Sabtu, 27 Oktober 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerjaan <b>negeri Pulau Pinang</b> serah tapak tanah kepada sekolah tamil

Posted: 15 Oct 2012 06:34 AM PDT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerah tapak tanah seluas 2.3 ekar kepada SJKT Subramaniya Barathee pagi ini oleh Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pihak Kerajaan Negeri menbuat keputusan untuk memberi tapak baru ini kerana didapati sebilangan penduduk kawasan ini telah membantah pembinaan sekolah di atas tapak asalnya yang berukuran 0.9 ekar shaja.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


MALIK KASIM ABAIKAN PENGUNDI <b>BATU MAUNG</b>? @DzainalAbidin

Posted: 21 Oct 2012 09:00 PM PDT


Setelah dedahan dibuat oleh Blogger KLIK mengenai nasib penduduk di Kampung Tepi Bendang Batu Maung semalam satu inisiatif telah dilakukan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang.

Program Walkabout Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, ke Kampung Permatang Tepi Bendang, Batu Maung, P.Pinang.

Perjumpaan dengan lebih 100 Orang penduduk Yang terlibat dengan perpindahan kerana Pemaju akan memajukan tanah tersebut. Satu lagi Kampung Melayu (42 buah rumah) akan lenyap di P.Pinang.

Bagi UMNO Pulau Pinang dengan pertemuan ini yang mendapat sambutan amat mengalakkan dari penduduk yang hadir boleh dikatakan semua yang terlibat hadir...Sentuhan dari pemimpin serba sedikit boleh meringankan beban yang bakal ditanggung oleh mereka...

Beginilah siri nasib malang yang berterusan menimpa melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan rejim Guan Eng.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 01:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar <b>di</b> Tanjung <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 08:23 PM PDT

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

"Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu".

"Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng.

"Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

"Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – Roketkini.com

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 01:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Naufal Budak Baik: 1 Jun: Cuti Sekolah <b>di Batu Kawan</b>

Posted: 04 Jun 2012 10:18 PM PDT


Dalam kereta, on the way ke Batu Kawan.
Seluar Hawaii Afdhal yang Naufal pinjam, sebab semua seluar lain dah 'basah'.

Salam Naufal,

1 Jun ayah dan ibu pulang ke Tapah untuk bercuti ke batu Kawan Penang pada hujung minggu. Cuti sekolah berlansung 2 minggu jadi kami ambik kesempatan ini untuk pulang kemapung. Singgah di Tapah pada malam Jumaat dan bertolak ke Batu Kawan pada pagi Sabtu.

Bila sampai Tapah kami terkejut tengok betapa tembamnya Naufal. Pipi tembam dan perut pun makin besar.

Naufal dah tak pakai pampers. Opah cakap supaya Naufal tak kencing pada waktu siang dia beri kau minum susu kurang pada waktu siang. setiap 2 jam Opah akan bawa Naufal ke tandas untuk buang air kecil. Setakat ini naufal belum lagi kencing dalam seluar. Kecuali semasa di Batu Kawan. Sampaikan seluar habis dan Naufal terpaksa pinjam seluar Afdhal.

Mula pandai menyebut "Ibu" dan "Ayah". Selain dari itu ada beberapa perkataan pelik seperti "Tak guna!"(bila marah) dan apa lagi entah. Mungkin pengaruh dari Detectif Conan. Bila Naufal menjerit dengan perkataan itu kami semua ketawa.

Di batu Kawan, Naufal melaungkan dengan kuat Azan setiap kali maghrib. Senja Sabtu dan Senja Ahad, mengikut rancangan TV 106 Astro.

Cuti kali ni kita tak berjalan ke mana pun, ayah badan tak sedap, rasa macam nak demam. Malam minggu sahaja buat barbeque dengan semua keluarga Tok Hassan. Diaorang semua tidur pukul 4 pagi.

Ayah beli beberapa CD pendidikan dan buku untuk Naufal. tapi Naufal lebih suka menonton CD dari menjenguk buku.

Selain dari itu ada beberapa kes lain seperti tikus di Tapah semakin ganas. Ibu masa tidur kakinya kena gigit tikus. Mungkin sebab tikus tu tak biasa dengan ibu kot, sebab Naufal dan Opah tak pernah kena gigit tikus, walaupun tikus tu selalu naik kedapur dan makan makanan dalam tudung saji. :)

kami sedia: Kilang Solar <b>Di Batu Kawan</b>,Pencemaran Cadmium <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:00 AM PDT


Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

"Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.

"Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.

"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.

Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.

Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.

"Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.

"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya.

sumber:Mypenangonline