Ahad, 27 Januari 2013

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Pemimpin PAS negeri nak lupuskan perkuburuan Islam <b>di</b> - Lantak <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 05:39 PM PST


Kira-kira 120 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Jelutong, di sini, didakwa dialihkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas arahan seorang pemimpin PAS negeri.

Pemimpin terbabit yang juga Ahli Majlis MPPP turut didakwa mengarahkan pihak berkuasa tempatan itu melupuskan kira-kira 40 batu nisan yang dialihkan itu di tapak pembuangan sampah berdekatan saluran najis.
Tindakan itu mengundang kemarahan 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong yang mendakwa pemimpin berkenaan tidak prihatin ayat suci al-Quran pada batu nisan. Penduduk juga mendakwa tindakan itu dilakukan tanpa pengetahuan waris.

Pengerusi Persatuan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, berkata pengalihan dan pelupusan batu nisan berkenaan dilakukan 11 Januari lalu oleh kontraktor MPPP, menyebabkan pihaknya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Khamis lalu selain membuat dua laporan di Balai Polis Jelutong.

"Mereka mengalihkan nisan senyap-senyap, tapi penduduk tahu dan menghalang.
Bagaimanapun kira-kira 40 batu nisan sudah pun dilupuskan dekat tempat najis itu. Orang MPPP sendiri memberitahu kami pemimpin PAS itu mengarahkan tindakan terbabit," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Daerah Barat Daya, Mohd Hussein Suhai Buden, berkata pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam tidak seharusnya mengeluarkan arahan melupuskan batu nisan yang mengandungi kalimah Allah dan ayat suci al-Quran.

"Sepatutnya dibina stor khusus menyimpan batu nisan yang mungkin lama dan tidak digunakan lagi, bukan mengalihkan sesuka hati dan kemudian melupuskannya di tempat pembuangan sampah," katanya.

BH kemudian mendapatkan Ahli Majlis MPPP, Yusof Mohd Noor yang dikaitkan dengan perkara itu, namun beliau menafikan mengeluarkan arahan sedemikian kepada MPPP, kecuali meminta membersihkan sampah di sekitar tanah perkuburan berkenaan.

Sambil menambah dakwaan dilemparkan terhadapnya itu sama sekali tidak benar, beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu.

Tiada ulasan:

Catat Komen