Isnin, 8 Oktober 2012

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Dia buat dah: Calon SPM maut dalam kemalangan <b>di Bayan Lepas</b>

Posted: 09 Sep 2012 04:39 AM PDT

9 September 2012
GEORGE TOWN - Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Bukit Belah, Bayan Lepas hari ini.
 
Nur Syazana Azeme, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala.
 
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md. Zin berkata kejadian pukul 7.30 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal cedera parah.
 
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu laju dari arah Balik Pulau cuba memotong sebuah lori, namun pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan dua motosikal dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi, di sini.
 
"Kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki Nur Syazana terpelanting sementara sebuah lagi motosikal yang dinaiki lelaki berusia 40-an terbabas dan terperosok di bahagian hadapan lori berkenaan," katanya.
 
Beliau berkata lelaki itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk mendapat rawatan.
 
Hatta berkata pemandu kereta itu kemudian menyerah diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Kasih Salina: 2H/1M <b>di Tanjung Bungah</b> Beach Hotel

Posted: 08 Oct 2012 06:37 AM PDT


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Tetiba jer ada mood untuk update gambar bercuti dengan anak-anak.. takpe lah gambo lama pun kan.. dan pastinya sahabat-sahabat alam maya ku ini belum melihatnya lagi.. tak gituuu? Rasanya itu mesti tanda mau pergi bercuti la tu..
Ni masa pi Penang bulan Mac ritu lagi daa.. aku malas nak edit & transfer dari camera compact ku yang comel & kecil itu..huwawawa..
Tiap tahun memang tiga empat kali juga la kami sekeluarga ke Penang, Pulau Mutiara itu.. Pi Penang memang best, sekali sekala menyesakkan diri di tengah kesibukkan manusia & trafiknya.. Aku suka makan sup daging Hameed restoren & pekena pesemboq Penang yang marvelous tu..

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

Perjalanan dari rumah kami ke Penang ambik masa dalam 2 jam camtu.. biasanya ke Penang mesti bermalam kat Hotel.. So, untuk trip kali ni kami memilih untuk menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel.. Tempahan online dibuat melalui agoda lebih murah berbanding walk-in.. memang jimat & berbaloi-baloi ler..
Kad untuk bukak pintu dia pun cantik jugak.. sebab kami memilih Tanjung Bungah Beach Hotel sebab ada private beach supaya senang anak-anak aku nak main air terutamanya si kakak tu suka bebenor dengan air.. Ternyata pilihan kami tepat & memang seronok dapat main pasir & air laut..
veranda ni tempat yang paling best untuk lepak, aras sama dengan lobby hotel dan mengadap laut dengan tiupan angin pantai yang nyaman & segar..
dinding kaca di belakang adik tu membuatkan luas mata memandang ke laut.. memang kena sangat konsep & dekorasi Tanjung Bungah Beach Hotel ni..



swimming pool dia pun besar dan ada bahagian kanak-kanak & dewasa..
seronok dapat merasa mandi laut tapi airnya tidok lah jernih..

 playground pun ada..lepas mandi kolam kakak sambung main kat playground yang terletak bersebelahan dengan kolam renang..
 budak gemuk ni langsung tak peduli orang, seronok sangat la tu..
kutip batuan & kulit kerang..
Sebelum balik posing lagi di veranda ni.. bilik hotel ni biasa-biasa saja bagi aku dan padan la dengan nilai yang dibayar dan menu makan pagi nya banyak pilihan TETAPI rasanya tidak seperti standard hotel & TIDAK SEPERTI Chef Hotel yang masak..worse sangat-sangat..
 SEBAB apa aku KATA BIGITU - Tidak patut langsung nasi lemak yang mentah dihidangkan kepada Guest..
Aku rasa macam nak panggil jer manager on duty pada waktu itu..
Agak-agaknya, mereka sanggup tak melayan jika aku membuat aduan?

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di seberang jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 01:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PANAS : SEMUA BLOGGERS PULAU PINANG BERKAMPUNG <b>DI</b>

Posted: 06 Jul 2012 11:54 PM PDT

Ahad ini 8 July.. EP bersama bloggers Penang akan berkampung di Sunway Carnival Seberang Jaya.. Semua rakan dan pembaca yang berdekatan dijemput hadir.. Lebih daripada 90 hadiah menarik cabutan bertuah disediakan untuk peserta seperti IPad, Tablet PC, Blackberry, Kamera Digital, Telefon Bimbit dan Banyak Lagi.... Jangan lepaskan peluang keemasan ini...Jumpa anda disana..

** Pendaftaran bermula seawal jam 1 petang....

LI <b>di Seberang Jaya</b> - Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 06:44 PM PDT


PENAWARAN LATIHAN INDUSTRI DI VALTECH ENTERPRISE SEBERANG JAYA,PULAU PINANG.

Syarikat kami adalah pengedar untuk Produk Sanitari Sensor Automatik. Profil syarikat kami adalah seperti
yang dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Syarikat kami ingin menawarkan para pelajar tuan yang
menuntut di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE) untuk menjalani latihan industri.

Para pelajar tuan akan didedahkan dengan pelbagai perkara baru apabila mereka menjalani latihan
perindustrian di syarikat kami seperti mempelajari bagaimana produk-produk kami berfungsi .Kebanyakkan
produk kami melibatkan kerja-kerja teknikal ringan dan terperinci. Malah para pelajar tuan juga akan melakukan kerja-kerja luar seperti memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami seperti hospital, kilang,hotel yang berprestij dan sebagainya.

Selain daripada menjalani latihan industri, syarikat kami juga ingin pelajar tuan memberi dan menunjukkan
inisiatif sendiri dalam melakukan kerja ketika berada di syarikat kami. Ini akan membantu para pelajar untuk lebih berdikari pada masa hadapan di dalam persekitaran kerja yang sebenar.

(Clarina )
Pengurus Khidmat Pelanggan.
Valtech Enterprise.
www.valtech-group.com
Mobile: 012-476 3717
Email: clarina@valtech-group.com

Valtech Enterprise (AS0160213-X)
B-1-12, Casa Prima, Jalan Sutera Prima
13700 Seberang Jaya
Penang, Malaysia.
Tel : 04-390 1762 Fax : 04-3903017
Email : marketing@valtech-group.com