09 di jelutong - Google Blog Search |
Pemimpin PAS negeri nak lupuskan perkuburuan Islam <b>di</b> - Lantak <b>...</b> Posted: 18 Jan 2013 05:39 PM PST Kira-kira 120 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Jelutong, di sini, didakwa dialihkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas arahan seorang pemimpin PAS negeri. Pemimpin terbabit yang juga Ahli Majlis MPPP turut didakwa mengarahkan pihak berkuasa tempatan itu melupuskan kira-kira 40 batu nisan yang dialihkan itu di tapak pembuangan sampah berdekatan saluran najis. Pengerusi Persatuan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, berkata pengalihan dan pelupusan batu nisan berkenaan dilakukan 11 Januari lalu oleh kontraktor MPPP, menyebabkan pihaknya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Khamis lalu selain membuat dua laporan di Balai Polis Jelutong. "Mereka mengalihkan nisan senyap-senyap, tapi penduduk tahu dan menghalang. "Sepatutnya dibina stor khusus menyimpan batu nisan yang mungkin lama dan tidak digunakan lagi, bukan mengalihkan sesuka hati dan kemudian melupuskannya di tempat pembuangan sampah," katanya. BH kemudian mendapatkan Ahli Majlis MPPP, Yusof Mohd Noor yang dikaitkan dengan perkara itu, namun beliau menafikan mengeluarkan arahan sedemikian kepada MPPP, kecuali meminta membersihkan sampah di sekitar tanah perkuburan berkenaan. Sambil menambah dakwaan dilemparkan terhadapnya itu sama sekali tidak benar, beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu. |
You are subscribed to email updates from di jelutong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen