09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search |
BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search Posted: 28 Sep 2012 11:49 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||
Jet Peribadi: Kemewahan Yang Anwar Tidak Mahu Rakyat Tahu <b>...</b> Posted: 23 Sep 2012 09:43 PM PDT September 24, 2012 · 47 Comments KALAU ikut ironi, Anwar Ibrahim sekarang hanya kurang 1 jenis pengangkutan awam yang belum berada dalam pemilikannya, iaitu kapal laut dan yang seumpama dengannya. Lain dari itu, semua jenis sudah ada, bas, treler, kereta, 4WD dan terbaru, jet peribadi. Itupun rasanya, akan datang dapat jugalah kita lihat kapal dengan muka Anwar padanya, dilihat dari jumlah sumbangan dana yahudi kepada NGO-NGO haram yang ada kaitan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat seperti SUARAM, IKD dan Bersih (sekadar menyebut beberapa). Dana yang khabarnya sudah mencecah nilai jutaan ringgit kalau dihimpunkan semua sekali. Alasannya nanti, senang Anwar dan rombongannya nak melawat pulau-pulau di negara ini untuk berkempen memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Hakikatnya, Pakatan Rakyat tak daftar pun. Mewah tak mewah Anwar tu ya. Tapi hari ini penulis lebih minat nak cerita soal jet peribadi itu dulu sebab gambar Anwar dalam jet itu dah ada depan mata, kapal belum lagi, dah ada besok kita ceritalah. Rasanya takat duit-duit kumpul dari tin milo ni mungkin tak seberapa sangat nilainya, cukup-cukup nak bayar upah penceramah sajalah kot. Itupun tak boleh nak kata juga sebab Bendahari PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli juga digambarkan bersama-sama dalam jet peribadi tersebut. Kita tak mahulah berspekulasi kenapa dalam ramai-ramai pemimpin PAS yang ada, Bendahari PAS sahaja yang diberi penghormatan untuk naik pesawat mewah tersebut. Terserah kepada semua orang untuk menilainya macam mana sebab yakinlah, lepas kecoh-kecoh ni, tak siapa di antara pemimpin yang terlibat nak buka mulut pasal isu ini lagi dah. Tapi apa pun macai PAS yang bodoh-bodoh menghulurkan 'derma jihad' dalam tin milo di ceramah-ceramah, boleh berbangga sedikit sebanyak sebab wang derma macai semua sudah mampu menyewa jet peribadi yang di datangkan khas dari Amerika Syarikat sana untuk bawa Anwar dan juak-juaknya berjalan ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Diri sendiri ada yang tak mampu nak naik kapal terbang sekalipun, apatah lagi jet peribadi tapi sebab bodoh punya pasal, orang lain yang merasa kenikmatan dari 'derma jihad' yamg macai semua hulurkan. Walaupun Tien Chua dipetik NST hari ini sebagai berkata "The private jet in which Anwar had flown last week was 'quite cheap' to charter" (Jet peribadi yang digunakan Anwar untuk terbang minggu lepas adalah 'agak murah' untuk disewa), itu tidak mengurangkan kemarahan rakyat Malaysia yang rata-rata sakit hati dengan sikap hipkorasi Anwar dan juak-juaknya. Jet peribadi tu, berapa murah yang kita cakapkan sekarang ni? RM 1 juta atau RM 2 juta, berapa murah? Ingat ya, jet itu disewa dari sebuah syarikat di New York sana dan berada di Malaysia beberapa hari untuk mengangkut Anwar dan rombongannya. Jadi berapa murahkah yang dimaksudkan? Yang pasti bukan RM 1000 ke bawah punya nilai. Oh ya, sebelum terlupa, soal Anwar menyewa jet peribadi 'murah' ini tidak ada kaitan dengan sesiapa ya, sebab tidak ada gambar. Jadi gebang banyak-banyak pun menuduh orang sana, menuduh orang sini pun guna jet peribadi, tidak ada gunanya sebab tidak ada bukti. Sedangkan yang jet peribadi 'murah' yang kita cakapkan sekarang ini, ada bukti, ada gambar, dipostkan pulak di Twitter pemimpin PKR sendiri, bukan pandai-pandai buat cerita. By Adamyan |
You are subscribed to email updates from di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |