09 di kepala batas - Google Blog Search |
MARA Perluas Program Ulul Albab Ke MRSM <b>Kepala Batas</b> Posted: 10 Jan 2011 12:00 AM PST Kategori Berita LainMARA Perluas Program Ulul Albab Ke MRSM Kepala BatasKEPALA BATAS, 10 Jan – Program Ulul Albab yang sedang dilaksanakan di dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebelum ini kini diperluaskan di MRSM Kepala Batas di sini. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh berkata seramai 180 pelajar Tingkatan 1 dipilih mengikuti program itu di MRSM Kepala Batas bermula awal tahun ini. "MRSM Kepala Batas merupakan MRSM ketiga yang melaksanakan program Ulul Albab selepas MRSM Kota Putra, Terengganu pada 2009 dan MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan pada 2010," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program itu di sini, hari ini. Perasmian itu disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Program Ulul Albab adalah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Terdahulu itu, dalam ucapannya, Idris berkata selepas dua tahun, terdapat pelajar Ulul Albab di MRSM Kota Putra yang telah menghafal sebanyak 27 juzuk Al-Quran manakala terdapat pelajar MRSM Gemencheh yang mengikuti program itu tahun lepas telah menghafal sehingga 15 juzuk. "Dari sudut pencapaikan akademik pula, pelajar program Ulul Albab adalah lebih cemerlang berbanding pelajar MRSM aliran Sains Tulen," katanya. Katanya sistem pendidikan Al-Quran dan Ulul Albab menjadi pemangkin ke arah kejayaan pelajar MRSM dan ianya tidak menjadi penghalang atau bebanan kepada pelajar untuk berjaya. Sementara itu, Abdullah dalam ucapannya berkata program Ulul Albab itu adalah satu perkembangan baru dalam sistem pendidikan negara. "Sistem pendidikan ini berpotensi menjadi sistem yang berjaya dalam usaha melahirkan modal insan yang baik," katanya. Berita Bertarikh Pada 10 January 2011 4:00 PM |
You are subscribed to email updates from di kepala batas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen