09 di Batu kawan - Google Blog Search |
Kes saman fitnah Penyelaras BN <b>Batu Kawan</b> selesai <b>di</b> luar <b>...</b> Posted: 25 Nov 2012 10:14 PM PST GEORGETOWN, 26 Nov : Kes saman fitnah oleh Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan A Mohan terhadap dua pembantu peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, iaitu M Satees dan M Amal Dass diselesaikan di luar mahkamah. A Mohan Hakim Mahkamah Tinggi, GV Varghese hari ini merekodkan penyelesaian itu selepas Mohan, Satees dan Amal Dass bersetuju berbuat demikian (bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah). Dalam terma penyelesaian yang diedarkan oleh defendan, Satees dan Amal Dass mengaku mengeluarkan kenyataan mengenai Mohan di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 3 September 2011 di Pusat Khidmat Ramasamy di Taman Supreme, di sini. Bagaimanapun, kedua-dua defendan menyatakan tidak pernah berniat untuk memperkecilkan atau memfitnah Mohan dalam apa juga cara, dan mereka memohon maaf sekiranya membuat plaintif tersinggung. Mohan diwakili peguam bela Baljit Singh dan V Amareson manakala Satees dan Amal Dass diwakili peguam S Murali. – BERNAMA Category: Bahasa Malaysia |
You are subscribed to email updates from di Batu kawan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen