09 di Butterworth - Google Blog Search |
Arkib Negara X: Kebakaran <b>di</b> terminal bas <b>Butterworth</b> (2001) Posted: 22 Apr 2013 08:50 AM PDT Pada 20 Mei 2001, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah terbakar. Kejadian itu dilaporkan bermula pada sekitar pukul 5.00 pagi. Bangunan tersebut yang menempatkan terminal bas di tingkat bawahnya terletak berhampiran dengan pangkalan feri (yang sebahagiannya pernah runtuh pada 1988) di Butterworth, Seberang Prai. Kebakaran itu berlaku di tingkat dua bangunan tersebut yang menempatkan pasaraya terkenal Parkson dan juga Tops. Kebakaran yang boleh dikatakan sangat besar itu hanya dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 12 jam kemudian iaitu pada sekitar pukul 5.00 petang. Kemusnahan teruk di tingkat teratas yang meliputi bahagian bumbung telah menyebabkan bahagian-bahagian lain bangunan lama itu tidak dapat digunakan seperti biasa dan ia akhirnya telah dirobohkan sepenuhnya tidak lama kemudian. Nota tambahan:
|
You are subscribed to email updates from di Butterworth - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen