09 di Bukit mertajam - Google Blog Search |
Wanita Indonesia Kena Rogol Oleh Tiga Anggota Polis <b>Di</b> Balai Polis Posted: 11 Nov 2012 04:12 AM PST Seorang wanita Indonesia yang berusia 25 tahun membuat laporan polis bahawa dirinya telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah Balai Polis kawasan Bukit Mertajam semalam. #BERITA PENUH BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam. Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu. Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu . "Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan. "Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis. "Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari," katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi. Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim. – Sinar Harian #BERITA PENUH Bukit Mertajam: Seorang pelayan kedai makan warga Indonesia mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di bilik di Balai Polis Perai, dekat sini, kelmarin. Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, berkata dia ditahan ketika menaiki sebuah kereta sewa dipandu seorang lelaki selepas menghantar rakannya di satu kawasan flet di Prai, jam 6.20 pagi. Katanya, dia menyedari sebuah kereta peronda mengekori kereta yang dinaikinya sebelum dua anggota polis menahan kereta dan meminta kad pengenalan pemandu terbabit serta pasportnya. Bagaimanapun, beliau berkata, dia hanya menyerahkan salinan pasport menyebabkan anggota polis terbabit memaklumkan perlu membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum melepaskan pemandu kereta sewa berkenaan. "Setiba di balai, dua lagi anggota polis yang bertugas di kaunter kemudian menggeledah beg tangan dan memberitahu mahu mengurung saya dalam lokap. "Saya tiada duit menyebabkan mereka meminta saya memberikan layanan seks. Saya terpaksa mengikut arahan dan melakukan hubungan seks dengan tiga anggota," katanya di Pejabat MCA Bukit Mertajam, di sini, semalam. – Berita Harian Carian Anda: |
You are subscribed to email updates from di Bukit mertajam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |