Sabtu, 23 Mac 2013

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Suara 1 Umno: Cerita benar dalam kawasan DUN <b>Bayan Lepas</b>!

Posted: 18 Feb 2013 07:17 AM PST

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang menimbang memberikan RM 100 wang tunai one-off kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun 2011, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.
Kenyataan di atas perlu ditambah lagi mungkin Guan Eng tertinggal. Bantuan wang tunai one-off kepada anak emas, warga emas dan lain-lain bantuan mestilah mengundi PR atau ahli DAP, ahli PAS ataupun PKR. Kenapa saya kata begitu?
Tiga hari yang lalu Penyelaras DUN Bayan Lepas, Cikgu Hasnah ada berjalan-jalan jumpa pengundi di kampung PT. Semasa berjalan-jalan dan berjumpa pengundi, Cikgu Hasnah bertanya seorang pengundi perempuan adakah terima wang RM100 dari program anak emas. Lalu pengundi itu beritahu bahawa dia belum menerima wang itu. Cikgu Hasnah pun beritahu bahawa dia ada borang dan cikgu Hasnah minta pengundi itu segera ke pejabatnya di Bayan Lepas.
Oleh itu keesokan harinya, pergilah perempuan itu dengan penuh harapan untuk mendapatkan Borang Anak Emas dari Pejabat Penyelaras DUN Bayan Lepas. Sampai di situ, dia pun masuk ke dalam pejabat. Cikgu Hasnah tidak ada di pejabat pada masa itu. Mungkin yang ada pembantu cikgu Hasnah. Setelah pengundi itu menyampaikan hasrat kedatangannya kepada pembantu itu. Lalu pembantu itu bertanya pengundi itu tentang pengalaman semasa mengundi dalam PRU yang lalu. Oleh kerana pengundi ini 'lurus bendul', dia beritahulah bahawa ia memangkah BN dalam PRU yang lalu. Selepas itu, pembantu pun beritahu kepadanya bahawa borang itu tak ada di sini dan mengarahkan pengundi yang malang itu ke Pejabat Daerah Balik Pulau. 
Maka pergilah pula pengundi yang malang itu ke pejabat Daerah Balik Pulau, berjumpalah dengan wakil pihak kerajaan negeri di situ. Sekali lagi harapan pengundi itu hampa, diberitahu pula borang berkenaan habis.....malang, malang, malang dan kasihan bagi mereka yang tidak memangkah calon PAS atau DAP atau PKR.
Di sini PT hendak menasihatkan orang-orang kampung semua. Untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri Pulau Pinang, jangan lurus bendul atau jujur sangat. Jika ahli UMNO atau penyokong BN kena bagi tahu sebaliknya bahawa kita memang sejak beberapa pilihanraya yang lalu memang sokong PKR atau PAS atau DAP. Kalau boleh kita puji melambung Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang paling kita sayang walaupun kita berbangsa Melayu. Bodek sikit, bodek banyak lagi boleh! Guan Eng adalah Ketua Menteri yang banyak tolong orang Melayu. Banyak gerai-gerai untuk orang Melayu dibina dalam kawasan Georgetown terutama di Padang Kota Lama.  
Bodek lagi! Sejak Guan Eng jadi Ketua Menteri sudah banyak rumah-rumah kos rendah telah dibina oleh kerajaan negeri. Bagi tahu sekali bahawa di kawasan kita, diTeluk Kumbar dan Sungai Batu begitu banyak rumah-rumah flat telah dibina oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan BN dulu tak ada pun bina kos rendah di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Kutuk sikit kerajaan BN dulu, banyak pun tak apa. Jalan-jalan raya tidak lagi sesak sepertimana zaman kerajaan BN dulu. Jambatan Pulau Pinang dulu cuma empat lorong tapi sekarang sudah 8 lorong. Dulu hanya satu Jambatan menghubungi Pulau Pinang dengan tanah besar tapi sejak DAP memerintah sudah ada dua jambatan. Itulah kerajaan DAP yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.  Kalau boleh kutuk kerajaan BN cukup-cukup terutama UMNO sambil memuji kebaikan kerajaan DAP.
Jika beginilah caranya, PT percaya bukan satu (1) borang yang dia bagi malahan berpuluh-puluh borang dia akan bagi. Nampaknya kerajaan PR nak beri bantuan dia ambil kira parti. Kenapa kerajaan persekutuan beri bantuan BR1M, bantuan persekolahan, bantuan kebajikan dan baiki rumah tidak pun bertanya kepada pemohon pasal parti yang disokong? Begitulah sikap pilihkasih pihak kerajaan negeri kepada rakyatnya yang pelbagai latar belakang, kaum dan faham politik. Cerita benar itu menjadi bualan hangat di kampung PT di Teluk Kumbar.

Tiada ulasan:

Catat Komen