Rabu, 20 Mac 2013

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


DAP Jangan &#39;Buat-Buat Lupa&#39; Konsert Arak RM3 Juta <b>Di Batu</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 02:26 AM PST

Semalam Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh diikuti DI SINI

Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.

Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.

Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.

Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan 'mencedok dan mengubah' lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.




Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu, lagu Gangnam Style pun ada tau…meh kita tengok jap…

Dari segi matematik, ia cukup mudah.

Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina semalam adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.

Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Itu saja, checkmate!

Team Building <b>di</b> Holiday Inn, <b>Batu Ferringhi</b> dan Penang Escape <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 07:53 PM PST

Salam Semua:)

Actually  entry ni dah tersimpan kat dalam draft dah dekat sebulan lebih dah. dari last year, sampai la ke awal tahun 2013. bz sampai nak tekan publish pun tak sempat. boleh gitu:)

last year, bulan December, company aku ada buat team building dekat Batu Ferringhi. kitorang stay dekat Holiday Inn Resort, yang deeeeekaaaat sangat dengan Batu Ferringhi night market tu. first time aku stay kat sini, memang terbaikla. dahla aku stay ngan sorang jer member aku, tapi dapat family room yang ada 2 single bed and 1 king size bed, dengan balcony bagai. kitorang masuk jer bilik tu, memang terasa jakun sekejap, sampai tangkap gambar merata dalam satu bilik tu. tapi yang tak bestnya, tak boleh spend masa sangat nak enjoy bilik yang best tu. biasala kan, team building, balik bilik pun just time nak tidur jer pun.

okla, macam biasala kan Team Building, penuh dengan activity 'typical' Team Building, aktiviti kerahan otak dan tenaga. balik jer rumah, habisla sakit-sakit batu badan akibat aktiviti kerahan tenga:) 2 hari kitorang ada Team Building tu, so memang banyak sangat gambar-gambar menarik. tapi takdela aku nak share semua kat sini, share sekeping dua jer la:)

 team aku, menang one of the game:)

 2nd day, at ESCAPE PENANG, ECO THEME PARK

 bergambar sebelum masuk main panjat2 kat dalam ECOPARK

So korang boleh google sekarang ECOPARK PENANG. Siapa yang suka aktiviti lasak2 panjat memanjat macam Wall Climbing, Flying Fox semua tu, korang WAJIB pergi tempat ni :)

Tiada ulasan:

Catat Komen