di negeri pulau pinang - Google Blog Search |
hidup ini sementara: Taman Negara Laut <b>Pulau Pinang</b> Posted: 06 Jan 2013 01:26 AM PST Awal..november 2012..CM berpeluang mengiringi pelajar CM ke Penang..maknanya tahun ni dua kali CM dapat mengunjungi Penang..kalau kunjungan pada Julai lepas dengan misi Jalan-Jalan Cari Makan,,kali ni CM ke Penang untuk bersama meneroka keindahan Penang.... Taman Negara di Penang????kedengaran asing ,rupanya memang ada sebuah taman negara laut yang indah terletak tak jauh dari Pantai Feringgi atau lebih tepat ia terletak di Teluk Bahang.,,hmm malas nk taip bebanyak,,,meh sini cm copy n paste jer,,cuba baca tentang Penang National Park ini... Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain. Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau. Kami sangat happy disini,,,,Indah sungguh ciptaan tuhan,,Alhamdulillah... Saya berpendapat tempat yang sebegini cantik,,perlu promosi yang meluas...pelihara dan pastikan ia tidak tercemar agar generasi selepas kita masih mampu menatap indahnya ciptaan Allah ,,dan menjadi hamba yang bersyukurr..... |
You are subscribed to email updates from di negeri pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen