Ahad, 31 Mac 2013

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Hong Leong <b>di</b> Tesco <b>Jelutong</b> kena rompak...LAGI SEKALI!!!

Posted: 28 Feb 2013 05:35 PM PST

Hong Leong Bank di Tesco Jelutong kena romapak lagi. Dan rasanya bukan aku saja malah pihak Polis sendiri pun pastinya akan mengatakan yang ianya dilakukan oleh perompak yang sama yang pernah merompak disitu berdasarkan MO yang sama kan..

Berita pasal rompakan tuh baca kat SINI dan kita biarkan saja pihak Polis yang menyiasat ok.

Cuma aku sedikit musykil, apa gunanya satu khemah Polis yang didirikan berdekatan pintu masuk utama berhampiran Pelita Nasi Kandar kat situ.


Dan jarak diantara khemah dengan pintu masuk ke Hong Leong nih dalam anggaran 50 meter.

Berdasarkan pengalaman aku yang pernah pergi shopping kat situ, pintu keluar yang digunakan oleh perompak tuh ialah pintu disebelah hujung berdekatan dengan jalan raya tetapi perompak ini perlu melintas dahulu walaupun ada kenderaan yang menunggu dia untuk melarikan diri.

Cuba tengok hasil lakaran CSI aku kat bawah nih


Bukan nak persalahkan pihak Polis...tapi apa gunanya ada khemah dan anggota kalau penjenayah dah tak takut dan semakin berani.Bank yang sama,tempat yang sama dan cara yang sama???

Terkini! Penyebaran bible kepada pelajar Melayu berlaku <b>di Jelutong</b>!

Posted: 17 Jan 2013 08:34 PM PST


Semakin melampau!   Dalam masa Pas P.Pinang anggap isu kalimah Allah ini selesai, timbul pulak  gerakan untuk mengkristiankan pelajar Islam di sekolah melalui penyebaran bible.

Menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah salah mengikut  perlembagaan persekutuan.

Persoalannya, mengapa gerakan kristianisasi berani dilakukan secara terbuka  di P.Pinang? 

Mana pergi MAINPP memantau isu walaupun telaj berulang kali berlaku?  GPB mohon pihak polis menyiasat isu ini dan menangkap dalangnya.l

GEORGETOWN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. -Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pertubuhan agama dan penjaja terima RM230,000 <b>di Jelutong</b> | The <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 08:40 PM PST

Georgetown, 06 Mac: Sembilan pertubuhan agama dan tiga persatuan penjaja di kawasan Parlimen Jelutong menerima peruntukan berjumlah RM230,000 daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) malam tadi.

 

Penyelaras BN Parlimen Jelutong Ng Fook On berkata peruntukan itu adalah janji yang diumum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Jamuan Mesra Bersama Rakyat Parlimen Jelutong di sini, 5 Februari lepas.

 

Empat pertubuhan agama iaitu Pertubuhan Penganut Dewa Hock Teik Soo Tua Pek Kong, Persatuan Penganut Dewa Arulmigu Sri Raja Madurai Veeran, Rumah Berhala Chin Poh Keong Pulau Pinang dan Persatuan Penganut Dewa Chek Tai Chun Ong menerima RM25,000 masing-masing.

 

Lima lagi menerima RM20,000 masing-masing iaitu Persatuan Penganut Dewi Ma Chor Poh Pulau Pinang, Pu Xian Buddhist Association Penang, Tokong Penang Jelutong Tow Boe Keong Ong Tai Tay, Kuil Khalsa Dharmic Jatha dan tempat letak mayat kaum India Persatuan Penduduk Taman Seri Pinang.   

 

Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Jelutong, Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pasar Batu Lancang dan Persatuan Peniaga-peniaga Pasar Jalan Perak pula menerima RM10,000 masing-masing.

 

"Hari ini kita tunaikan janji itu. Kebanyakan pertubuhan dan persatuan ini meminta peruntukan melalui kami dan kami salurkan kepada kerajaan pusat untuk kelulusan.

 

"Saya berharap dengan peruntukan yang diberikan ini dapat membantu pertubuhan dan persatuan ini untuk menjalankan aktiviti mereka," kata Ng kepada pemberita selepas penyerahan peruntukan itu di sini.

 

Bulan lepas, Muhyiddin sempena lawatannya ke Pulau Pinang mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.03 juta untuk keperluan penduduk di kawasan Parlimen Jelutong antaranya bagi membaik pulih rumah uzur dan bantuan kepada penjaja.

 

Muhyiddin berkata kerajaan meluluskan peruntukan itu selepas dimaklumkan Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow mengenai keperluan dan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

  

Setiausaha Kuil Khalsa Dharmic Jatha Nagindar Singh ketika ditemui mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN kerana menunaikan janji dan berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membaik pulih kuil yang berusia hampir 75 tahun itu.

 

"Pihak kami memohon peruntukan ini awal tahun ini dan hari ini kami telah menerima bantuan. Jelas sekali BN ini adalah sebuah parti yang menepati janji dan mementingkan kehendak serta permintaan rakyat," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Jelutong Abdul Razak Abdul Rahman berkata selain peruntukan berkenaan, kerajaan pusat juga meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membaik pulih 100 buah rumah penduduk kurang berkemampuan di kawasan tersebut yang akan bermula minggu depan.

 

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti rumah-rumah terbabit dan proses membaik pulih kesemua rumah itu dijangka selesai dalam masa sebulan.

 

"Proses membaik pulih itu melibatkan baik pulih bumbung, lantai…benda-benda asas. Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana sudi mendengar permohonan yang dibuat penduduk Jelutong," katanya. -BERNAMA

var addthis_config={"data_track_clickback":false,"data_track_addressbar":false,"data_track_textcopy":false};var addthis_product='wpp-265';

Tiada ulasan:

Catat Komen