Jumaat, 15 Mac 2013

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


(Video) Rompakan Bank Hong Leong <b>di</b> Tesco <b>Gelugor</b>

Posted: 01 Mar 2013 12:23 AM PST

GEORGE TOWN – Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sekali lagi 'makan besar' apabila mereka merompak cawangan Bank Hong Leong di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini buat kali kedua semalam melibatkan kerugian RM11,000.

Sebelum ini iaitu pada 15 Januari lalu, suspek yang sama telah melarikan RM20,000 dari bank tersebut. Kejadian pukul 12.56 tengah hari itu hanya mengambil masa kurang seminit apabila suspek terus menerpa ke arah pintu masuk sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang pengawal keselamatan.

Suspek kemudian pergi ke kaunter juruwang dan memaksa pegawai bertugas menyerahkan wang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Ketika kejadian terdapat tiga pekerja dan empat pelanggan. Mereka tidak dicederakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis percaya rompakan itu dilakukan suspek yang sama dalam kejadian pada 15 Januari lalu berdasarkan modus operandi mereka. - Kosmo

Bilik untuk disewa <b>di gelugor</b> – 3595th Edition | Portal Rumah Sewa <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 10:36 PM PST

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

terdapat dua bilik untuk di sewa Di sebuah banglo 3 tingkat

Bilik tersebut di tingkat 3 sebuah rumah banglo di sungai gelugor.
Laluan asing kepada tingkat 3, complete privacy daripada Tuan Tanah.

Hanya untuk wanita muslim.

bilik pertama: masterbedroom dilengkapi dengan tandas dalam bilik (RM350)
bilik kedua: Middle room (RM300)

Dekat dengan usm hanya 1km. Parking senang.

Fully Furnished.

By rumahsewa.com

Maut jatuh tingkat 24

Posted: 14 Mar 2013 05:53 PM PDT


Orang ramai sedang menunggu mangsa dibawa turun dari tingkat 24 bangunan pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, untuk dibawa ke HPP, semalam. Foto Kecil : Zhi Hao

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila terjatuh ketika sedang melakukan kerja pemasangan di sebuah tapak pembinaan di Gelugor, pagi semalam.

Mangsa, Loh Zhi Hao, 19, maut di tempat kejadian dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan.

Difahamkan, mangsa terjatuh ketika sedang memasang bingkai aluminium berhampiran balkoni di salah sebuah unit pangsapuri di tapak pembinaan di Lebuh Tengku Kudin 3, Gelugor.

Rakannya, seorang warga Myanmar berkata, dia terkaku ketika melihat mangsa terjatuh dan segera memberitahu pekerja lain selepas menyaksikan insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu.

Mangsa ditemui pada lantai tingkat empat yang bakal dijadikan ruang istirahat untuk penduduk di pangsapuri itu apabila siap kelak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Toh Paduka Idris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak memakai tali keselamatan ketika bekerja.

"Difahamkan, mangsa berasal dari Gurun, Kedah. Dia baru 10 bulan datang ke negeri ini untuk bekerja dengan syarikat aluminium di Bayan Lepas.

"Kita akan siasat untuk kenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kematian mangsa tiada unsur jenayah," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Ng Bee Kim, 52, berkata, anaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak lokek dengannya.

"Tahun Baru Cina baru-baru ini, dia bagi hampir satu pertiga bonusnya kepada saya. Tahun lepas, dia hadiahkan gelang pada Hari Ibu.

Saya pakai gelang itu sampai sekarang.

"Dia juga beritahu nak kahwin pada usia 25 tahun. Tapi apakan daya. Dia anak yang baik dan saya rasa hidup seperti tak ada erti lagi selepas ini.

Dialah satu-satunya anak yang saya ada," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, dia membesarkan mangsa bersendirian selepas suaminya meninggal dunia sejak mangsa berusia setahun.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...at-24-1.139696

Tiada ulasan:

Catat Komen