Isnin, 7 Januari 2013

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


Remaja Hilang <b>di Kepala Batas</b> | Menulis Menconteng | Kongsi Apa <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 05:30 AM PST


Ibu tunggal Mahani Md Husin, 55, menunjukkan gambar anak gadisnya, Nor Baridah 
Zulkifle, 18, yang didakwa  hilang. -Foto Bernama
KEPALA BATAS - Seorang ibu tunggal bimbang tentang keselamatan anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah di Bandar Bertam Perdana di sini sejak minggu lepas setelah dikatakan keluar mencari kerja.
Mahani Md Husin berkata anaknya Nor Baridah Zulkifle, 18, yang baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia meminta izin daripadanya untuk mencari kerja di sekitar sini pada sambutan Krismas lalu.
"Saya benarkan dia keluar mencari kerja. Tetapi selepas itu dia tidak pulang ke rumah. Saya ada menghubungi rakan-rakannya, tetapi mereka juga tidak tahu dia ke mana," katanya kepada Bernama.
Beliau telah membuat laporan polis.
Mahani meminta orang ramai yang tahu di mana anaknya berada agar menghubunginya di talian 017-4540851. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen