Jumaat, 30 November 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Kantoi Ahli UMNO <b>Bukit Mertajam di</b> tangkap khalwat <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 07:45 PM PST

BUKIT MERTAJAM: Walaupun sudah bertongkat dan berusia, seorang lelaki warga emas masih berselera dengan pucuk muda apabila dicekup ketika melanggan seorang pelayan pelanggan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.
Menurutnya, bilik kecil itu diperbuat daripada kayu selain kain dijadikan tirai bagi memisahkan bilik lain.
Katanya, pemeriksaan kemudian mengesyaki berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam bilik berkenaan termasuk menemui dua tin minuman keras yang sudah dibuka di atas meja selain menemui satu tongkat milik lelaki warga emas berkenaan yang disandarkan di tepi meja dalam keadaan terlipat.
Daripada sumber yang sah lelaki yang ditangkap itu adalah ahli UMNO Bukit Mertajam dan selalu aktif hadir dalam program-program UMNO di sana.
Ketua Pemuda UMNO Bkt Mertajam, Sdr Fauzi Sharif ditanya tidak dapat mengesahkannya pasal dia kurang rapat dengan golongan muda.
Tapi ada sumber berkata lelaki ini selalau dalam aktiviti Datuk Musa Sheikh Fadzir di Masjid Kg Baru , Alma.

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


PASPB: SUDAH PECAH!!! UMNO <b>Kepala Batas di</b> persimpangan tiga

Posted: 12 Oct 2012 07:03 PM PDT


Kepala Batas amat sinonim dengan Pak Lah......semenjak 1978 lagi beliau sudah jadi Ahli Parlimen di situ.

Kepala Batas dikatakan kawasan selamat bagi BN dan ramai orang sudah mula pasangan angan-angan untuk bertanding di situ.......kononnya siapa saja bertanding atas tiket 'dacing' akan beri pulangan yang lumayan.

Adakah ia menjadi kawasan selamat kerana Pak Lah yang kononnya dilihat sebagai 'Mr. Clean' bertanding di situ atau memang Kepala Batas adalah kubu kuat yang disokong oleh totok Umno sehinggakan kalau 'Pokok Pisang' memakai baju Umno sekali pun bertanding, kemenangan akan datang bergolek senang2?

Sesungguhnya kawasan itu belum teruji lagi semenjak 1978 dan PRU13 akan menceritakan segala2nya.

Oleh kerana cerita2 banyak mengatakan Kepala Batas adalah kerusi 'pasti menang' serta kerusi 'laluan langsung ke Parlimen' maka ramailah mereka yang bercita-cita atau memasang angan-angan dan sedang memabayangkan paling tidak menjadi Setiausaha Parlimen kalau tak pun Timbalan Menteri kalau2lah Umno/BN dapat kekal lagi dalam PRU13 nanti......di antaranya ialah Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Umno, Kepala Batas, bekas Adun Bertam, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Datuk Zainal Abidin Osman.  

Dikhabarkan Kepala Batas berada dipersimpangan tiga......sesiapa yang akan beri laluan maka lancarlah laluan 'trafik' di situ......dan Umno sentiasa dimurungi budaya 'tikam belakang'......siapa yang pandai bersilat akan pasti tercalon tapi belum tentu terpilih oleh pengundi di situ lebih-lebih lagi mantan Perdana Menteri Pak Lah dikatakan tidak terpilih kali ini.

Perlu diingatkan pengundi Cina menyumbangkan 21% berbanding Melayu 75%.......segala2nya tidak mustahil. [

sumber .]

al-brangionline:

Kepala Batas di simpang tiga.....amat berbahaya kalau laluan trafik tidak lancar.


Kepala Batas amat sinonim dengan Pak Lah......semenjak 1978 lagi beliau sudah jadi Ahli Parlimen di situ.

Kepala Batas dikatakan kawasan selamat bagi BN dan ramai orang sudah mula pasangan angan-angan untuk bertanding di situ.......kononnya siapa saja bertanding atas tiket 'dacing' akan beri pulangan yang lumayan.

Adakah ia menjadi kawasan selamat kerana Pak Lah yang kononnya dilihat sebagai 'Mr. Clean' bertanding di situ atau memang Kepala Batas adalah kubu kuat yang disokong oleh totok Umno sehinggakan kalau 'Pokok Pisang' memakai baju Umno sekali pun bertanding, kemenangan akan datang bergolek senang2?

Sesungguhnya kawasan itu belum teruji lagi semenjak 1978 dan PRU13 akan menceritakan segala2nya.

Oleh kerana cerita2 banyak mengatakan Kepala Batas adalah kerusi 'pasti menang' serta kerusi 'laluan langsung ke Parlimen' maka ramailah mereka yang bercita-cita atau memasang angan-angan dan sedang memabayangkan paling tidak menjadi Setiausaha Parlimen kalau tak pun Timbalan Menteri kalau2lah Umno/BN dapat kekal lagi dalam PRU13 nanti......di antaranya ialah Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Umno, Kepala Batas, bekas Adun Bertam, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Datuk Zainal Abidin Osman.  

Dikhabarkan Kepala Batas berada dipersimpangan tiga......sesiapa yang akan beri laluan maka lancarlah laluan 'trafik' di situ......dan Umno sentiasa dimurungi budaya 'tikam belakang'......siapa yang pandai bersilat akan pasti tercalon tapi belum tentu terpilih oleh pengundi di situ lebih-lebih lagi mantan Perdana Menteri Pak Lah dikatakan tidak terpilih kali ini.

Perlu diingatkan pengundi Cina menyumbangkan 21% berbanding Melayu 75%.......segala2nya tidak mustahil. [

sumber .]

al-brangionline:

Kepala Batas di simpang tiga.....amat berbahaya kalau laluan trafik tidak lancar.

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


MPP Online: HOT!! Mangsa LIWAT terbaru <b>di Permatang Pauh</b>..

Posted: 05 Oct 2012 05:00 PM PDT

Kalau tak menipu, bukan lah pencacai penjilat Anwar namanya beb.. Gua rasa, menipu dan memfitnah tu dah jadi darah daging puak-puak kaldai Pakatan semua..

Yang paling baru.., puak-puak Pakatan menerusi blogger bertaraf kaldai dorang telah KANTOI dalam membuat propaganda bertaraf budak tadika..

Petang semalam, ada sorang lelaki bernama Talib yang didakwa kononnya Ketua Cawangan Umno Batu 5 bertindak membakar baju Umno dan juga menaikkan banner mengecam pemimpin Umno negeri..

Gua nak dedahkan disini, lelaki tu sebenarnya adalah ahli PKR.. Mamat yang bernama Talib tu merupakan bekas ahli Umno yang KALAH dalam pertandingan merebut jawatan Ketua cawangan..


Kecewa kerana kalah.., mamat kurus kering tu terus mengisi borang keahlian PKR.. Semua orang di Batu 5 tahu pasal mamat sewel tu beb..

Dan gua juga dimaklumkan, mamat yang meroyan petang semalam tu sebenarnya DIBAYAR oleh geng dorang sendiri untuk menyamar sebagai Ketua Cawangan Umno Batu 5 seterusnya memburukkan Umno negeri..

So..., semua adegan tiga suku mamat tu sebenarnya adalah lakonan semata-mata yang DIUPAH oleh gerombolan pemuja Anwar.. Banner serta segala sepanduk juga sebenarnya disediakan oleh PKR..

Korang nak bukti? Cuba korang teliti gambar dibawah ni beb.. Tengok betul-betul loud healer yang digunakan oleh mamat tu.. Nampak tak ia bertulis AMK Permatang Pauh?


Jadi.., KANTOI lah sudah puak-puak Pakatan laknatullah di Pmtg Pauh ni untuk memburukkan Umno negeri.. Gua diberitahu bahawa laporan Polis akan dibuat terhadap mamat tersebut dan juga beberapa blog pencacai PKR...

Inilah akibatnya kalau menipu tu dianggap sebagai satu ibadah didalam polisi Pakatan... Apa nak heran.., kalau kawan dengan setan pun tak salah.., menipu pun biasalahhh...

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Nov 2012 01:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Oct 2012 01:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Sep 2012 02:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar <b>di Tanjung</b> <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 08:23 PM PDT

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

"Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu".

"Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng.

"Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

"Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – Roketkini.com

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 01:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: CALON PKR <b>DI NIBONG TEBAL</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 12:40 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS
SEBELUM ini aku pernah tulis bahawa Chegu Bard bakal tercalon di Parlimen Nibong Tebal.  Waktu itu amat jelas Penyelaras SAMM ini bekerja kuat di sana setelah Parlimen tersebut terbiar angkara Sang Katak.  Waktu itu juga tiada siapa tahu Dr Mansor, Timbalan KM P.Pinang wujud di situ kerana beliau terlalu sibuk nak selesaikan masalah 'rahsia mesyuarat' bocor.
Tiba-tiba dua tiga hari ini, nama Dr Mansor disebut di Nibong Tebal sebagai calon.  Sadisnya ia disebut di hadapan Chegu Bard yang bekerja kuat selama ini di situ.  Paling sadis, tiada perbincangan pun untuk 'mengistiharkan' nama Dr Mansor di situ.  Bukan menjadi rahsia lagi bahawa telah ada perjanjian bahawa Chegu Bard perlu pulihkan Nibong Tebal dan beliau bakal mewakili PKR di kerusi tersebut di dalam PRU akan datang.  Semua orang Nibong Tebal tahu semua ini dan mereka pun bersemangat untuk membantu Chegu Bard di situ.  
Jika dibuat kaji selidik, percayalah bahawa majoriti orang-orang di Nibong Tebal lebih menerima Chegu Bard di sana.  Semua faham bahawa parti punya hak tentukan calon tetapi rakyat yang bakal mengundi.  Masuk oleh akal ke rakyat akan mengundi orang yang tidak buat kerja di situ atau yang datang hanya setelah 'pembersihan' dilakukan oleh orang lain?  Lojikkah rakyat mahu mengundi orang yang 'gagal' menjaga kerahsiaan parti sewaktu mesyuarat sehingga umpatannya kepada rakan sendiri dibocorkan?  Itu belum dikira kata-katanya yang menampakkan beliau tidak serius untuk menjadi Wakil Rakyat membela rakyat.  
Aku harap DS Anwar tidak tersilap lagi tentang memilih calon.  Kalau mahu tolak Chegu Bard pun, tolong beritahu apa kurangnya Chegu Bard berbanding Dr Mansor?  Jika mahu tahu apa lebihnya Chegu Bard dari Dr Mansor, berbakul kita boleh tunjukkan.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


The 0ne & 0nly: Promosi SSPN-i <b>di</b> Kubang Menerong, Tasek <b>Gelugor</b>

Posted: 24 Nov 2012 05:24 PM PST

Start 10 - 17 Nov join promosi lagi.. Promosi SSPN-i di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.. penat gak laa sebab lama sgt promosi nie...

Kami berlapan ke sana.. coz selepas abis je event ni kami akan bertugas di PTPTN Kedah .. terpaksa menumpang kat Kedah wat sementara waktu nie... 
Sebenarnya aku menjaga peminjam Pulau Pinang...
Banyak gak la aktiviti kat sini.. sambil jaga booth .. leh layan mcm2 event... 
Kami di hiburkan dengan nyanyian dari penyanyi ni.. tp x ingat lak nama dia ape.. hehehe
Aktiviti yg best jumpa upin n ipin.. ngalahkan budak2 ...


ni lak cenderahati dari upin dan ipin.. teruja btl...
Hari terakhir barulah membeli belah as usual..byk gak laa abis duit kat sini sbb panas sgt.. asyik beli air jer.. promosi ni x dpt sambutan sgt sbb tmpt yg jauh dan brg2 promosi pun byk dah abis.. so nasib baik laa ada event macam arm wrestling, battle of the band, dan ari terakhir ada sesi karaoke.. layan je laa.. hehehee...

~ iLLa fYRa ~

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 01:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 01:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DINNER AT TEO CHEW FAMOUS CENDOL <b>BAGAN AJAM</b>

Posted: 06 Apr 2012 07:42 AM PDT

Assalamualaikum...

Salam sayang untuk semua rakan2 di blog...Wah ayat pertama macam berlagak jer bunyinya. Bukan apa macam la blog aku ni famous sangat ahaksss.. Ditimpa perasaan la pula aku ni. Nak buat macam mana kan dah nama pun perempuan LAGAK tu kena la ada hehehehe....sabar jer la Kak Jenab oiiii....:-)

Hari ni aku nak share citer tentang menu kami malam ni. Memang sedap la UOLSS terangkat giler dengan Mee Jawanya...Cik Abang I layan Mee Kari. Bukan apa Mee Jawa I tu lengkap dengan pedasnya, masam nya, kepekatan kuahnya fuhhh!! memang MARVELOUS la :-) So korang nanti kalau ada yg terlalu kat area ni jom la singgah. Bukan apa sebab sedap so kena la share kan :-)

Restoren ni ada banyak cawangan. Bermula dengan kereta roda tiga meniaga di sekitar Penang Road di Penang Island, kini mampu berdiri megah dengan beberapa cawangan Restoren yg semakin maju, salah satunya dekat ngan rumah aku la di Bagan Ajam Butterworth.

Mula2 aku masuk Restoren ni pada awal pembukaannya rasa takut la juga maklum la nama Cina, lepas tu tak der la pekerja melayu atau pelanggan melayu yg masuk, tapi sijil HALAL terlekat di dinding. Aku dan suami masuk la juga sebab teringin nak makan cendol special huhuhu...

So kini Restoren ni dah semakin maju, kebanyakkan staf kat situ melayu, dan yg bestnya berbilang bangsa yg makan kat situ. So boleh la kita menjamu selera kat di situ tanpa WAS2 hehehehe...

So kawan2, kalau ada yg terlalu atau tersesat di area Bagan Ajam ni, jom la singgah pasti anda akan berpuas hati...SELAMAT MENJAMU MATA yer :-)