Rabu, 20 Mac 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Madrasah <b>Tanjung Tokong</b> pulak bakal diroboh ! - MyPenangOnline

Posted: 25 Nov 2012 05:52 PM PST

GEORGETOWN - Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan. Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut.

Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang. Setiausahanya, Shafiq Iqmal Md Elias berkata, beliau kesal dengan tindakan Majlis Agama Islam negeri dan pihak mufti meluluskan untuk merobohkan madrasah itu dan membina semula di tapak asal berhampiran Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.

 "Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan di tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong dan patut dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa.

 "Persoalannya, bagaimana pihak mufti dan Majlis Agama Islam negeri boleh memberi kebenaran untuk merobohkan madrasah berkenaan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Madrasah At-Taqwa," katanya di sini, kelmarin.

 Menurutnya, selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri sehingga wujud bangunan yang sedia ada seperti sekarang.

 Beliau yang menentang segala usaha untuk merobohkan madrasah itu mendakwa, pembinaan madrasah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada untuk mengekalkan sebagai kampung warisan ketika sidang Dun Pada 3 November lalu.

 "Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami yang bertanggungjawab terhadap kelestarian," katanya. Bantahan itu disuarakan oleh wakil dan penduduk kampung itu dengan dihadiri kira-kira 50 orang.

Sementara itu, penduduk, Suraya Kader Ibrahim, 24, berkata, madrasah itu sering diakses oleh penduduk untuk mendirikan solat berjemaah, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan solat hari raya.

 "Tempat ibadat ini sering diimarahkan oleh penduduk setempat terutamanya untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan kematian. "Ia tidak boleh dirobohkan kerana banyak kegunaan kepada masyarakat setempat," katanya

Rintihan anak muda,kandang diroboh tanpa diberitahu | The Kuala <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 10:43 PM PDT


pix_toprightTANJUNG TOKONG – "Kalau diikutkan hati, tahap kesabaran saya boleh dianggap sehingga membunuh orang, tetapi iman saya masih kuat, saya berpegang kepada agama."

Demikian rintihan seorang anak muda berusia 26 tahun apabila kandang lembu, kambing dan ayamnya dirobohkan oleh sebuah syarikat perumahan.

Tanpa sebarang notis, kandang miliknya yang sudah berusia hampir lima tahun itu hilang sekelip mata.

Shahrizat Ahmad berkata, kejadian berlaku pada Februari tahun lalu, namun sehingga kini dia langsung tidak menerima sebarang pampasan daripada syarikat perumahan berkenaan.

Menurutnya, sedangkan dia mempunyai sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Hairannya hampir kesemua premis di Kampung Tanjung Tokong ini menerima pampasan apabila kedai kopi atau kedai runcit dan sebagainya dirobohkan untuk tujuan pembinaan perumahan, tetapi saya langsung tidak menerima apa-apa pampasan.

"Lebih kecewa kejadian berlaku ketika saya tiada di kawasan kandang, saya dipanggil  jiran terdekat dan apabila sampai, luluh hati saya.

"Kenapa mereka bertindak kejam terhadap saya, saya hanya anak muda yang mahu berdikari," katanya.

Usaha hampir tunjuk hasil

Gara-gara perobohan berkenaan, Shahrizat kerugian hampir RM30,000.

Lebih mengecewakannya apabila usahanya sudah hampir menunjukkan hasil kerana ada ternakannya yang sudah bunting.

Malah dia juga berhasrat untuk berkahwin setelah usahanya berjaya.

"Tapi semua sudah musnah, duit tiada, modal musnah, saya kehilangan semuanya dalam sekelip mata," kata Shahrizat.

Difahamkan kerja perobohan dilakukan berikutan kawasan berkenaan akan dibangunkan dengan perumahan menggantikan rumah-rumah lama di Kampung Tanjung Tokong.

Shahrizat yang juga dikenali dengan Ahmad Albab berkata, disebabkan kandangnya yang dirobohkan tanpa sebarang notis menyebabkan kambing, lembu dan ayam ternakannya terbiar di merata kampung.

Menurutnya, sehingga kini dia sendiri tidak dapat menerima hakikat bagaimana benda yang bernyawa dilakukan sedemikian rupa sehingga menyebabkan ada yang mati.

"Pada masa itu saya tidak sempat hendak selamatkan kambing yang sudah merata-rata, hampir 200 ekor ayam peru saya mati kerana tidak mempunyai reban.

"Saya pengusaha miskin, mana ada tempat lain lagi hendak saya letakkan," katanya.

Disebabkan tidak berpuas hati  tindakan tidak bertanggungjawab  pihak kontraktor yang mewakili syarikat perumahan itu, Shahrizat membuat empat laporan polis.

Dalam masa yang sama, dia juga mendesak supaya diberikan lokasi ternakan lain.

Kebenaran tiada pengesahan

Difahamkan, bagaimanapun kata putus diberikan tanpa surat hitam putih apabila wakil kontraktor membenarkannya menjalankan kegiatan ternakannya seperti biasa di tanah kosong belakang perumahan transit di Tanjung Tokong.

Namun lain  masalah timbul apabila tiada pihak mahu mengesahkan status tapak ternakannya sehingga kebanyakan permohonan tidak dapat diluluskan, antaranya termasuk permohonan mendapatkan baka daripada Jabatan Veterinar, pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) dan sebagainya.

Shahrizat berkata, dia kecewa kerana ada segelintir pihak yang bertanggungjawab tidak mahu membantu anak Melayu sepertinya yang mahu berdikari.

"Saya amat berharap supaya syarikat yang berkenaan beri pampasan kepada saya dan iktiraf tapak yang saya duduki sekarang. Saya utarakan masalah ini kerana mahu nasib anak muda seperti saya tidak ditindas selama-lamanya," katanya. – SH


Tiada ulasan:

Catat Komen