Isnin, 18 Mac 2013

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


TPM tunai janji , lif baru Pangsapuri <b>Batu Uban</b> diganti baru <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 09:46 PM PST

20130223 TPM tunai janji , lif baru Pangsapuri Batu Uban diganti baru

GEORGE TOWN, 23 Feb 2013 – Lebih 1,500 penduduk di Pangsapuri Desa Riang, Batu Uban di sini menarik nafas lega apabila lif di pangsapuri itu yang rosak sejak April tahun lepas telah diganti dengan lif baharu.

Lif baharu itu diganti selepas Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk menggantikan dua buah lif di pangsapuri itu yang rosak.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Uban, Goh Kheng Sneah berkata, sebagai permulaan, sebuah lif yang rosak itu telah diganti dengan lif baharu manakala sebuah lagi akan diganti baharu dalam masa terdekat.

Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan berikutan rungutan penduduk yang mendakwa pihak pengurusan rumah pangsa itu gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun laporan telah dikemukakan sejak beberapa bulan lepas.

"Isu Pangsapuri Desa Riang ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau mengadakan lawatan ke negeri ini tahun lepas melalui peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Kita harap menerusi peruntukan ini ia akan dapat meringankan masalah yang dihadapi penduduk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan lif baharu di pangsapuri itu di sini Sabtu(23 Feb 2013) malam .

Turut hadir Ketua UMNO Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu.

Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui gembira dengan peruntukan berkenaan dan berharap kerja-kerja menggantikan kedua-dua lif itu dapat dilakukan secepat mungkin.

Rubiah Dollah, 55, melahirkan rasa gembira apabila hasrat penduduk untuk mendapatkan kemudahan lif baharu di pangsapuri itu akhirnya tercapai.

"Apa yang kami perjuangkan selama ini sudah tercapai malah saya terharu kerana Kerajaan Pusat merealisasikan impian kami," katanya.

Menurut seorang lagi penduduk, Rosinah Saad, 44, dia sangat teruja apabila mendengar bahawa pangsapuri yang dihuninya sejak 20 tahun lalu itu mendapat perhatian Kerajaan Pusat.

SUMBER: KOSMO!

Share it 分享 Berkongsi:

Kedahkini: TERPANAS ! <b>BATU</b> ASAS PEMBINAAN MENARA <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 07:16 PM PST


Batu asas dipecah

Batu asas pembinaan menara Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh TG Nik Aziz telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.



Ketika menghubungi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim beliau sendiri mengesahkan tanpa memberitahu siapa punya angkara.


"Pagi tadi sebelum subuh salah seorang anak qariah ternampak batu asal yang siap dibina selepas Insyak semalam runtuh. 

"Ia adalah permainan individu yang tidak senang dengan kehadiran Datuk Nik Aziz untuk melawat Masjid tertua di Pulau Pinang. Apa pun kami sedang menyiasat," tegasnya.

Menurut Iszuree, pembinaan menara masjid amat penting sebab selama ini masjid berkenaan tidak mempunyai menara.

Sempena lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang untuk berceramah pada malam ini di Sungai Nibung bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, maka pihak masjid menjemputnya untuk makan tengahari di samping bertemu rakyat Batu Uban.

Mereka berada dalam dilema kerana terpaksa pindah akibat pembangunan oleh sebuah syarikat kroni Umno untuk projek perumahan.

TG Nik Aziz pelawa rakyat P Pinang lawat Kelantan


JELUTONG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengahari tadi.

Menurutnya, mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Negeri Kelantan perlu dinaik tarafkan menjadi negeri yang lebih maju setanding negeri lain.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancung tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.

Justeru itu sambung beliau, tidak hairan tiba-tiba sahaja Perdana Menteri mengistiharkan tujuh agenda pembangunan semula kelantan.

Agenda itu, sekadar manis di bibir dan sedap mata kerana jika diukur itulah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang jika wang royalti diperolehi.

Menyentuh mengenai kepentingan menjagai rumah Allah s.w.t beliau yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS begitu bangga dapat bersembahyang sunat di atas tapak masjid tertua di Pulau Pinang.

Sebagai umat Islam katanya, mesti memelihara masjid kerana masjid merupakan tunggak perpaduan.

"Hilangnya masjid maka hilanglah seri tunggak Islam maka sebab itu kita disuruh mengimarahkan masjid.

"Nak masuk ke masjid langkah kaki kanan manakala kaki kiri untuk ke tandas.

"Insya Allah jika kita amalkan perbuatan yang disuruh sepertimana dalam Al Quran hidup kita akan berkat buat selama lamanya," terangnya.

Hadir sama ke program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Adun Batu Uban, Raveentharan, Yang Dipertua PAS Jelutong, Yaacob Omar, Yang Dipertua Bayan Baru, Ahmad Rasdan Mohd Nor, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Komen