Selasa, 26 Februari 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


ADUN <b>Batu Uban</b>, YB Raveen Pertikai Tindakan BN - namaberita [dot]

Posted: 04 Feb 2013 09:48 PM PST

GEORGETOWN - Adun Batu Uban, S Raveentharan mempertikaikan tindakan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menjemput superstar, Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style ke negeri ini.
Menurutnya, BN tersilap sekiranya menjangka politik hanya diibaratkan seperti tarian 'Gangnam'.
"Mereka masih di alam fantasi, politik ini adalah hakikat, bagaimana susah sekalipun mereka menjemput artis terkenal, pasti tidak akan ada yang mahu berpihak kepada mereka (BN).
"Jangan ingat masyarakat yang datang pada hari itu akan mengundi mereka, saya yakin yang datang pun sekadar mahu melihat artis bukannya mahu mengundi untuk kemenangan mereka. BN sudah mula pasang strategi untuk menarik pengundi atas pagar dan pengundi muda di Pulau Pinang," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian bagi mengulas komennya di dalam laman sosial Facebook terhadap artis undangan untuk Majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang kali ini dengan menjemput Psy.
Artis dari Korea Selatan yang popular melalui laman YouTube dijangka hadir ke negeri ini pada 11 Februari 2013 di Kolej Han Chiang.
Anggara hampir 60,000 pengunjung dijangka hadir untuk me-lihat Psy menari ketika sambutan rumah terbuka yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 petang itu.
Raveentharan berkata, dipercayai bayaran yang mahal dikenakan un-tuk menjemput artis terkemuka itu ke negeri ini.
Menurutnya, walaupun BN mendakwa ia dibayar oleh sektor swasta namun wang berkenaan tidak perlu digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata.
"Sebaliknya masih ramai yang memerlukan wang berkenaan termasuk OKU dan ibu tunggal.
"Jangan habiskan duit semata-mata menarik undi sedangkan perkara kebajikan lebih penting," katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Komen