiM berharap agar Anwar Ibrahim tidak menolak 2 nama 'panas' iaitu Chegubard atau Mansor Othman untuk bertanding di Nibong Tebal.

Mengurangkan jentera pilihanraya Pakatan di Nibong Tebal dan diagihkan kepada konstituen yang lebih 'ada harapan untuk menang' mungkin satu option yang difikirkan oleh Anwar?


Foto : sidang akhbar BN di Nibong Tebal

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


tiny tiles: soy milk & tou foo fa @ <b>Balik Pulau</b>, Penang

Posted: 24 Sep 2012 08:33 AM PDT

walking distance from nan guang laksa..
we saw this little stall which located at the front entrance of the old balik pulau market (pasar)
lots of people queuing and buying..
it sells soy milk, tou foo fa & some juice..
the little boy had his soy milk with brown sugar..
feedback: hen hao he (very nice) ^_^
sis had her favourite tou foo fa with brown sugar
feedback: great brown sugar, rich aroma, not too sweet, smooth texture..
Price: RM1.20 - RM1.50 (cant recall =S)
feedback: very refreshing especially after the laksa session
location: opposite of  the LENO
spot this very old & traditional building..
100% confirm there's rapid penang bus go to balik pulau,
~ dont try to rush the boss, he get angry very fast, LOL
~ he just dont like people to disturb his work xD

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Tukar Tiub: BERSEDIA PENIPAUN SEDANG <b>DI</b> RANCANG

Posted: 07 Sep 2012 08:57 PM PDT

KOMENTAR TUKAR TIUB

apa makna berita ini?

maknanya pru13 akan sampai
maknanya semua rancangan menipu telah diatur

maknanya mat bangla
maknanya mat indon
maknanya mat burma
maknanya mat pilipina
yang telah diberi kad pengenalan segera
sedang bersedia untuk mengundi

maknanya nama pengundi pro pakatan telah banyak hilang
maknanya nama pengundi pro gerombolan telah dipindah kekawasan nak dimenangi

maknanya spr telah menambah 240,000 pengundi awal yang tak pakai dakwat
ini untuk memastikan mereka boleh mengundi berulang kali
ini juga maknanya:
jika pakatan tak buat apa apa pakatan akan kena tipu
jika pakatan senyap saje ertinnya sediakan leher untuk dipenggal

BN DAN UMNO JADI BENTENG - meloya

Muhyiddin Yassin menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mendapat mandat yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mempertahankan asas-asas pembentukan negara bangsa.

Dia berkata, ia kerana asas-asas seperti institusi raja, kedudukan Islam, keluhuran perlembagaan, hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan sebagainya semakin diancam akibat keghairahan parti pembangkang mengejar kuasa.

"Bila mereka (pembangkang) menganjurkan bendera Malaysia ditukar, pijak gambar Najib, kalau nak senaraikan dah berpuluh-puluh atau beratus-ratus petanda termasuk mereka menentang rasuah yang bagi saya amat bertentangan dengan nilai-nilai Malaysia," katanya.

APA MAKNA POSTER INI?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

poster ini bukan hanya di johor
poster ini ditemui:

di masjid tanah melaka
di jasin melaka
di senaling kuala pilah
di seremban dua
di sekitar baru kikir
di temui di alor star
di temui di bukit kayu itam
di temui di pendang
di temui di padang rengas perak
di temui di tanjung
di temui di bagan ajam

apa maknanya:
maknanya muhyiddin tak ada sokongan
dari pahang terangganu dan kelantan
penyokong munhyiddin tak ada di tempat ini
kerana itu poster ini tidak ditemui

apa yang jelas sokong untuk muhyiddin
dari sebaran poster ini menunjukkan
muhyiddin apa kuat mendapat sokongan dari negeri sembilan

apakah ini kerana ada ura ura najib
untuk menendang mat hasan mb sekarang?

maknya penyokong mat hasan kini beralih
untuk memyokong muhyiddin

tuuuuuuugggu dan lihat!
NOTA:
utusan meloya
berita hairan
new shit times
dan prostitute yang lain
tak berani buat lapora
tak berani beri komen

PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com