Rabu, 3 April 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


apa ku nak kata: Gulai Ikan Kuala Sungai Pinang, <b>Balik Pulau</b>

Posted: 23 Mar 2013 10:03 PM PDT


Korang masak apa tengahari ni? Kami, kebetulan nak ke rumah adik ipar di Balik Pulau (ditambah dengan sifat malas nak memasak hari ni), jadi teruslah menuju ke Gulai ikan di Kuala Sungai Pinang untuk lunch.

Nah aku tepek gambar serba sikit.

Pergi 4 dewasa + 2 anak aku ,
Gulai ikan sembilang seekor
Gulai ikan bawal emas 2 ketul besar
Gulai ikan pari 2 ketul
Telur goreng
Ulam-ulaman dan sambal belacan
Air 4 jenis
Semuanya rm32.

Berbaloilah sangat aku rasa. Kat situ ada 2 kedai gulai ikan. Sebenarnya aku nak pergi yang disebelah gerai ni (yang ada gulai jenahak), tapi tutupla pulak. Tapi yang makan ni pun sedap jugak rasa dia.

Ok, korang bila pulak nak cuba?

Tiada ulasan:

Catat Komen