Jumaat, 4 Januari 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Mayat Lelaki Ditemui <b>Di Bayan Lepas</b> | MyNewsHub

Posted: 02 Jan 2013 10:37 PM PST


GEORGETOWN – Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tebing tinggi sebuah kawasan perumahan di Jalan Bayan Lepas, dekat sini, malam tadi.

Mayat Yussof @ Mohamad Yussof Othman, 69, ditemui terbaring di kaki lima berhampiran tebing kawasan perumahan berkenaan oleh orang awam yang melalui tempat itu pada jam 9.50 malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata lelaki yang berasal dari Sungai Nibong Kecil, di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tempat tinggi yang dipercayai tebing kawasan perumahan berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi Ibu Pejabat Polis Barat Daya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Mohd Hatta berkata, pihaknya menerima 11 motosikal baru untuk pasukan URB menjalankan rondaan di daerah Barat Daya.

"Kami akan menumpukan kawasan taman perumahan untuk mengurangkan kadar jenayah," katanya dan memberitahu pihaknya akan menerima enam buah lagi motosikal berkenaan dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen