Sabtu, 19 Januari 2013

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Berita Harian | Podium <b>di</b> Qatar sandaran Fitri &#39;tawan&#39; <b>Batu Kawan</b>

Posted: 26 Nov 2012 11:41 AM PST

Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini.

Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara.

Dia merakamkan catatan keseluruhan 18 minit 05.526 saat di hadapan pelumba Thailand, Kanatat Jaiman dan pelumba Indonesia, Iswandi Muis yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18:05.7024s dan 18:05.703s.

Bakar semangat

Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s.

"Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas," kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya.

Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini.

Hot ! 700 penduduk <b>Batu Kawan</b> sertai parti komponen BN <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 02:24 AM PST

Kerajaan DAP menerima tamparan hebat apabila berikutan pemohonan keahlian baru penduduk di Batu  Kawan yang menyatakan sokongan kepada BN dengan menyertai parti PPP.

GPB yakin sepanjang 4 tahun selepas  DAP menang di Parlimen di situ ,  faktor khidmat  wakil rakyat di situ yang  jarang nampak muka membuatkan rakyat hilang kepercayaan dan kini meyakini BN .




Terdahulu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima 700 borang permohonan keahlian baru Parti Progresif Penduduk (PPP) bagi penduduk Batu Kawan. Beliau yang mengalu-alukan perkara itu berkata permohonan itu menunjukkan tanda sokongan masyarakat terhadap BN yang semakin meningkat sekaligus menambah keyakinan parti itu mampu menawan semula Pulau Pinang

. "Ini juga satu petanda bagaimana Barisan Nasional semakin mendapat sokongan. Setiap hari kita menerima orang masuk anggota Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP…ini satu petanda yang amat baik," katanya.KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Komen