Jumaat, 15 Mac 2013

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Aqeem Photo Gallery: CLINIC CAFE <b>SEBERANG JAYA</b>

Posted: 24 Feb 2013 07:11 PM PST

There was a day I went to Seberang Jaya, Penang.
Bukan saje pergi suka2 melancong ke, melawat sedara ke hape. Kita pergi buat kerja kena outstation taw!
Beberapa hari duduk situ, buleh kata hari2 pekena nasik kandaq.  Siang malam kari. Naik cemuih!
Nak dijadikan cerita, berdekatan dengan tempat kita buat kerja tu, adalah satu restoran ni yang boleh bikin hati tertarik. 
Manusia ni kalau sakit dan tak sihat akan pergi klinik. Tapi di Seberang Jaya, kalau lapar dan dahaga pun boleh pergi klinik. Klinik di sini bukan sekadar tempat untuk mendapatkan rawatan, tetapi ianya telah berkembang menjadi tempat makan. Saya tak pasti ada berapa banyak klinik seumpama ini di Malaysia. Mungkin ini satu-satunya.
Takde sape pun yang rekemen suruh saya makan kat sini. Jadi saya belum tahu tahap kesedapan menu yang disajikan. Lagi pun pada saya, sedap itu subjektif. Sedap bagi kita, mungkin tidak bagi orang lain. Dan ianya bergantung kepada keadaan tahap kelaparan sewaktu mengadap makanan tu. Kadang2 kita rasa biskut kering cicah teh-o pon sodap giler bila tahap kebuluran mencapai tahap gaban. Kadang2 tu pulak makang nasik lauk ikang singgang dengan ulang cicoh budu sedapnya bukang kepalang. Maka kerana itu saya mengamalkan prinsip daun serai, daun gaharu, belum try, belum tahu. 
Nak kata makanan dia healthy sangat tak jugak. Ada jer ala carte goreng2 dengan kandungan beribu-ribu kalori.  Kesimpulannya di sini, it's not about the food. It's about the concept, theme and decoration.
Café ni terletak di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang, bertentangan pula dengan Supermarket Billion berhampiran dengan pusat membeli-belah Sunway Carnival. Ianya berada di satu kawasan dimana ia cuba memberi cabaran kepada beberapa buah restoran nasi kandar bertaraf gergasi yang terdapat berhampiran dengannya.   
Sekali pandang memang tak perasan ianya sebuah café. Dua kali pandang  mungkin kedai menjual peralatan untuk klinik. Tiga kali pandang, baru perasan. Restoran rupanya. 
Saya tidak pasti siapakah pemilik restoran ini. Walau pun begitu, perasaan saya lebih terarah kepada ianya dimiliki oleh non-muslim.  Kerana itu, sebelum masuk, saya cuba menggunakan hak saya sebagai pengguna. Ada seorang wanita berpakaian uniform putih, lagaknya seperti jururawat sahaja, nampak tercegat di muka pintu sambil memegang buku menu.
"Restoran ni halal ke?"
"Halal lah encik… kalau tak takkan saya kerja kat sini", akak itu berkata dengan fasihnya dalam bahasa Malaysia.
"Oh, kalau macam tu, boleh lah kita makan kat sini", saya membalas kenyataan akak tersebut dengan berkata kepada rakan saya.
"Eh… boleh apa pulak tak boleh. Ramai jer Melayu makan kat sini", kata akak sambil menjemput kami masuk.
"Memanglah muka akak nampak Melayu… kot lah Indon ke, Sabah Sarawak ke", saya berkata balik, tapi dalam hati je lah.
Maka dengan keyakinan dan iman yang teguh, kami melangkah masuk ke restoran ibarat seorang seorang pesakit mencari tuan doktor.
Saya terkesima dengan dekorasi restoran ini.  Ia membuatkan saya terasa seolah-olah seperti berada di satu sudut dalam sebuah hospital. Setiap benda yang ada di restoran ini ada kena mengena dengan hospital, klinik dan kesihatan. Poster yang menghiasi dinding restoran penuh dengan informasi biologi hal ehwal dalaman tubuh manusia. 
Cuma secara peribadi, saya rasakan ianya terlalu merah. Ada ke klinik / hospital yang guna warna merah? Owh... mungkin pemiliknya peminat pasukan "Setan Merah" agaknyer. Jadi bila gabungkan kelab bolasepak dengan kesihatan, inilah jadinya. Hahahaha... pandai2 jer aku buat kesimpulan.
Orang tak ramai, mungkin kerana di luar waktu makan. Kami datang 4.00 petang, baru nak lunch, apa barang!!!
Nurse tengah ambik order.
Lampu bilik bedah yang digunakan untuk membedah makanan dia atas meja makan.
Diorang guna bekas ni untuk letak sudu, garfu dan tisu. Sama jugak kalau kat hospital diorang letak pisau, gunting dan peralatan bedah lain.
Kelalang kon diguna untuk isi air minuman.
Bekas makanan yang biasa digunakan untuk letak peralatan bedah. Harap2 benda ni bukan bekas terpakai yang dibeli dari hospital.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

EAM13-Futsal Mesra Belia DUN <b>Seberang Jaya</b> - Suara Generasi <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 12:17 AM PST

Futsal-seberang-jaya-johan

PERMATANG PAUH, Ahad, 24 Februari 2013: 16 pasukan telah menyertai pertandingan futsal merebut hadiah bernilai RM1000 di Saffira Sports Planet, Seberang Jaya sempena Futsal Mesra Belia DUN Seberang Jaya, Permatang Pauh. Program ini dianjurkan oleh Gerakan 4B Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Program bermula pada jam 3.00 petang.

Sambutan golongan belia di dalam sukan futsal yang diyakini dapat membentuk belia mengikuti aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan. Program ini juga bertujuan untuk menarik sebarapa ramai golongan belia mendekati aktiviti-akviti gaya hidup sihat dan menghindar golongan belia terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat. Disamping itu program ini diharap akan dijadikan jambatan hubungan keakraban anatara belia setempat dan mendekatkan golongan belia dengan pemimpin-pemimpin setempat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Amiruddin Bin Abd Hamid, EXCO Pemuda UMNO BahagianPermatang Pauh merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh.

Johan pertandingan dimenangi oleh Pemuda UMNO Cawangan Seberang Jaya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 manakala pasukan Tropedo ditempat kedua yang menerima hadiah wang tunai RM200. Pasukan Old Boys dan Suka-Suka FC A masing-masing ditenpat ketiga dan keempat yang menerima wang tunai RM100.

Program ini tamat jam 7.00 petang.

Aksi-pemain

Aksi permainan

Aksi-pemain-2

Pantas dan cepat

Aksi-pemain-3

Salah satu aksi pemain dalam gelanggang



Tiada ulasan:

Catat Komen