Khamis, 4 April 2013

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Pembukaan Kilang baru Boon Siew Honda <b>di Batu Kawan</b> | BH Auto

Posted: 04 Apr 2013 03:48 AM PDT

Pembukaan Kilang baru Boon Siew Honda di Batu Kawan

Bagi menggantikan operasi kilang lama di Kawasan Perindustrian Mak Mandin

Selama 44 tahun sebelum ini, semua motosikal CKD (pemasangan tempatan) Boon Siew Honda dipasangkan di kilang pemasangannya di Kawasan Perindustrian Mak Mandin di Seberang Perai. Kilang yang telah lama berkhidmat itu bagaimanapun dihentikan operasinya baru-baru ini dan ia diambil alih oleh kilang terbaru syarikat itu di Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Kilang baru berkenaan mempunyai keluasan lima kali ganda berbanding kilang sebelum ini, dengan kawasan bangunannya berkeluasan sekitar 44,000 meter persegi. Jumlah keluasan kawasan tapak pula adalah sekitar 237,000 meter persegi dan turut menempatkan 1,100 rakan niaganya.

Sebagai tambahan, kilang baru ini turut dilengkapi dengan teknologi termaju – untuk kerja pengecatan robotiknya, Boon Siew Honda telah menggunakan Twin-Gun yang pertama di dunia, yang tiga kali lebih cekap berbanding mesin sebelum ini dan lebih mesra alam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Satoshi Okada, berkata; "Kilang ini juga mengguna pakai sistem pengeluaran berkecekapan tinggi yang dilengkapi dengan teknologi maju seperti fotovoltan solar, penyalut berkecekapan tinggi dan sistem penyalut mendap-elektro yang berkesan untuk sebatian organik mudah ruap.

"Sistem baru ini bukan sahaja dapat meningkatkan daya pengeluaran, tetapi juga dapat menyumbang ke arah lebih penjimatan tenaga dan pengurangan tenaga kerja dan sisa bahan. Kilang baru ini mempunyai kapasiti berjumlah 350,000 unit. Bagaimanapun, jig yang ditetapkan dari Jepun boleh digunakan pada semua model dan ini akan dapat meningkatkan kecekapan kilang kepada satu tahap yang lebih tinggi lagi.

"Piawaian ECE sudah dilaksanakan di Malaysia sejak dari 2012, dan sebagai satu daripada pengeluar kenderaan dua roda di Malaysia, kami berbangga untuk menjadi satu-satunya kilang pemasangan yang memenuhi standard piawaian berkenaan dengan adanya makmal kajian pelepasan sisa bahan api dan lapangan ujian," tambah Okada.

Turut hadir ketika majlis pembukaan itu ialah Pengerusi Oriental Holding Bhd, Datuk Seri Loh Cheng Yean, Presiden Honda Motor Co Ltd, Takanobu Ito dan Pegawai Urusannya, Hiroshi Kobayahsi, serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Philip Chong

Tiada ulasan:

Catat Komen