Ahad, 14 April 2013

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Rahman Maidin calon PAS <b>di</b> Parlimen Tasik <b>Gelugor</b> - HarakahDaily

Posted: 10 Apr 2013 04:33 PM PDT

PULAU PINANG: Tokoh korporat yang pernah memimpin kumpulan utama media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin (gambar) diumumkan sebagai calon PAS di Parlimen Tasik Gelugor.

Pemilihan Abdul Rahman telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man di di perkarangan Markaz Besar PAS Pongsu Seribu sebentar tadi.

Rahman yang kini aktif membantu PAS dari segi mengujudkan imej yang baik dan mesra ekonomi dijangka bakal memberikan impak baru kepada penampilan PAS.

Beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS tahun lalu selepas sekian laman membantu PAS secara belakang tabir.

Dalam pengumuman itu, Salleh memaklumkan, PAS Negeri Pulau Pinang akan bertanding enam kerusi DUN dan dua parlimen dengan mengemukakan dua muka baru daripada kalangan pemuda.

Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang bertanding di Parlimen Kepala Batas manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal.

Antara muka baru yang turut bertanding ialah Zahadi Mohd di Dun Sungai Dua dan Rosidi Husain di Penaga.

Turut bertanding ialah calon Permatang Berangan, Arshad Saleh dan Dun Bayan Lepas, Asnah Hashim di samping Salleh sendiri yang akan mempertahankan kerusi Permatang Pasir.

Turut hadir ke program yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Negeri, Saudara Bukhori Ghazali itu ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Jawatankuasa Badan Perhubungannya PAS Negeri.

Harakahdaily.net


fyna here!: MUA : Makeup sanding naseebah <b>di gelugor</b> pulau <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2013 06:04 AM PDT

sangat senang makeupkan naseebah sebab dia seorang yang sangat ramah dan baik..jadi sangat have fun makeupkan dia hehe
so naseebah req nak kan yang soft sahaja and tak nak gelap-gelap sangat
alhamdulilah naseebah puas hati
http://www.facebook.com/KiddyKiddoKlik?fref=ts
untuk tengok my makeup job yang lain-lain atau sebarang pertanyaan/tempahan boleh ke
email : fynahere85@yahoo.com

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Tak <b>Di</b> Terima <b>Di</b> Parlimen Tasek <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 01:46 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan tindak balas positif rakyat terhadap kesemua program transformasi negara selain mereka mula menyedari kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.     

"Kita harap pengundi di Pulau Pinang sudah tahu tentang keikhlasan kerajaan pusat. Kita masih meneruskan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sungguhpun diperintah pembangkang.

"Kita tidak anaktirikan negeri ini. Kita yakin sebahagian dari penduduk Pulau Pinang mula sedar tentang kelebihan kita mempunyai kerajaan yang sama di peringkat pusat dan negeri…sebab penyelarasan semakin berkesan, lebih mudah melaksanakan dasar-dasar yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Karnival Belia 2013 di Georgetown hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas kenyataan itu, Nor Mohamed berkata: "Kita tak boleh halang orang yang ada cita-cita. Tapi dari segi politik yang realistik saya yakin kita (BN) dapat menang, bukan saja Putrajaya malah dapat balik negeri-negeri yang kita kalah pada 2008."

Sementara itu, mengulas mengenai sepanduk yang tidak mahu beliau bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata perkara itu tidak memberi kesan kepadanya dan ia tidak seharusnya menjadi isu.    

"Mereka ni nak keluarkan sepanduk tak apa la. Kita tak rasa apa-apa. Kita pun tahu mereka dan mereka juga tahu yang kita tahu. Tak jadi isu langsung, pihak yang buat tu pun tak ada pengaruh…(perkara itu) cuma 'mosquito bite' (seperti gigitan nyamuk) saja la," katanya.

Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan satu amalan yang tidak sihat dan ia juga menggambarkan sikap tidak hormat kepada Perdana Menteri.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed berkata: "Bagi saya siapa yang akan bertanding itu akan ditetapkan oleh perdana menteri. Mungkin bukan saya, mungkin orang lain. Saya terima keputusan perdana menteri dan jika beliau pilih siapa pun saya akan sokong 100 peratus."

- Bernama

Tinggalkan Komen

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tiada ulasan:

Catat Komen