Selasa, 26 Februari 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


MY LOVELY DIARY: Konvensyen Sunnah <b>di Bukit Mertajam</b>, Penang

Posted: 23 Dec 2012 05:40 AM PST

Tempat: Dewan al-Qayyim, bukit Mertajam, Penang
Akhirnya Allah s.w.t perkenankan doa aku untuk menghadiri Konvensyen Sunnah 2012...Jika nak tahu MASUK adalah percuma dan makanan disediakan ( Kata dr MAZA ''apa makanan yang kita letak semua habis'') ...maksud beliau bukan datang sebab nak makan tapi  takde pembaziran makanan sepanjang program berjalan......
Akhirnya dapat juga aku dengar ceramah Dr MAZA secara Live......Insha Allah ada rezeki nak datang lagi tahun depan.
Bangunan 2 tingkat ini adalah Dewan al-Qayyim di Bukit Mertajm, Penang
Aku sampai pada hari Jumaat jam 12.30 tgh dan terus check in di Hotel Summit.....bertolak dari rumah jam 4.00 pagi drive sendiri bersama 3 orang rakan yang lain....kemudian 5.30 ptg terus ke dewan al-Qayyim,.....mula2 masuk terus disapa oleh Bapa dr MAZA, pakcik tu sangat peramah ..
                       Pakcik nie adalah bapa kepada Dr MAZA....dibelakang tu rumah Dr MAZA
Brother Kamaruddin b. Abdullah - ceramah yg disampaikan sungguh bertenaga dan terkesan. 
beliau juga telah menubuhkan Islamic Propagation Society International di Georgetown Penang.
Maklumat lanjut bolek klik disini
Terasa malu apabila brother Kamaruddin kata '' KENAPA KITA TIDAK JELASKAN TENTANG ISLAM YANG SEBENAR KEPADA ORANG BUKAN ISLAM''.....kerna, semua itu akan ditanya oleh Allah s.w.t......adakah kita sanggup melihat mereka masuk api neraka......akhir sekali kata-kata beliau ialah '' PASTIKAN ANDA DAPAT MENARIK ORANG BUKAN ISLAM MENGUCAP KALIMAH  SYAHADAH SEKURANG KURANGNYA SEORANG SEBELUM  MATI''.......
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri, mulai hari ini aku kena berdakwah dengan orang bukan islam dan menerangkan tentang keindahan islam
Read Al-Quran ....God's final revelation to mankind
hari terakhir di dewam al-Qayyim....sangat berat hati nak tinggalkan....Insha Allah moga 2013 aku datang lagi.....yang paling penting aku dapat berjumpa dan bercakap dengan Dr MAZA......

Tiada ulasan:

Catat Komen