Isnin, 18 Mac 2013

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Aqeem Photo Gallery: CLINIC CAFE <b>SEBERANG JAYA</b>

Posted: 24 Feb 2013 07:11 PM PST

There was a day I went to Seberang Jaya, Penang.
Bukan saje pergi suka2 melancong ke, melawat sedara ke hape. Kita pergi buat kerja kena outstation taw!
Beberapa hari duduk situ, buleh kata hari2 pekena nasik kandaq.  Siang malam kari. Naik cemuih!
Nak dijadikan cerita, berdekatan dengan tempat kita buat kerja tu, adalah satu restoran ni yang boleh bikin hati tertarik. 
Manusia ni kalau sakit dan tak sihat akan pergi klinik. Tapi di Seberang Jaya, kalau lapar dan dahaga pun boleh pergi klinik. Klinik di sini bukan sekadar tempat untuk mendapatkan rawatan, tetapi ianya telah berkembang menjadi tempat makan. Saya tak pasti ada berapa banyak klinik seumpama ini di Malaysia. Mungkin ini satu-satunya.
Takde sape pun yang rekemen suruh saya makan kat sini. Jadi saya belum tahu tahap kesedapan menu yang disajikan. Lagi pun pada saya, sedap itu subjektif. Sedap bagi kita, mungkin tidak bagi orang lain. Dan ianya bergantung kepada keadaan tahap kelaparan sewaktu mengadap makanan tu. Kadang2 kita rasa biskut kering cicah teh-o pon sodap giler bila tahap kebuluran mencapai tahap gaban. Kadang2 tu pulak makang nasik lauk ikang singgang dengan ulang cicoh budu sedapnya bukang kepalang. Maka kerana itu saya mengamalkan prinsip daun serai, daun gaharu, belum try, belum tahu. 
Nak kata makanan dia healthy sangat tak jugak. Ada jer ala carte goreng2 dengan kandungan beribu-ribu kalori.  Kesimpulannya di sini, it's not about the food. It's about the concept, theme and decoration.
Café ni terletak di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang, bertentangan pula dengan Supermarket Billion berhampiran dengan pusat membeli-belah Sunway Carnival. Ianya berada di satu kawasan dimana ia cuba memberi cabaran kepada beberapa buah restoran nasi kandar bertaraf gergasi yang terdapat berhampiran dengannya.   
Sekali pandang memang tak perasan ianya sebuah café. Dua kali pandang  mungkin kedai menjual peralatan untuk klinik. Tiga kali pandang, baru perasan. Restoran rupanya. 
Saya tidak pasti siapakah pemilik restoran ini. Walau pun begitu, perasaan saya lebih terarah kepada ianya dimiliki oleh non-muslim.  Kerana itu, sebelum masuk, saya cuba menggunakan hak saya sebagai pengguna. Ada seorang wanita berpakaian uniform putih, lagaknya seperti jururawat sahaja, nampak tercegat di muka pintu sambil memegang buku menu.
"Restoran ni halal ke?"
"Halal lah encik… kalau tak takkan saya kerja kat sini", akak itu berkata dengan fasihnya dalam bahasa Malaysia.
"Oh, kalau macam tu, boleh lah kita makan kat sini", saya membalas kenyataan akak tersebut dengan berkata kepada rakan saya.
"Eh… boleh apa pulak tak boleh. Ramai jer Melayu makan kat sini", kata akak sambil menjemput kami masuk.
"Memanglah muka akak nampak Melayu… kot lah Indon ke, Sabah Sarawak ke", saya berkata balik, tapi dalam hati je lah.
Maka dengan keyakinan dan iman yang teguh, kami melangkah masuk ke restoran ibarat seorang seorang pesakit mencari tuan doktor.
Saya terkesima dengan dekorasi restoran ini.  Ia membuatkan saya terasa seolah-olah seperti berada di satu sudut dalam sebuah hospital. Setiap benda yang ada di restoran ini ada kena mengena dengan hospital, klinik dan kesihatan. Poster yang menghiasi dinding restoran penuh dengan informasi biologi hal ehwal dalaman tubuh manusia. 
Cuma secara peribadi, saya rasakan ianya terlalu merah. Ada ke klinik / hospital yang guna warna merah? Owh... mungkin pemiliknya peminat pasukan "Setan Merah" agaknyer. Jadi bila gabungkan kelab bolasepak dengan kesihatan, inilah jadinya. Hahahaha... pandai2 jer aku buat kesimpulan.
Orang tak ramai, mungkin kerana di luar waktu makan. Kami datang 4.00 petang, baru nak lunch, apa barang!!!
Nurse tengah ambik order.
Lampu bilik bedah yang digunakan untuk membedah makanan dia atas meja makan.
Diorang guna bekas ni untuk letak sudu, garfu dan tisu. Sama jugak kalau kat hospital diorang letak pisau, gunting dan peralatan bedah lain.
Kelalang kon diguna untuk isi air minuman.
Bekas makanan yang biasa digunakan untuk letak peralatan bedah. Harap2 benda ni bukan bekas terpakai yang dibeli dari hospital.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

MPP Online: WOW!! 50&#39;000 sambut Anwar Ibrahim <b>di Seberang Jaya</b>..

Posted: 12 Feb 2013 06:00 AM PST

Perghhh!!! Kalah PSY yang datang baru-baru ni beb.. Ternyata Oppa Anwar Style lagi hebat dari gangnam artis superstar Korea tu apabila dimaklumkan lebih 50 ribu orang di Seberang Jaya berpusu-pusu untuk jumpa Anwar..

Bertempat di Pasar Awam Seberang Jaya, Anwar datang untuk meraikan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Penduduk Rumah Pangsa (HAMNA).

Kehadiran berpuluh ribu rakyat ni menunjukkan bahawa impian Anwar semakin menjadi realiti untuk jadi PM ISRAEL TURKI Malaysia..

Korang jangan pulak kata gambar-gambar yang gua letak ni menipu ye.. Memang dalam gambar nampak sikit je yang datang.., tapi hakikatnya banyakkkk beb..

Tu atas bumbung dengan atas pokok belum kira lagi tauu.. Kalau kira semua.., mau cecah sejuta orang... Hahahahaha..



Hot ! 15 ribu wanita hadir dengar ceramah Mak Lampir <b>di Seberang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 05:24 PM PST


Wow ! 15 ribu beb yang dijangka mai semata-mata  untuk dengar ceramah kebangkitan Mak Lampir Zuraida di Seberang Jaya lusa ini 1 Februari  . Ini yang ditarget oleh Mansor Othman dan beliau berjanji akan mengangkut ramai wanita di P.Pinang untuk turun malam itu . KLIK DI SINI

Boleh ke Mansor kumpul 15 ribu ?? Kalau tak dapat ..malu lagi Anwar kat orang Prmtg Pauh ..hahaha

Antara penceramah wanita Pakatan yang akan berucap pada malam tu selain Mak Lampir ialah  Bawani "Listen "  yang semakin meningkat naik dalam Pakatan .

Himpunan diadakan untuk kononnya untuk beri keafahaman mengenai agenda wanita tetapi sebenarnya untuk tunjuk kekuatan Pakatan .

Cuma jangan terkejut nanti yang akan ramai mai bukan wanita pun tapi geng Kopiah Putih PAS. .. mana tau ko ada lagi tarian K Pop ke sebelum ceramah lagi ..hahaha

Tiada ulasan:

Catat Komen