Jumaat, 15 Mac 2013

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Darah Satria: Bukti! Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> luluskan lesen <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 12:57 PM PST

Gambar diatas ialah proses jual beli arak disalah sebuah premis yang berdekatan dengan kawasan pendudukan Melayu di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan minuman yang memabukkan (arak) disetiap  premis-premis tertentu..Apa yang paling membimbangkan, Premis ini kebanyakkannya berdekatan dengan kawasan pendudukan orang Melayu.

Lihatlah betapa banyaknya arak yang dijual disetiap cawangan premis ini.


Kerajaan Negeri sebelum ini dikatakan begitu megah & mendabik dada kononnya selepas memerintah P.Pinang, mereka lebih alim dari kerajaan pimpinan dahulu.
Boleh blah la DAP Penipu.!

Setiap hari  akan ada anak-anak muda datang membeli arak ini. Melayu di Pulau Pinang kini dilalaikan dengan  penjualan arak yang berleluasa di sini seolah-oleh tanpa  adanya pemantauan dari Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang..

Siapakah Exco yang berperanan dalam hal melibatkan Ehwal Islam di P.Pinang ini?? Tak lain tak bukan Malik Kassim yang dilantik dari PKR.

                                                               
Berapakah gaji yang diterima oleh Malik Kassim ini sehinggakan memaksa beliau berdiam diri melihat anak-anak Melayu meneguk arak dengan bebas di Pulau Pinang?

PAS  yang berimejkan Islamik juga takut menegur kepimpinan DAP Pulau Pinang.


Mengapa Hal Ehwal Islam di P.Pinang diberikan kepada PKR tetapi tidak kepada PAS?

Kerana DAP lebih mudah berkompromi dgn PKR berbanding PAS.Pada hakikatnya DAP tidak mempercayai PAS, sebab itulah DAP cukup menentang negara Islam PAS sehingga memaksa PAS menukar ke slogan Negara Berkebajikan.

Jika dahulu di Selangor, terdapat juga larangan menjual arak dikawasan Melayu bila exconya, Hassan Ali cuba membanteras gejala itu. Namun akibat banyak sangat halangan yang diterima DAP melibatkan Hassan Ali, akhirnya PAS bersekongkol bersama DAP memecat ahlinya sendiri tanpa diberikan peluang membela diri.

Apakah Kerajaan pimpinan DAP benar-benar menitik beratkan pasal Islam di Pulau Pinang??

Gambar dibawah ialah bukti Kerajaan Negeri membenarkan & meluluskan penjualan arak di Pulau Pinang..
Lihat bukti dokumen cetakan rasmi dibawah.

Dipentas-pentas ceramah PAS, Lim Guan Eng kononnya ingin mencontohi cara pentadbiran Umar Abd Aziz & PAS terus melebel Lim Guan Eng sebagai Kalifah Umar.
Namun  itu hanyalah  wayang semata-mata. Teknik pikat hati orang Melayu dalam PAS bukannya susah sangat.. cuma perlu bercakap Bahasa Melayu, berpura-pura jadi Islamik walaupon tidak Islamik. sudah boleh mendapat gelaran Khalifah Islam.
Sebelum ini, terdapat juga promosi arak yang dilancarkan Kerajaan Negeri P.Pinang.
Inilah petandanya kerajaan Negeri P.Pinang tidak sensitif kepada masyarakat Islam disini.
 Begitu juga dengan konsert arak di Batu Feringgi yang pernah menjadi panas seketik, namun exco hal Ehwal Islam juga tidak mampu menegur kepimpinan Kalifah Umar Abdul Aziz ini.!

DAP terus menerus melalaikan umat Islam di Pulau Pinang dengan penjualan arak yang semakin hari semkain berleluasa.!

Tiada ulasan:

Catat Komen