Khamis, 7 Februari 2013

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2013 01:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Uruk-Hai: BN Akan Terus Unggul <b>Di</b> Tasek <b>Gelugor</b> PRU13 Kali Ini !!

Posted: 20 Jan 2013 05:05 PM PST

Baru-baru ini Uruk sempat membuat 'coverage' Himpunan Pemuda BN di Tasek Gelugor, Uruk sebenarnya amat terperanjat dan berasa teruja apabila berada disitu.

Ini kerana sambutan Himpunan berkenaan boleh dikatakan amat memberangsangkan. Tahniah Uruk ucapkan kepada Pemuda Bahagian Tasek Gelugor kerana diatas program sebegini dan oleh kerana ianya juga adalah program sulong yang dapat menghimpunkan sekurang-kurangnya 1000 orang Pemuda di seluruh kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
TASEK GELUGOR - Barisan Nasional (BN) Tasek Gelugor yakin dapat mempertahan Parlimen itu dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berikutan sokongan penduduk terhadap parti berkenaan.
Pengerusi BN Bahagian Tasek Gelugor Shabudin Yahaya berkata berdasarkan tinjauan menerusi program-program yang dijalankan, penduduk di kawasan DUN Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar itu memang menerima BN dan memberi sokongan kepada parti berkenaan.
"Berdasarkan tinjauan yang dijalankan itu, penerimaan rakyat terhadap BN semakin meningkat kerana mereka yakin hanya BN mempunyai keupayaan dan mampu membawa pembangunan.
"Saya dan rakan-rakan dalam parti komponen BN iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain percaya kita akan pertahan kerusi BN di sini dengan  majoriti lebih besar pada PRU-13 nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Pemuda BN dan pelancaran Gerak Gempur Pemuda BN Bahagian Tasek Gelugor, semalam.
Majlis itu disertai lebih 1,000 pemuda BN dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor. 
Shabudin yang juga Ketua Umno bahagian berkenaan berkata sokongan golongan belia di bahagian itu juga semakin meningkat dan ia boleh dilihat dengan penglibatan mereka dalam program-program anjuran BN.
"Golongan belia iaitu kira-kira 40 peratus daripada 53,000 pengundi di Tasek Gelugor juga mula melibatkan diri dalam program-progam anjuran kita dan saya percaya mereka mula memberi mandat kepada BN.
"Belia di sini juga tidak terlibat dengan aktiviti pembangkang seperti perhimpunan Bersih dan sebagainya kerana yakin itu bukan perjuangan  yang sebenar," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Adun Permatang Berangan berkata, jentera gerak gempur Pemuda BN Tasek Gelugor bersiap sedia dengan rangka kerja untuk
mengempur parlimen itu sempena PRU-13 ini.
"Kita ada 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan mereka (jentera Pemuda  BN) akan bergerak dengan perancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan  BN
menang besar di sini (Tasek Gelugor)," katanya. - Bernama
Diantara artis yang turut hadir dalam Himpunan Pemuda BN malam itu adalah Aswad AF5 dan juga Hykall Nukilan Hati.
P/s : Lawa 'Backdrop' belakang VIP tu yer....

BLOG PENANG: 09 <b>di</b> tasek <b>gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 03:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Hassan Ali bangkit semangat orang Melayu <b>Tasek</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 12:52 AM PST




TASEK GELUGOR  24 Januari -  Semalam satu program  Ceramah Islam Melayu & Raja  anjuran JATI  telah diadakan di Simpang Empat Permatang Buloh , Tasek Gelugor . Ia menampilkan penceramah Pengerusi Jaringan Muslimin P.Pinang Ustaz Hafiz Mohd Nordin & Pengerusi JATI  Datuk Dr Hassan Ali .  




Turut hadir ke ceramah ini ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamad Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , YB Shahbudin Yahya .

Kehadiran umat Islam dianggarkan sekitar  500  orang yang hadir  walaupun penyebaran maklumat ceramah berkenaan tidak meluas dan masa yang singkat. 

 Didalam ceramah tersebut,  Ustaz Hafiz Nordin  yang mengupas mengenai  pentingnya perpaduan ummah dikalangan umat Islam  dan isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng untuk digunakan dalam bible bahasa Melayu . Malah beliau juga turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa & kerajaan yang tidak bertindak tegas mengambil tindakan terhadap Guan Eng & Karpal Singh yang terus menghina Islam dalam isu kalimah Allah ini . 

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam serta isu kalimah Allah yang hangat dipolitikkan oleh pembangkang menjelang PRU 13 . 




IdaMan: Rahman Mydin Berucap Di Pentas PAS, <b>Di Tasek Gelugor</b>

Posted: 03 Dec 2012 05:13 AM PST


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk memghempas benteng pantai sehingga pecah.
(Rahman Mydin berucap di pentas PAS di Tasek Gelugor)

Ujarnya, "biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh.  Kita bina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua Semalam.

Ini adalah antara majlis awal Rahman selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS.

Rahman menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS malam Ahad lalu di Batu Pahat, Johor.

Kemasukannya ke dalam PAS memberikan semangat baru berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perniagaan dan juga media.

Rahman pernah menjadi Pengerusi MRCB, syarikat yang mengawal media utama negara ketika itu.

Benteng usang

"Sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

"Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunanya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatanya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chau. harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Komen