Ahad, 7 Oktober 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 11:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Time To Love: Cerpen : Man Untuk Ana (ii)

Posted: 26 Sep 2012 05:28 PM PDT


"Bang long… weekend ni kita pergi lepak nak?"
Dahi Man berkerut. "Kau ni kena sampuk dengan penunggu ke Luth? Tak pernah-pernah kau nak ajak bang long pergi melepak. Tiba-tiba nak ajak… demam?"
Tawa Luth terlepas. Ada pula dikatanya aku disampuk penunggu? Tak sayang mulut betul. "Saja… pasal tak pernahlah nak pernahkan ni. Jomlah."
"Kampung la, rumah Usu Tahar. Sekarang kan musim buah… kita pergi lepak kat dusun dialah. Ok?"
Makin berkerut dahi Man. Seketika kemudian dia menggelengkan kepalanya, "Betullah kau ni dah kena sampuk dengan penunggu, Luth. Apalah sangat yang nak ada dekat kampung tu? Bang long ingat kau nak belanja pergi oversea ke? Tak pun, paling kurang lepak dekat JB. Ni kampung dekat ceruk tok kun tu kau ajak pergi? Alahai, Luth…"
"Lerr, sajalah. Lagipun dah lama tak melawat Usu Tahar tu. Sambil pergi melawat tu kita tolonglah dia kat kebun sana. Kira on la kan ni?"
"Hurmmm… Auni macam mana?" Lepak-lepak jugak. Anak sendiri mana boleh lupa.
Spontan kepala Luth dilukunya. "Kau ni sengallah. Ummi mana ada! Kan ummi pergi rumah Mak Teh, mengurut anak perempuan dia yang baru bersalin tu. Seminggu ummi kat sana. Ish, bengap betul."
Luth mengerang kesakitan. "Orang lupalah, tu pun nak angin. Dah ummi tak ada… kita angkut sekalilah Auni bawak balik kampung."
Man memandang lama ke arah Luth,
---------------------------------
Man kira keputusannya untuk ikut cadangan Luth hari tu memang satu keputusan yang tepat. Anaknya, Auni ceria saja sepanjang perjalan mereka pulang ke kampung. Tempoh empat jam dalam kereta langsung tak memberi kesan kepada Auni. Si kecil itu tetap lincah sebaik saja kakinya memijak psair putih di laman Usu Tahar. Sekejap dia berlari ke sini, sekejap dia berlari ke sana… tak terkejar Man hendak mengawalnya. Tapi Man tak kisah, asalkan Auni gembira… dia pun turut rasa gembira.

Petang tu selepas mereka merehatkan diri di rumah Usu Tahar… Man, Luth dan juga si kecil comel Auni berjalan di sekitar kampung. Auni yang lincah berjalan dipimpin ayahnya dan juga pak sunya di kiri kanan. Lincah dia berjalan sambil kasutnya yang berbunyi cit, cit, cit. Comel saja gayanya.
Lepas pusing satu kampung, mereka berhenti di kawasan sungai pula. Sungai di kampung mereka memang cantik. Airnya jernih dan tak terlalu dalam… sesuai untuk bermandi-manda. Mereka duduk di tebing sungai, masing-masing memasukkan sedikit kaki ke dalam sungai separas betis untuk merasai kesejukan air sungai itu. Auni pun tak ketinggalan untuk merasai kesejukan air sungai tu apabila ayahnya membiarkan dia bermain air dengan hujung kakinya sambil dipegang ayahnya.
"Luth, kau tolong pegang Auni. Bang long rasa macam nak ke sana kejap." Auni disuakan kepada Luth dan Luth menyambut anak kecil itu.
Auni duduk diriba Luth sekejap sebelum tiba-tiba telefon Luth berbunyi. Tanda ada orang menelefonnya.
Wow… dalam hutan pun boleh ada coverage! Ni memang betul I will follow you. Luth tersengih… buah hatinya telefon. Auni didukung dan diletakkan sekejap di atas tanah berjauhan dari tepi sungai. Luth terus mengangkat telefonnya yang dari tadi asyik 'menjerit' minta diangkat. "Hello? Ya, Nisa…"
Luth terus leka berbual dengan Nisa. Sesekali matanya memerhatikan anak buahnya yang bermain dengan bunga dan rumput di atas tanah. Tapi kemudian Luth mula terleka dari memerhatikan Auni. Nisa lebih menarik perhatiannya…
Auni dibiarkan. Luth terus hanyut berbual dengan Nisa.
---------------------------------
Sebaik saja panggilan diletakkan Man menyapa Luth. "Sembang dengan siapa? Ada pulak line dalam hutan ni ya…"
"Nisa call," Luth sengih. "Tau tak apa, bagus betul Digi ni. Tapi tak penuhlah coverage. Ada dua bar macam tu je. Lagipun bukan dalam hutan betul… dekat dengan jalan kan."
Man mengangguk perlahan. Seketika kemudian matanya melilau mencari sesuatu.
"Ooo… Auni kat si…" Luth menundingkan jari ke arah tempat dia meletakkan Auni. Bibirnya tak sempat menutur ayat sehingga habis. Auni…
"Kau ni tak boleh harap langsung! Aku suruh kau tengokkan budak tu kejap je. Dah hilang anak aku." Suara Man bertukar menjadi keras. Luth tak berani nak menjawab. Dia cuma mendiamkan diri.
"Auni! Auni kat mana sayang?" Man memanggil nama anaknya. Luth pun turut sama mencari Auni. Memang salah dia. Dia yang cuai… Luth mula diserang rasa bersalah.
"Kau cari kat sana. Aku cuba cari dekat jalan." Luth terus menghilangkan diri ke arah semak yang ditunjukkan oleh abangnya. Man pula malas nak bertelagah dengan Luth, kakinya pantas di atur ke arah jalan tar. Auni lebih penting masa tu
"Auni! Auni!" Man melaungkan lagi nama anaknya. Hati ayahnya benar-benar diburu rasa gelisah. Kepalanya memandang kiri dan kanan. Melilau mencari anaknya… "Auni kat mana sayang… jangan buat ayah risau sayang. Auni!" Man menjerit kuat nama anaknya. Tapi kelibat anaknya masih tak kelihatan.
"Bang long jumpa tak?" Luth muncul dalam keadaan termengah-mengah. Dia tunduk memegang lutut. Penat terkejar ke sana-sini mencari Auni. Sudah hampir sejam mereka mencari Auni di kawasan sungai tu. Man mula khuatir, kalau-kalau Auni terjatuh ke dalam sungai ketika Luth terleka tadi.
"Belum lagi. Semua salah kaulah, Luth. Jadi apa-apa dekat anak aku. Nahas kau!" Luth menelan air liur mendengar ugutan abangnya. Adik tak adik, Man betul-betul angin sekarang dengan Luth.
Jalan kampung yang lenggang tanpa orang yang lalu lintas di situ membuatkan Man mati kutu untuk bertanyakan pada orang. Ke mana pula la Auni pergi?
"Assalamualaikum, err… encik." Serentak Man dan Luth menjawab salam dan berpaling ke arah suara yang ayu tu. Mata Man membesar. Bercahaya…
"Auni! Anak ayah…" Man menarik nafas lega apabila Auni berada di hadapan matanya. Luth pun turut sama menarik nafas lega. Kalau betul tak jumpa Auni, memang dia akan jadi korban abangnya la jawabnya.
"Tadi saya jumpa dia tengah berjalan sorang diri kat tepi jalan ni. Bahaya, itu yang saya dukung dia…" wanita itu menjelaskan pada Man. Man cuba mengambil Auni dari dukungan wanita itu tapi Auni seolah-olah tak sudi pergi kepadanya. Auni berpaling darinya dan memeluk manja leher wanita itu. Man menarik semula tangannya, kepala anaknya diusap perlahan. Auni pula elok sahaja terlentok manja pada dada wanita ayu yang berada dihadapan matanya sekarang. Man terpesona seketika.
"Err…" wanita tu serba salah bila Auni tak mahu melepaskan pegangannya. Man cuba mengambil lagi Auni dari wanita itu tapi Auni tetap tak mahu melepaskan wanita itu. Man pula diserang rasa serba salah dengan kerenah anaknya.
"Tak apalah encik… saya rasa dia mengantuk ni. Biar saya hantarkan anak encik balik ke rumah ya. Rumah encik dekat mana?" wanita itu sekali menawarkan diri untuk membantu Man. Man pula tak tahu nak cakap apa… serba salah menggunung kerana menyusahkan wanita dihadapannya ini.
"Err, dekat depan simpang sana." tangannya menunjukkan ke sebelah kiri jalan.
"Ooo, rumah Usu Tahar ke?"
Man dengan Luth terkejut. "Macam mana awak boleh kenal dengan Usu Tahar?"
Wanita tu tersenyum ikhlas. "Kampung ni kecil je encik. Semua penduduk kenal sesama sendiri. Encik ni mesti anak saudara Usu Tahar kan?"
Man mengangguk laju, macam burung belatuk. Luth ketawa melihat abangnya yang tiba-tiba nampak kelibut semacam. Wanita tu pun turut sama ketawa, tapi ketawanya sangat sopan dan nampak manis.
"Encik berdua jalanlah dulu di hadapan, saya ikut dari belakang." Seorang yang menjaga adab dan pandai menjaga maruah diri. Man tersenyum senang. Tanpa sedar hatinya memuji lagi wanita ayu di hadapannya ini. Mereka mula berjalan pulang ke rumah Usu Tahar.
Ketika sedang berjalan, Luth dan Man yang berada jauh sikit dihadapan sesekali mengerling ke belakang. Luth menyigung perlahan lengan abangnya… "Awek cun tu bang long. Auni pun suka… tak nak try test market ke? Untung-untung Auni dapat mak baru." Luth mengekek.
Man membulatkan matanya mendengar usikan Luth. "Kau jangan nak cari pasal. Entah bini orang ke bukan kita tau."
"Bukannya conform pun dia bini orang. Try la masuk line, bang long." Luth masih cuba menyuruh Man mencuba nasib.
"Kau… pasal Auni nyaris-nyaris hilang tadi pun aku tak habis bengang lagi ni. Jangan nak menambah rasa bengang aku. Kang tak pasal kau jadi lauk makan malam nanti. Masa tu jangan tanya kenapa?" Man mengugut adiknya. Luth menelan air liurnya terus mendiamkan diri. Adiknya yang sorang ni bila kena ugut je baru nak diam. Kalau tak sampai bila tak diam!
Man tersenyum menang bila melihat Luth mendiamkan diri. Man memandang ke belakang lagi, dia nampak Auni sudah tidur dalam dukungan wanita itu. Man sekali lagi menawarkan diri untuk mendukung Auni. Tapi wanita itu menolak lagi… alasannya dah nak sampai pun depan rumah Usu Tahar, Man mengalah lalu dibiarkan Auni lena dalam dakapan wanita ayu itu.
```````````````````````````````````````
TK : Cakkk! Hehe… J apalah Man nie… awek cun depan mata pun jual mahal boleh… bukan nak try test market… aishhh. Errr, you all dah makan??

ziarah anak Shahrul <b>di Ceruk Tok Kun</b>, 29 - Usrah GBS

Posted: 03 Oct 2010 06:10 PM PDT

Assalamualaikum semua GBSian,

minggu lepas usrah GBS berkesempatan melawat dan meraikan kedatang seorang lagi bakal ahli GBS iaitu Hana Yusra.

 Hana Yusra lahir pada bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu. Kini Shahrul sudah ada sepasang anak lelaki dan perempuan.GBS mendoakan keluarga akhi Shahrul dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.
Terima Kasih atas jamuan nasi goreng dan cucur udang yang sedap. Alhamdulillah

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Isteri Bekas Yang Di Pertua <b>Negeri Pulau Pinang</b> Meninggal Dunia.

Posted: 26 Sep 2012 12:10 AM PDT

alt

 

GEORGETOWN 26 Sept. -  Toh Puan Siti Zainab Baharuddin, balu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Allayarham Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, meninggal dunia, di sini hari ini.

Siti Zainab, 85, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7.15 pagi selepas tiga bulan dirawat di hospital itu akibat angin ahmar.

Menurut anak sulungnya, Datin Dr Siti Khadijah Hamdan, jenazah Siti Zainab dibawa ke rumahnya di Lebuh Bukit Jambul dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Jalan Zoo di sini selepas solat Asar.

Tun Dr Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1989 hingga 2001 dan meninggal dunia pada tahun 2005.

Siti Zainab, bekas guru dan pernah menyandang jawatan Presiden Hoki Wanita Pulau Pinang serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan wanita itu, meninggalkan tiga anak dan lima cucu.

Antara yang menziarahi jenazah beliau ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman; Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Salleh Man; ahli Exco kerajaan negeri dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pengerusinya, Teng Chang Yeow.
 

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


MPP Online: Umno akan hilang Parlimen <b>Kepala Batas</b> kerana Pak <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 09:30 AM PDT

Gua setuju dengan pandangan Kongres Melayu P.Pinang baru-baru ni beb... Pak Lah MUNGKIN akan menyebabkan Umno hilang satu kerusi di Penang pada pilihanraya umum akan datang..

Hari tu Pak Lah kata nak bersara dari jadi Ahli Parlimen di Kepala Batas.., tapi sampai sekarang gua tak tak tahu hujung pangkal pasal kesahihan berita tu..

Diperingkat bawah pulak, dah mula ada suara-suara 'ghaib' yang berebut nak tonjolkan 'bos' dorang untuk bertanding di kerusi tu..

Bagi gua.., siapa pun yang akan bertanding di Kepala Batas nanti, kredibiliti calon akan memainkan peranan penting untuk tentukan kedudukan Umno di kerusi Parlimen Kepala Batas..

Setakat ni, gua dimaklumkan ada 6 nama dalam Umno yang berebut nakkan kerusi Parlimen tu kalau Pak Lah tak mau bertanding.. Dan diantara 6 nama tu, gua nampak ada sorang je anak tempatan yang pegang jawatan ADUN sekarang berharapan untuk menang..

Yang lain tu mintak maap lah ye.., peluang tipis je yang ada untuk jadi ahli Parlimen kalau korang bertanding.. So jangan lah perasan sangat ye...

Apapun.., itu pandangan peribadi gua je beb.., tak tahulah apa yang ada dalam fikiran Najib..

Tapi gua yakin.., kalau silap pilih calon, tak mustahil satu lagi kerusi Umno di Penang akan terlepas pada Pakatan di PRU13 nanti..

Barisan Nasional (BN) mungkin kehilangan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang jika penyandangnya sekarang, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga mantan perdana menteri Malaysia, memutuskan akan bersara daripada politik, menurut Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).

Satu laporan laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam memetik presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Encik Rahmad Isahak, sebagai berkata dengan kehilangan sebuah kerusi parlimen dan kemungkinan dua lagi kerusi dewan undangan negeri (DUN), adalah sukar bagi BN merampas semula Pulau Pinang.

Beliau berkata di kalangan orang politik percaya bahawa Tun Abdullah, yang lebih mesra dipanggil 'Pak Lah', akan bersara sebaik sahaja parlimen sekarang dibubarkan.

Ini berikutan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri pada 2009.

Tun Abdullah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) Kepala Batas sejak 1978, dan beliau dianggap antara ahli politik paling kanan di Pulau Pinang dan Malaysia.

Selepas pengunduran Pak Lah, Umno Pulau Pinang belum mempunyai pemimpin berkaliber untuk mengisi jawatan yang dikosongkannya itu, dakwa Encik Rahmad.

"Persaraan beliau mungkin menyebabkan Umno kehilangan kerusi parlimen Kepala Batas dan mungkin dua lagi kerusi kepada PAS (Parti Islam SeMalaysia)," kata beliau.

Terdapat sedikit pertikaian di kalangan anggota yang taat kepada Umno setempat untuk bertanding bagi mengisi kerusi Pak Lah, kerana ia memang sudah menjadi budaya dalam parti itu, tambahnya.

Ini akan menyebabkan BN-Umno kehilangan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijadualkan diadakan pada sebarang masa dari sekarang hingga Mei tahun depan, jelas Encik Rahmad.

Sehingga kini, Umno masih belum mendedahkan status Pak Lah di Kepala Batas.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Sep 2012 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kehidupan dari kaca mata ku: Jalan2 Cari Makan - Bukit <b>Jelutong</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 08:56 AM PDT

Hari Ahad lepas, kitaorg dah rasa nak makan something different.  Mula2 pergi Secret Recipe kat Putra Heights, tapi time kitaorg sampai, kedai dah kemas dan nak tutup.  So, terpaksa pergi ke tempat lain.  That's how we ended up at Bukit Jelutong, Shah Alam.
Kalau berada di Bukit Jelutong, normally satu tempat aje yg kitaorg suka pergi makan, San Francisco Pizza.  Terdapat banyak hidangan ala barat disajikan di sini, so just be adventurous enough to try some of the dishes.
Trip kali nie aku try dia punya pan-fried chicken and tomato&cheese toasted baguette.  They had irish spaghetti, beef ball with rice, mushroom burshetta....overall, ok lar food yang kitaorg order tu.  Pricing wise, ok aje.....tak lar steep sgt harga nya.
Irish spaghetti....katanya
Muka keriangan kerana kekenyangan

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Gambar Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan <b>Di Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 02:35 AM PDT

Inilah gambar remaja perempuan berusia 17 tahun yang maut dalam kemalangan di Bayan Lepas apabila motosikal yang dinaiki di rempuh oleh sebuah lori ais. Mangsa, Nur Syazana Azemi, 17 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

Rakan karib mangsa, Amira Ayuni Mohd Kaharudin Ihsan, 17 berkata, Nur Syazana merupakan seorang yang amat periang.

"Kami mulai rapat sejak tingkatan tiga dan Jumaat merupakan kali terakhir kami berjumpa selepas selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Semalam (kelmarin) sekolah ada buat jamuan Aidilfitri dan saya diberitahu yang arwah beria-ria mengajak rakan-rakan bergambar bersama. Saya tak sangka kejadian ini akan menimpa rakan baik sendiri dan berasa amat sedih," katanya.

Marilah sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada allahyarham dan semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Al-Fatihah.

(GAMBAR) Remaja 17 Tahun Maut Dirempuh Lori Ais

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 11:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inspirasi Emas - Rumah terbuka Public Gold, Public Safe, Relau

Posted: 16 Sep 2012 05:01 AM PDT

Pada 8 & 9 September yang lepas, Public Gold hampir di seluruh cawangan di Malaysia ada buat Rumah Terbuka khas untuk semua customer, dealer2 dan juga famili2/ kawan2. So saya ada sempat menjemput dealer2 saya dan rakan2 juga customer untuk hadir majlis tersebut.

Ada yang reply msg kata x boleh hadir, ada yang reply msg kata boleh hadir dan ada yang senyap terus pon ada. hehe so taktau la masih wujud ke x nombor phone diorg2 yg senyap tu :)

Untuk makluman, bagi di negeri Pulau Pinang, tak dibuat di Bukit Jambul, di Bishop pon tak juga..tapi kali ni di Public Safe, Relau, (berhadapan dengan PISA)

Public Gold Bukit Jambul berpindah tempat

Apa?? ada yang masih tak tau?? Public Gold di Bukit Jambul sebenarnya telah pindah ke Public Safe, Relau

So kalau ada yang pi kat bukit jambul tu mungkin terkejut la tengok Public Gold dah tutup sebab berpindah tempat bukan sebab 'bankrap' hehe

Apa yang menariknya, lepas ni seminar tidak lagi dibuat kat Bishop, sebab ramai kata kat bishop tu agak jauh sikit..so kalini semua seminar akan dibuat di Public Safe tingkat 3. Pernah tengok tak camna rupa Public Safe ni?

Public Safe

Untuk maklumat lanjut tentang Public Safe ni sebenarnya anda smua boleh cek kat website  Public Safe http://www.publicsafe.com.my

Saya sendiri pon dah tempah peti simpanan kat sini, ada yang tanya saya, boleh tak nak simpan emas company lain? nak simpan silver boleh tak? sebenarnya, nak simpan apa pon boleh. tak kisah pon.. janji bukan bahan terlarang.

So saya harap lepas ni takda la orang takut2 nak simpan emas ok :) sebab apa?? sebab dah ada peti simpanan khas untuk anda sewa. Murah je.. maklumat lanjut boleh cek kat web saya bagi tadi ok

Rumah Terbuka

Buat julung kalinya, Public Gold buat rumah terbuka khas untuk kita semua pada 8&9 September yang lepas.

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis tersebut. Makan free je..rugi sapa tak mai..hehe

Tapi saya betul2 respek la diorg ni sanggup datang walaupun hujan lebat sangat hari tu.

ni ha muka2 dealer, customer dan kawan2 saya yang datang pada hari tu.

Dealer-dealer, customer dan rakan2 yang hadir, yang dukung anak tu la orang yang kenalkan saya dengan dunia emas. Tq :)

Pasangan suami isteri yang bersemangat kental..penuh dengan idea diorg ni.. :)

Sempat bergambar dengan Dato' Louis Ng, founder emas Public Gold. Cayala Dato' sporting gila.. :) en Syukor jutawanemas pon turut hadir majlis memeriahkan majlis tersebut. tapi kan tak sangka pulak ada reporter yang turut hadir pada masa tu. taktau pon kata dia tu reporter hehe..

kira ok la kan, pi makan FREE ja, tapi boleh masuk paper..tapi taktau la paper ni cerita pasai apa kan..hahaha

Dealer Kawin

Saya juga nak ucapkan tahniah kat Dealer saya ni, en Ismail Hakimi, yang berkahwin hari ni 16 September 2012. Tahniah sekali lagi dan semoga bahgia hingga ke akhir hayat :)

sama cantik sama padan :) Congrats!!

Dealer Baru

Ok la, sebenarnya saya nak update sikit, Dealer terbaru inspirasi emas, orang MELAKA

jom kita berkenalan dengan Dealer baru ni.

Nama : Azahar Nordin

Status : Dealer (PG026600)

No Tel : 016-3121685 / 017-6791685 / 019-6606022

Kawasan : Seluruh Melaka / Tampin

email : tadbiremas@gmail.com

Jadi kepada mereka yang nak beli emas di negeri Melaka atau Tampin, boleh la contact si abg hensem kita ni En Azahar. InsyaAllah dia sedia bantu anda smua :)

Sekian saja dulu, Assalamualaikum..

Amir Firdaus Bin Abdul Aziz

Master Dealer (PG000330)

012-5853035

inspirasiemas@gmail.com

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


LI <b>di Seberang Jaya</b> - Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 06:44 PM PDT


PENAWARAN LATIHAN INDUSTRI DI VALTECH ENTERPRISE SEBERANG JAYA,PULAU PINANG.

Syarikat kami adalah pengedar untuk Produk Sanitari Sensor Automatik. Profil syarikat kami adalah seperti
yang dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Syarikat kami ingin menawarkan para pelajar tuan yang
menuntut di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE) untuk menjalani latihan industri.

Para pelajar tuan akan didedahkan dengan pelbagai perkara baru apabila mereka menjalani latihan
perindustrian di syarikat kami seperti mempelajari bagaimana produk-produk kami berfungsi .Kebanyakkan
produk kami melibatkan kerja-kerja teknikal ringan dan terperinci. Malah para pelajar tuan juga akan melakukan kerja-kerja luar seperti memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami seperti hospital, kilang,hotel yang berprestij dan sebagainya.

Selain daripada menjalani latihan industri, syarikat kami juga ingin pelajar tuan memberi dan menunjukkan
inisiatif sendiri dalam melakukan kerja ketika berada di syarikat kami. Ini akan membantu para pelajar untuk lebih berdikari pada masa hadapan di dalam persekitaran kerja yang sebenar.

(Clarina )
Pengurus Khidmat Pelanggan.
Valtech Enterprise.
www.valtech-group.com
Mobile: 012-476 3717
Email: clarina@valtech-group.com

Valtech Enterprise (AS0160213-X)
B-1-12, Casa Prima, Jalan Sutera Prima
13700 Seberang Jaya
Penang, Malaysia.
Tel : 04-390 1762 Fax : 04-3903017
Email : marketing@valtech-group.com