Sabtu, 16 Mac 2013

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


AKAK DIBALIK PINTU: Ada Toyolkah <b>di Bagan Ajam</b>, Seberang Perai?

Posted: 23 Oct 2012 02:07 AM PDT

Tidak pasti sama ada cerita ini sudah lama berlaku ataupun tidak. Namun kisah ini dicatatkan pada 2011 yang lalu tentang kisah misteri toyol di kawasan Bagan Ajam, Seberang Perai. Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. Mereka mendakwa, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian pelik dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.



Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.
Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.
"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300″

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.
Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.
"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"
"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50″ katanya.
Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.
Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali
Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.
"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.
"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.
Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal
Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.
Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.
"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"
"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.


Haaaa...itulah kisah toyol kat Malaysia ni..kat luar negara tak tahulah kalau2 makhluk bernama toyol ni wujud ke tidak...namun korang tahu tak macamana cara diorang nak bela toyol ni...cuba baca cara2 nak dapatkan toyol kat sini pulak....
baca jer tau...jgn amalkan...

Lagi kemalangan maut melibatkan bas <b>di</b> PLUS highway.. | Cerita <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 06:42 PM PST

Alfatihah.. tak sampai hati nak baca berita ni..

------

TAPAH – Hajat seorang anak menguruskan pengebumian bapanya yang meninggal dunia akibat sakit tua, tidak kesampaian apabila maut dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer (KM) 314.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi semalam.

Kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 7 pagi itu turut mengakibatkan pemandu bas, Mohd Anuar Jantan, 42, maut sementara lima penumpang lain cedera.

Mangsa, Abdul Rahman Noh, 59, bersama isteri, Rahani Limat, 56, menempuh perjalanan lebih 500 KM menaiki bas dari Johor Bahru, tengah malam semalam dan sepatutnya tiba di Bagan Ajam, Seberang Perai, Pulau Pinang sekitar jam 10 pagi.

Allahyarham yang duduk di kerusi belakang pemandu maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada seluruh badan, sementara isterinya cedera di bahagian kiri kepala.

Anak mangsa, Mohd Amin, 32, berkata, dia pada awalnya mencadangkan ibu bapanya agar mengambil perjalanan bas sebelah pagi.

Bagaimanapun katanya, sebelum sempat menitip pesanan itu, dia dimaklumkan ibu bapanya sudah dalam perjalanan dengan menaiki bas kira-kira 12.30 tengah malam.

"Saya sempat berpesan kepada arwah ayah dan mak agar ambil bas pagi ini (semalam). Tetapi mak beritahu mereka sudah berada di dalam bas dari Johor ke Pulau Pinang.

"Belum sempat fikir apa-apa, saya dikejutkan pula dengan panggilan mak mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Hospital Tapah, semalam.

Mohd Amin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik berkata, ketika kejadian, dia berada di Pulau Pinang menguruskan jenazah datuknya yang meninggal dunia kira-kira jam 11 malam pada usia 93 tahun.

Katanya, dua hari sebelum nahas, dia sempat bertemu kedua-dua ibu bapanya di kediaman mereka di Kempas Jaya, Johor. Namun ketika itu, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

"Tak sampai lapan jam, saya kehilangan dua ahli keluarga. Pertemuan dua hari lalu adalah kali terakhir kami. Walaupun arwah tegas, namun dia tetap menyayangi kami adik-beradik," katanya.

 

Isteri reda

Isteri Allahyarham yang  dimaklumkan insiden itu reda dengan pemergian suaminya.

Anak saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Ida berkata, Rohani yang cedera di kepala dipercayai terkena serpihan cermin bas, kini dalam keadaan stabil dan dapat menerima berita kematian suaminya dengan tenang.

"Kami tak sangka dalam kesibukan menguruskan jenazah datuk, kami perlu bergegas ke sini untuk membawa pulang jenazah bapa saudara saya. Sepanjang perjalanan (semalam), kami doakan ibu saudara saya selamat," katanya.

Ida berkata, arwah ada menghubungi mereka memaklumkan akan segera pulang ke Pulau Pinang menaiki bas pada awal pagi bagi menyempurnakan pengebumian dan majlis tahlil. Tetapi tidak sangka, itulah panggilan terakhir bapa saudaranya itu.

 

Polis siasat punca

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, polis masih jalankan siasatan bagi ketahui punca kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, insiden berlaku apabila bas yang membawa sembilan penumpang dari arah Johor ke Pulau Pinang itu gagal memotong lori membawa muatan penutup silinder gas dan mesin memproses plastik di hadapannya.

"Bas itu cuba kembali ke lorong kiri, namun terlanggar belakang lori berkenaan. Mereka yang maut adalah pemandu dan penumpang bas. Kedua-duanya parah dan maut di tempat kejadian," katanya.

1.6 juta rakyat penentu empat projek lebuhraya, sistem - Roket Kini

Posted: 03 Mar 2013 05:21 AM PST

GEORGE TOWN, 2 MAC: Sejumlah 1.6 juta rakyat Pulau Pinang akan menentukan pelaksanaan empat projek lebuhraya bernilai RM6.3 bilion dan cadangan sistem trem di seluruh negeri yang akan menghubungkan Pulau dengan Seberang Perai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan PR Pulau Pinang akan menyerahkan keputusan menentukan penganugerahan tender empat projek lebuhraya bernilai RM6.3 bilion, termasuk terowong bawah laut pertama di Asia Tenggara dari Gurney Drive ke Bagan Ajam kepada 1.6 juta rakyat negeri itu.

Katanya, pembinaan empat lebuhraya utama itu dianugerahkan kepada konsortium terdiri daripada sebuah syarikat tempatan dan Beijing Urban Construction Group iaitu syarikat pembinaan dari China yang membina Stadium Olimpik "Bird's Nest" di Beijing.

Laksana sistem trem, bukan projek monorel

"Sekiranya memenangi kuasa di Putrajaya, PR bercadang melaksanakan sistem trem di seluruh negeri untuk menghubungkan Pulau dan Seberang Perai kerana monorel yang dicadang Barisan Nasional tidak sesuai untuk bandar warisan dunia seperti Pulau Pinang dan strukturnya yang tinggi akan merosakkan keindahan estetika negeri itu.

"Sistem trem yang bergerak atas tanah adalah sesuai dengan warisan Pulau Pinang, jalan alternatif baru diperlukan supaya jalan sedia ada dapat digunakan untuk landasan trem," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, projek monorel BN tidak akan menjadi kenyataan walaupun BN menang di Pulau Pinang kerana monorel tidak akan diizin oleh UNESCO dan pembinaannya akan mengakibatkan kehilangan taraf Bandar Warisan Dunia UNESCO, tambahan BN tidak pernah menepati janji monorel dulu yang dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006

Menurutnya, janji itu juga tidak ditepati Datuk Seri Najib Tun Razak selama menjadi Perdana Menteri, jadi kita harus menunggu sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri untuk merealisasikan sistem trem.

"Pengangkutan awam adalah bidang kuasa kerajaan Persekutuan semata-mata. Meskipun kerajaan negeri mempunyai dana, kerajaan Persekutuan boleh menafikan lesen dan kerjasama untuk membenarkan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang.

"Keengganan bekerjasama itu jelas apabila kerajaan Persekutuan menolak cadangan bayaran RM10 juta setahun oleh kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma Rapid Penang ketika waktu puncak di seluruh negeri Pulau Pinang.

"Oleh kerana kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak sanggup menjadi kerajaan yang duduk diam saja, kita akan membina jalan alternatif bagi mengganti keengganan kerajaan BN menepati janji pengangkutan awam yang berkesan di negeri itu," katanya.

Tidak ada caj masuk ke Pulau Pinang

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, PR tegas menolak cadangan ekstrim untuk mengenakan caj kemasukan bagi semua kenderaan yang memasuki George Town, Pulau Pinang kerana PR komited terhadap pergerakan bebas orang dalam dan luar negeri Pulau Pinang.

Katanya, mengamalkan "model Singapura" untuk mengurangkan kesesakan trafik adalah elitis kerana menghadkan George Town kepada penghuni sedia ada dan bersifat diskriminasi kerana hanya orang berada dapat masuk ke George Town, Pulau Pinang.

Beliau juga mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow menjelaskan kenapa BN menjual tanah 940 ekar di Tanjung Pinang dengan harga RM1 sekaki persegi?

Katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang kesal atas fitnah Teng mengenai harga tender, sama ada kerajaan Persekutuan dimaklumkan atau meluluskan tender untuk konsortium tempatan-antarabangsa berkenaan, serta kelajuan penganugerahan tender itu.

"Kerajaan Persekutuan sedar mengenai cadangan projek itu sejak 2011 apabila Najib Razak dan Perdana Menteri China, Wen Jia Bao menjadi saksi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan saya untuk empat projek lebuh raya dan terowong yang didakan di Kuala Lumpur.

"Tender terbuka dan kompetitif dilangsungkan pada 14 November 2011 dan rundingan awam dijalankan pada 2011. Keseluruhan proses tender dilaksanakan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Bagaimana empat projek itu dilaksanakan begitu laju apabila projek pertama dijangka siap selepas 2017 dan terowong pada 2023-2025, walaupun kerajaan negeri akan cuba menyiapnya menjelang 2020," katanya.

Guan Eng berkata, masa pembinaan yang lama adalah kerana keperluan untuk mematuhi syarat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Kegagalan mematuhi EIA akan bermakna empat projek itu tidak akan diteruskan.

Katanya, kontrak rasmi masih diperbincangkan dan dijangka akan ditandatangani dalam beberapa bulan akan datang dan tidak akan diteruskan jika ditolak rakyat.

Beliau berkata, lagipun, harga tender terakhir bukan RM8 bilion seperti yang dijangkakan tetapi RM6.3 bilion yang dianugerah kepada pembida terendah, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd.

"Tidak ada bayaran dalam bentuk wang tunai tetapi bayaran akan dibuat dalam bentuk 110 ekar tanah tebusguna di Tanjung Pinang.

"Dakwaan Teng bahawa tanah tebusguna itu tidak wujud adalah fitnah kerana BN yang meluluskan penambakan tanah 940 ekar hanya dengan harga RM1 sekaki persegi dengan syarat 10% tanah diberi kepada kerajaan negeri.

"Saya minta Teng jelaskan kenapa BN menjual tanah itu dengan harga begitu murah dan tidak masuk akal iaitu RM1 sekaki persegi sedangkan kerajaan negeri PR Pulau Pinang berjaya meningkatkan jumlah tanah yang akan diberi kepada negeri daripada 10% kepada 20%, yang akan diguna untuk membiayai pembinaan empat lebuh raya utama itu," katanya.

Guan Eng berkata, kesesakan lalu lintas yang teruk beberapa hari lalu di Jambatan Pulau Pinang Pertama adalah kerana kerja pembaikan jambatan itu dan mengingatkan kita semua betapa perlunya laluan penghubung ketiga untuk masa depan.

Tiga lebuhraya baru atasi kesesakan lalu lintas

Sementara tiga lebuhraya baru itu, katanya, akan mengurangkan kesesakan lalu lintas ke Batu Ferringhi, di sekitar George Town serta Bandar Baru Air Itam dan Farlim adalah berdasarkan keperluan, terowong bawah laut ini mempunyai fungsi lain iaitu untuk merangsang pembangunan ekonomi Seberang Perai Utara (SPU).

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dalam isu kesesakan lalu lintas dan mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan Persekutuan di atas kegagalannya menyediakan pengangkutan awam.

"Kita juga tidak akan mengamalkan pendekatan yang berkisar pada Pulau semata-mata, sebaliknya akan mengambil pendekatan menyeluruh yang merangkumi keperluan Seberang Perai. Jika ada jambatan yang menghubungkan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, patut ada juga penghubung kepada SPU untuk memajukan pembangunan ekonomi," katanya. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Komen