Selasa, 4 Disember 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Senamrobik 1Malaysia DUN Machang Bubuk Parlimen <b>Bukit Mertajam</b>

Posted: 24 Nov 2012 10:47 AM PST

BUKIT MERTAJAM — Seramai 200 orang penduduk tempatan pelbagai kaum telah menyahut cabaran Pertandingan Aerobaton 2 Jam Tanpa Henti yang telah berlangsung hari ini di sini tadi.

Pertandingan tersebut dijalankan bersempena Senamrobik 1 Malaysia anjuran Penyelaras Persekutuan DUN Machang Bubuk dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah di Taman Nirwana, Alma, Bukit Mertajam bermula jam 9.00 malam.

Acara kecergasan ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal disamping mempelajari teknik-teknik aerobik yang betul dan dapat meningkatkan tahap kesihatan peserta.  Cabaran mental dan kecergasan peserta diuji bagi melaksanakan aerobik selam 2 jam tanpa henti.

Turut hadir Penyelaras Persekutuan DUN Machang Bubuk, En. Ooi  Suan Hoe, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, En. Fauzi Shariff, Ketua Wanita MCA Bahagian Bukit Mertajam, Puan Goh Swee Gim dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, En. Mozakir Bin Buyong Mokhtar.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah turut diadakan dan majlis tersebut tamat jam 11.30 malam.

Sebahagian Daripada Peserta

Instructor Daripada Lina's Aerobic

Peserta daripada pelbagai kaum

Puan Goh sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah

En. Ooi turut sama membantu pertandingan tersebut

Bergambar kenangan



09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


Anak Seberang: LGE: Weld Quay Diutamakan, <b>Batu Uban</b> <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 02:20 AM PST

BATU UBAN – Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang seolah-olah dilihat berdolak-dalik mengenai isu status warisan di Kampung Batu Uban.

Presidennya, Yusof Mohamad berkata, beliau hairan bagaimana sebuah perkampungan tertua di negeri ini dianaktirikan sedangkan kawasan perkampungan di Weld Quay dijaga dengan baik.

"Kami bukan mahu main isu perkauman, tetapi dari segi logiknya Batu Uban adalah perkampungan terawal di negeri ini dan dibuka sebelum kedatangan Francis Light."Weld Quay kini dijaga dengan begitu baik dan cantik sedangkan itu bukan penempatan pertama," katanya.

Gara-gara tidak berpuas hati, Pajim sendiri menghantar surat kepada Kerajaan Negeri mengenai hal berkenaan.Melalui surat berkenaan Pajim mempersoalkan sama ada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berusaha untuk mendapatkan status Warisan Kampung Melayu di negeri ini sepanjang empat tahun memerintah.

Yusof berkata, antara lain pihaknya juga kesal kerana surat usul status warisan yang dihantar oleh Pajim, Raudah dan Sekretariat Da'wah sejak setahun lalu masih gagal dijawab oleh Kerajaan Negeri."Kami tidak mahu terjadi perkara tolak menolak dalam membantu penduduk kampung dapatkan status warisan sedangkan mereka ada hak untuk mendapatkannya.

"Ini tidak, apabila ditanya pada Kerajaan Negeri mereka tolak kepada Kerajaan Pusat, akhirnya siapa yang rugi, penduduk juga yang merana," katanya.

Terdahulu Sinar Harian pada 1 Disember melaporkan kebimbangan penduduk di perkampungan Batu Uban semakin menjadi-jadi gara-gara bimbang sekiranya masjid tertua di situ tidak lagi mempunyai jemaah.Pengerusi Kariah Masjid Jamek Batu Uban, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed berkata, oleh demikian beliau bersama dengan anak kariah memohon status warisan diberikan dengan kadar segera kepada masjid dan juga kawasan perkampungan.

Menurutnya, ketiadaan status berkenaan menyebabkan projek pembangunan di dalam kampung sejak tahun 2007 semakin menjadi-jadi.Akibat tiada jawapan yang pasti, hampir 300 penduduk mengadakan demonstrasi aman menuntut status warisan perkampungan Melayu pertama di Pulau Pinang selepas solat Jumaat.Penduduk juga berhasrat akan mengadakan rombongan menuntut hak warisan ke Putrajaya pada pertengahan Disember ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


myretina: PenBEX 2012 - <b>Tasek Gelugor</b>

Posted: 29 Oct 2012 09:51 PM PDT

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) sekali lagi akan diadakan pada 9 - 17 November 2012 bertempat di Dataran Taransformasi Usahawan, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Ekspo ini bertujuan mewujudkan jalinan perniagaan strategik dikalangan usahawan, peniaga, pengilang, pemborong dengan agensi/jabatan kerajaan dan pelanggan. Macam-macam ada. Dulu diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas.

Maklumat lanjut rasanya klik
* http://www.perda.gov.my/
*http://www.facebook.com/PenBEX

Dataran Transformasi Usahawan tuuuu aku tak tau, kalau Kompleks Komersial Tasik Gelugor lokasi macam Google Map kat bawah ni.


View Kompleks Komersial Tasek Gelugor in a larger map

UPDATE:
14/11/2012 : kami baru sampai kesana. Nak lihat apa yang ada disana dan lokasi sebenar PenBEX sila layari SINI.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Berita Harian | Podium <b>di</b> Qatar sandaran Fitri &#39;tawan&#39; <b>Batu Kawan</b>

Posted: 26 Nov 2012 11:41 AM PST

Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini.

Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara.

Dia merakamkan catatan keseluruhan 18 minit 05.526 saat di hadapan pelumba Thailand, Kanatat Jaiman dan pelumba Indonesia, Iswandi Muis yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18:05.7024s dan 18:05.703s.

Bakar semangat

Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s.

"Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas," kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya.

Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini.

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 01:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Sos Char Kueyteow 2 Puteri <b>di</b> Mydin <b>Bukit Jambul</b> « 2 Puteri

Posted: 01 Dec 2012 02:53 AM PST

Rabu lepas stok Sos Char Kueyteow 2 Puteri kembali ke Mydin Hypermarket Bukit Jambul.  Syukur pada Allah kerana sambutan yang diterima. Kalau nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh cuba lihat di bahagian Agrobazaar atau bahagian Sos… Insyaallah ada.

Balik dari pada Penang, terus ke Tesco Store Mergong. Gembira sangat bila Sos Char Kueyteow 2 Puteri di tempatkan di bahagian 'Promosi Hebat'. Syukur Alhamdulillah… :) Memang Tesco Store antara tempat yang kencang pasaran produk kitarang ni.

Terima kasih atas sambutan semua terhadap produk kami dan terima kasih pada staff Tesco Store & Mydin Hypermarket ya atas apa yang mereka lakukan dalam memperkenalkan produk kami pada semua.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Kronologi: Roboh Binaan &#39;HARAM&#39; <b>Di</b> Sg.<b>Gelugor</b> Selepas 5 Tahun <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 01:47 PM PST



SEKUMPULAN Direktoran Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kelmarin menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tnpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melatu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.

Seorang pemandu jentera turut dikasar selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.

Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehinggan jam 11.30 pagi sebeum menerima campurtangan polis.

Read More

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 01:39 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 01:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 01:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DINNER AT TEO CHEW FAMOUS CENDOL <b>BAGAN AJAM</b>

Posted: 06 Apr 2012 07:42 AM PDT

Assalamualaikum...

Salam sayang untuk semua rakan2 di blog...Wah ayat pertama macam berlagak jer bunyinya. Bukan apa macam la blog aku ni famous sangat ahaksss.. Ditimpa perasaan la pula aku ni. Nak buat macam mana kan dah nama pun perempuan LAGAK tu kena la ada hehehehe....sabar jer la Kak Jenab oiiii....:-)

Hari ni aku nak share citer tentang menu kami malam ni. Memang sedap la UOLSS terangkat giler dengan Mee Jawanya...Cik Abang I layan Mee Kari. Bukan apa Mee Jawa I tu lengkap dengan pedasnya, masam nya, kepekatan kuahnya fuhhh!! memang MARVELOUS la :-) So korang nanti kalau ada yg terlalu kat area ni jom la singgah. Bukan apa sebab sedap so kena la share kan :-)

Restoren ni ada banyak cawangan. Bermula dengan kereta roda tiga meniaga di sekitar Penang Road di Penang Island, kini mampu berdiri megah dengan beberapa cawangan Restoren yg semakin maju, salah satunya dekat ngan rumah aku la di Bagan Ajam Butterworth.

Mula2 aku masuk Restoren ni pada awal pembukaannya rasa takut la juga maklum la nama Cina, lepas tu tak der la pekerja melayu atau pelanggan melayu yg masuk, tapi sijil HALAL terlekat di dinding. Aku dan suami masuk la juga sebab teringin nak makan cendol special huhuhu...

So kini Restoren ni dah semakin maju, kebanyakkan staf kat situ melayu, dan yg bestnya berbilang bangsa yg makan kat situ. So boleh la kita menjamu selera kat di situ tanpa WAS2 hehehehe...

So kawan2, kalau ada yg terlalu atau tersesat di area Bagan Ajam ni, jom la singgah pasti anda akan berpuas hati...SELAMAT MENJAMU MATA yer :-)