Jumaat, 18 Januari 2013

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


NGO lapor polis dakwa pelajar Islam diberi Bible <b>di</b> hadapan sekolah

Posted: 17 Jan 2013 02:27 PM PST

(Bernama) - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.




Terkini! Penyebaran bible kepada pelajar Melayu berlaku <b>di Jelutong</b>!

Posted: 17 Jan 2013 08:34 PM PST


Semakin melampau!   Dalam masa Pas P.Pinang anggap isu kalimah Allah ini selesai, timbul pulak  gerakan untuk mengkristiankan pelajar Islam di sekolah melalui penyebaran bible.

Menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah salah mengikut  perlembagaan persekutuan.

Persoalannya, mengapa gerakan kristianisasi berani dilakukan secara terbuka  di P.Pinang? 

Mana pergi MAINPP memantau isu walaupun telaj berulang kali berlaku?  GPB mohon pihak polis menyiasat isu ini dan menangkap dalangnya.l

GEORGETOWN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. -Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Komen